Berasap!
Pagi Isnin aku datang dengan semangat yang membara. Aku sudah berkira-kira mahu membuat eksperimen ke atas set papan cip pemproses yang baru tiba di makmal ini beberapa minggu sudah. Harganya yang beribu pound membuatkan aku agak berdebar. Ini baru peringkat ‘mengenali’, belum lagi dikira menguji dalam erti kata sebenar. Apabila difikirkan, banyak sungguh yang harus dibuat!
Terdapat satu masalah utama berhubung dengan set pemproses berkenaan. Kesemua plug yang dibekalkan adalah merujuk kepada piawai US. Mana mungkin aku boleh memasukkan plug berkenaan ke pin tiga soket yang menjadi piawai di UK (dan juga Malaysia). Oleh itu, aku terpaksa mencari adapter bagi menyelesaikan masalah berkenaan.
Minggu lepas, aku cuba cari alat berkenaan di sekitar kedai 1 Pound, yang mana menawarkan semua jenis barang untuk £1 sahaja. Malang sekali, alat berkenaan tidak mampu memberikan hasil yang dikehendaki. Lalu aku terpaksa membuat pesanan secara online di Amazon. Hari Sabtu, barulah barang berkenaan tiba di rumah.
Begitu beria-ria aku tiba di makmal dan membuat persediaan ke atas set pemproses berkenaan. Aku uji dahulu dengan lcd monitor kecil yang menjadi salah satu aksesori set tersebut. Nampaknya, tiada masalah.
Seterusnya, aku sambungkan kesemua peralatan dengan wayar dan penyambung yang disediakan merujuk kepada manual yang diberikan. Setelah selesai semuanya, masa untuk menekan suis.
Papan lcd monitor kecil itu tidak hidup seperti sebelum ini. Aneh.
Tiba-tiba, aku terhidu sesuatu. Bau hangit menerjah lubang hidung. Segera aku lihat pada suis di bawah meja. Adapter sudah berasap! Segera aku matikan suis.
Hati aku jadi ‘down’ semula.
Beberapa minit berlalu sambil menanti bau hangit hilang. Untuk seketika dirasakan semangat aku bagaikan terbang bersama asap tadi.
zulfadli says:
erk.. adapter je kan yg rosak? komponen lain mcm mana? harap2 ok..
24-06-08 at 12:37 pm
megat says:
benar. klu sesuatu yang kita usahakan tetiba ada gangguan baru, mmg down habis.
kena la amik masa utk pulihkan mood tersebut.
semoga sukses!
24-06-08 at 4:08 pm
asuhara says:
go fajar go! go!
ehehehe..good luck fajar!
25-06-08 at 3:48 am
Indera says:
Hahahahaha….. jangan putus asa. Bukan senang nak senang. Setiap langkah menuju kesenangan itu pastinya akan disertai dengan cabaran-cabarannya sekali…
Jangan bersedih. Pasti di satu hari nanti, Fajar akan tersenyum bila mengingati saat ini…
P/S : Lucu. Saya tengah membayangkan adapter yang terbakar..
25-06-08 at 5:04 am
aliff says:
aiseh kesian abang fajar..
jangan sedih.. nanti akan ada hikmahnya.
27-06-08 at 11:58 am