Escapism!
Pagi tadi, hampir separuh dari sebungkus biskut bernama Flapjack Sultana & Apricot dari Mark & Spencer dimakan. Selepas itu, kosong sudah satu plastik besar sebungkus Crisps Oak Smoked BBQ dari Tesco. Usai solat Zohor, nasi berlauk sambal kering mak dan juga sekeping telur goreng pula.
Tidak kurang tiga puluh minit selepas itu, kismis bersalut coklat pula menjadi kunyahan di mulut. Satu satu. Kemudian, menjadi tiga empat butir dikunyah sekaligus!
Aku cuba lihat apa lagi yang ada di dalam laci. Ada coklat. Ada cip kentang Walkers Cheese & Onion. Aku keluarkan semua. Aku mahu kunyah lagi dan lagi. Mulut dan selera aku bagai tidak mahu berhenti.
Ada banyak tugas yang menganggu. Satu pun tidak menjadi. Aku jadi tidak keruan. Lalu, aku lepaskan rasa itu dengan makan lagi dan lagi. Tolong, tolong!
Akhirnya, tangan aku menekup dahi. Lalu terhidu segala bau sisa makanan yang melekat di celah jari jemari.

zulfadli says:
insyaAllah ada jalan keluar dari kekusutan skrg..
26-06-08 at 10:20 pm
Indera says:
Fajar,
Jangan banyak memakan makanan ringan. Akibatnya buruk pada kesihatan…
Ohhh ya.. teringat saya pada sepotong ayat. Saya kurang periksa dari sumber mana saya perolehi… Ayat itu berbunyi,
Dugaan dan ujian yang ditimpakan ke atas manusia itu ibarat seutas tali yang menanggung bebanan berat. Semakin berat bebanan itu semakin tali itu tidak akan dapat bertahan. Akhirnya ia akan putus dan Rahmat Allah akan tiba menderu-deru laksana angin yang berhembus kencang..
27-06-08 at 2:38 am
FIR says:
Mak ai… banyaknya stok makanan kat office. My desk drawers full of papers only…
27-06-08 at 3:50 am
aminbakish says:
ingatkan mengidam tadi…
Bawa bersabar
27-06-08 at 5:31 am
Epong says:
careful man..
you just might end up like me.. muahahaha!
come to think of it, that’s how i started to bela perut.. haw haw haw!
27-06-08 at 9:54 am
napang says:
aku baru nak cakap cam epol nie cakap.. hahaha
beware… nanti kena sindrom cam aku… semua nak makan… hahaha.. balik mesia lagi byk nak makan… ahakss
27-06-08 at 10:02 am
aliff says:
hm… tengah stress yek!
cuba pergi bersenam..keluar peluh..mungkin it could bring up your spirit again..
27-06-08 at 12:00 pm