Tabah
Andainya ketabahan itu semudah seperti dituliskan atau dibicarakan, alangkah indahnya. Namun ketabahan itu akan teruji apabila berdepannya dengan dugaan dan cabaran.
Entah mengapa, betapa sukar sekali untuk menulis bicara di sini. Tidak seperti selalu. Baru sekarang, kekuatan itu kembali. Sedikit demi sedikit.
Terima kasih buat semua di atas ucapan, kata-kata semangat dan doa. Ketulusan dan keikhlasan kalian begitu dihargai. Apatah lagi buat kami di rantauan yang dilanda dugaan. Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua.
Dan berkali-kali juga aku mengingatkan, bahawa segala ujian dari-Nya ada hikmah yang tersembunyi. Terus aku memujuk hati dan jiwa agar terus sabar, cekal dan tabah dalam menerima dugaan yang mendatang. Moga kekuatan itu akan kekal bersama. Pada setiap masa dan ketika.
aminbakish says:
apa khabar kamu dan keluarga sekarang? muga baik ya.
06-07-08 at 1:41 am
napang says:
semoga selamat semuanya…
06-07-08 at 2:00 am
SHIMI says:
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Setiap kita pasti akan melalui cabaran di dunia. Cuma situasi dan corak cabarannya berbeza. Berdoalah kepada Ilahi agar diberi kekuatan, berkatalah pada hati bahawa kita mampu menghadapinya. Insyaallah
06-07-08 at 5:54 am
Abu Bazli says:
Good start
06-07-08 at 6:05 am
farah says:
be strong… tahniah buat fajar sekeluarga… don’t worry, babies are tough, they’ll fight all the way… if u need any help, just gimme a shout…
06-07-08 at 9:28 am
asuhara says:
berat mata menatap ceritamu, pastinya tak terjangkau ketabahan kalian menangung dugaan ini. semoga terus tabah fajar!
06-07-08 at 10:22 am
rudy says:
jar, kau kuat kerana itu Tuhan berati kamu dengan dugaan sebegini hebat.Kalau sudi ber sms, aku sedia mendengar, usah dipendam sorang2, Aku doakan! Aminnnnnn!
06-07-08 at 11:30 am
zahila says:
..sabar menanti berita itu..
semoga semuanya kembali okay. aminnn
06-07-08 at 4:48 pm
megat says:
kata lebih mudah dr perbuatan. itu yg pasti.
tapi aku percaya kau pasti dapat laluinya memandangkan kau sudah melalui banyak cabaran sebelum ini hingga kau dapat capai ke tahap sekarang.
doakan semoga kau sekeluarga sihat & cekal.
06-07-08 at 5:53 pm
applephye says:
..fajar,semoga terus tabah..
07-07-08 at 12:14 am
aliff says:
terus tabah dan terus bergerak ke hadapan, yang telah berlaku sudah di takdirkan, yang dihadapan adik sentiasa doakan abang fajar dan akak berjaya menghadapinya dengan sabar dan tenang.
07-07-08 at 2:22 am