29-06-08
Kali Pertama
Pertama kali aku memegang tubuh kecilnya adalah untuk diazankan. Saat itu, tubuhnya dilingkari dengan tiub-tiub dan wayar. Melihat wajahnya, membuatkan hati terasa sebak sekali.
Malam itu juga, doktor bertemu dengan kami untuk membincangkan beberapa perincian mengenai putera kami. Mendengar kata-kata darinya, bagaikan satu mimpi yang ngeri. Betapa aku berharap apa yang aku dengar itu tidak benar sama sekali.
Kami kehilangan kata-kata.
Sebaik doktor pergi, aku tidak mampu menahan air mata dari tumpah. Tuhan, ku mohon kekuatan dari-Mu

aliff says:
Bersabar..dalam tiap-tiap kesusahan pasti ada kesenangan…
29-06-08 at 2:49 pm
deej says:
fajar. my prayers are for u and your little one. Please text me when you can.
29-06-08 at 5:52 pm
iina says:
Insyallah.. semoga allah berikan kekuatan untuk fajar dan anis sekeluarga.
29-06-08 at 6:10 pm
Fajar says:
Fajar, apa pun Jimi ucapkan tahniah atas kehadiran putera itu. Banyakkan berdoa ya. Jimi pun turut doakan juga.
29-06-08 at 10:36 pm
applephye says:
..fajar,doa saya untuk anda sekeluarga..
..kuatkan semangat dan tabahkan hati..
30-06-08 at 12:11 am
Khairil says:
Pertamanya Fajar, tahniah! Keduanya, banyakkan bersabar dan berdoa. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Sy sekeluarga mendoakan kesejahteraan buat Fajar sekeluarga…
30-06-08 at 12:30 am
Indera says:
Fajar,
Memang perit menghadapi ujian dan dugaan sebegini. Tetapi sudah bukan kehendak kita segalanya itu berlaku. Semuanya sudah di dalam perancangan Allah. Kita sebagai ibubapanya hanya bertindak melahirkannya. Sedangkan segala rezeki dan ketentuan buat Si Kecil itu, Allah yang menguruskannya.
Berdoalah kepada Allah, Fajar. Agar yang terbaik buatmu sekeluarga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebagai sahabat, hanya doa yang dapat saya hulurkan agar kelahiran puteramu itu akan membawa sinar dan harapan yang lebih bermakna buatmu sekeluarga. Amin.
30-06-08 at 2:42 am
Abu Bazli says:
Dont lose hope, fajar. Keep on praying. Allah knows best.
30-06-08 at 2:46 am
Suzana says:
Fajar,
Sabar la Fajar, dan kuatkan la semangat.Bermohonlah kepadaNya tanpa jemu.Kami disini sentiasa mendoakan…
30-06-08 at 3:03 am
dasarhati says:
Ya Allah, kami pohon kekuatan semangat abang dan kakak yang jauh di perantauan, dan ketabahan hati mereka mengharungi ujian yang Engkau berikan sesuai dengan kemampuan mereka.
Amin.
30-06-08 at 3:06 am
aminbakish says:
Semoga dimudahkan. Semoga semuanya baik-baik. Semoga selamat ibu dan baby.. Sabar ya..
30-06-08 at 3:42 am
SHIMI says:
Sabar dan bertwakal kepada Allah. Itulah yang paling agung. Mengucapkannya dan memberi nasihat agar bersabar itu mudah, tetapi yang memikul tidak semudah itu. Hidup ini umpama pusingan roda, ada suatu hari dugaan itu membawa hikmah. Sabar
30-06-08 at 4:52 am
megat says:
mungkin kata-kata begitu mudah dilemparkan sedangkan ko mengalaminya. sebagaimana menerima kehadirannya begitu juga ketika melihat ketika ia susah. banyakkan berdoa & meminta pertolongan dari NYA.
aku doakan ko sekeluarga!
30-06-08 at 7:35 am
niza says:
saya turut sedih atas kesedihan fajr sekeluarga…namun disebalik dugaan dan cabaran ada hikmah dari yang Maha berkuasa yang Maha Mengetahui tentang sejrah dan masa depan kita:..kami akan sentiasa mendoakan agar kebahagiaan dan keselamatan ke atas keluarga fajar..
30-06-08 at 7:37 am
asuhara says:
fajar, serasa semua yang mengenali mu sekeluarga (termasuk saya) akan mendoakan kalian. Insya Allah. Moga kecekalan hati kalian menguatkan semangat ahli baru keluargamu itu! zetai akira menai!
30-06-08 at 10:27 am
Epong says:
Fajar,
First of, Alhamdulillah and congratulation for the new addition, man..
second of, what happened? you sounded so shock, man.. is everything allrite?
jom kita banyakkan doa so your prince would be okay, insyaAllah..
Khamis ni ada majlis bacaan Yassin, i’ll make sure i’ll include the doa for your prince as well, insyaAllah.
btw, what is your baby’s name? tak sabar nak tau.. i know you are good with names! heh!
01-07-08 at 2:42 am
chai & ct says:
tahniah atas kehadiran putera baru,
banyak2 la bersabar atas dugaan n ujian-Nya,
kami doakan smoga semuanya di mudahkan.
01-07-08 at 5:51 am
mar says:
Anis dan fajar,
tabahlah menghadapi dugaan Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya…
01-07-08 at 8:51 am
kyazz says:
Firstly Tahniah saya ucapkan dengan kehadiran putera baru. Saya mendoakan kesejahteraan anda sekeluarga. Semoga semuanya dipermudahkan.
01-07-08 at 11:11 am
izwan says:
askum abang…
saya doakan yang terbaik untuk abg sekeluarga.. insyaAllah, ada kemanisan dalam kesusahan… Cuma kita perlu tempuhinya dengan penuh kesabaran…
Dan doa saya sentiasa mengiringi abang sekeluarga… Agar dilimpahi bahagia sentiasa… Harap ujian hanya sementara… Disudahi kerahmatan yang tak terhingga…
—
“Allah tidak akan memberi hambaNya ujian yang Dia tahu hambaNya tidak akan mampu menghadapinya…”
01-07-08 at 1:56 pm
Azah and Am says:
Fajar, Anis and Najla
Tahniah atas kelahiran putera. Kami doakan segalanya yang terbaik untuk kalian. Moga terus tabah and sama2 kita berdoa semoga segala kekusutan beransur pergi.
01-07-08 at 11:31 pm
chentahati says:
fajar & Anis,
Tahniah…tapi bersabarlah. InsyaAllah, segalanya akan ok… Kena kuatkan hati.
Kitaorang kat sini akan selalu doakan fajar sekeluarga…
02-07-08 at 3:16 am
tata says:
Anis & Fajar,
Tabahkan hati… Bykkan doa… Semoga semuanya selamat.Anyway… Tahniah.
02-07-08 at 4:22 am
elaira says:
fajar & anis & najla,
teruntuk buatmu seorang putera
melengkap sepasang cahaya mata
syukur terdalam kupersembah pada Pencipta
atas gembira dan anugerah
moga perjalanan hidup bertambah meriah
betapa resahnya hati
bila mendung bukat memayungi langit hati kalian
betapa gundahnya rasa
mengenang jarak yang memisahkan
bertandang menjenguk tidak tertakdirkan
tersentuh hati mendengar gulana tidak dipinta
kepada Tuhan yang Maha Kaya sama-sama kita berdoa
keadaan akan aman semula
insyaAllah gundah ini tidak lama
nanti semua akan baik-baik saja
[tabahlah Fajar, apa pun dugaanNya adalah rahsia hidup yang belum kita temukan. akak doakan semuanya akan baik-baik saja, puteramu akan sejahtera berlari riang bersama kakaknya. insyaAllah. - maaf tak dapat balas sms kehabisan kredit]
02-07-08 at 7:26 am
Abu Bazli says:
*termenung* How are you now, Fajar?
02-07-08 at 10:22 am
Has Cardiff says:
Moga Allah mudahkan segalamya. Ameen.
02-07-08 at 11:14 am
as&ad says:
fajar ,
congrats … tabahkan hati , kuatkan semangat . insyaALLAH , DIA pasti membantu . doa sentiasa dari kami ber2 …
02-07-08 at 1:49 pm
daffodil says:
Doa kami mengiringi kesejahteraan dan kebahagian kalian..
02-07-08 at 6:08 pm
Nisanku says:
Alhamdulillah saya bersyukur dengan kehadiran chaya mata yang baru…semoga berjaya didunia malah diakhirat…
03-07-08 at 2:43 pm
zahila says:
fajar, walaupun aku tak tahu lagi apa ceritanya..
seperti aku pulak yang sebak tetiba…
sabar…tetapkan doa pada-Nya…semoga anak ko sihat dan selamat..
sokongan utk baby ko & isteri ko sgt perlu ketika ini…
aku doakan moga-moga Allah memberi perlindungan. Aminnnnnn
05-07-08 at 4:51 pm
Lini says:
fajar…
Apapun yg ko hadapi skrg ini, aku doakan moga ko dan anis tabah ye..Moga semuanya berada dlm keadaan baik.. n pls, take care of urself too
08-07-08 at 6:19 am