07-07-08

Harapan

Posted in amir yusuf, rasa by fajaril

Barangkali doktor tersilap. Mungkin juga mereka tersalah membuat percaturan. Mereka juga adalah manusia biasa. Sudah tentu tidak sempurna. Ayah berharap keputusan dari mereka yang pakar ini silap pada mulanya. Demikianlah yang ayah rasakan kali pertama mendapat khabar tentang dirimu.

Sungguh, ayah seperti tidak percaya apabila diberitakan tentang keadaan kamu, anakku sayang. Berkali-kali ayah menafikannya di dalam hati. Adakah ayah di dalam mimpi? Jika ini mimpi, mengapa tangisan yang mengalir begitu jelas sekali? Mengapa begitu lama sekali mimpi ini? Betapa ayah berharap agar segera tersedar dari mimpi ini. Terjaga ke alam realiti yang indah semata. Namun, inilah bukan mimpi. Inilah kenyataannya. Inilah hakikatnya. Demikianlah takdirnya. Dan ayah cuba menerimanya bersama air mata. Tanpa sebarang kata-kata.

Hari-hari yang berlalu dengan harapan dan doa. Betapa ayah dan ibu berharap agar munculnya keajaiban dari Tuhan. Mana tahu, tiba-tiba saja muncul khabar yang gembira. Betapa besarnya harapan itu. Terlalu mengharap. Dan ayah merasakan harapan itu bagaikan sebutir embun di hujung daun.

Takdir telah tertulis buat kita. Ayah dan ibu harus menerima seadanya. Ayah pasrah. Ayah redha. Tiada kudrat mahupun kuasa yang mampu untuk mengubahnya selain dari-Nya. Betapa ayah sedar, kita ini begitu kerdil. Sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi atas segala yang berlaku.

Bergetar suara ayah sewaktu menyampai khabar tentang dirimu buat datuk nenekmu di tanahair. Betapa ayah berusaha untuk menahan sebak agar tidak menangis di hujung talian telefon. Namun, ayah tidak berdaya. Berat sungguh apa yang ditanggung. Sendu ini tidak mampu ditahan. Bahkan rasa kesayuan itu bersahut-sahutan di antara dua benua. Kami menangis bersama.

Sudah ketentuan-Nya juga bahawa anak ayah ini dilahirkan di negara orang. Apatah lagi ditempatkan di salah sebuah hospital yang mempunyai reputasi yang baik. Serta memiliki doktor yang berkepakaran dalam bidang khusus untuk kanak-kanak. Barangkali ini rezeki kita. Telah Allah rancangkan dengan sebaiknya. Menantikan detik kamu untuk dimasukkan ke dalam bilik pembedahan adalah bersama doa dan harapan. Agar segala-galanya berjalan dengan baik.

Bertahan terus sayang. Tetap kuat. Tetap tegar.

Dan harapan itu tidak pernah padam. Sehingga tibanya detik itu, ayah dan ibu hanya mampu berharap dan berdoa kepada-Nya. Dan kali ini, harapan itu laksana hujan yang berguguran. Bagaikan tidak henti-henti. Membasahi setiap pelusuk dan penjuru bumi.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

33 comments

  1. saharil says:

    berdoa dan berserah. semoga tabah dan dipermudahkan, fajar.

    07-07-08 at 1:03 am

  2. tata says:

    Fajar & Anis,
    Semoga terus tabah dan sabar…

    07-07-08 at 1:46 am

  3. aliff says:

    abang fajar dan kak anis..
    setiap yang berlaku ada hikmahnya.. sabar ye.

    setiap ketentuan dari Allah ada nikmatnya dan maksudnya.

    07-07-08 at 2:24 am

  4. Indera says:

    Saya tercari kata-kata yang sesuai namun tidak ada satu pun yang sesuai untuk diungkapkan buat membujuk hati rawanmu. Sesungguhnya saya sangat mengerti berat bebanan yang sedang engkau tanggungi.

    Di kejauhan ini, saya sedang berdoa dan mengharapkan agar keajaiban atau lebih tepat lagi Rahmat Allah akan turun memayungi dirimu sekeluarga.

    Ingat Allah selalu ya Fajar. Dunia tidak selalunya diselubungi malam. Tiba masanya, Fajar akan menyinsing dan siang bersama mentari akan menjelma menyinari alam ini dengan cahaya kegembiraan.

    07-07-08 at 2:41 am

  5. izanazrin says:

    what happen ? bagitau la .. bukan apa, sometimes kita rasa kita sorang je have that problem… rupa rupanya ada lagi di luar sana mempunyai masalah yg serupa… and willing to help based from experience… selalunya mereka yang telah melalui masalah yg sama akan merasa bagai ditarik2 untuk sekurangnya berkongsi pengalaman untuk memberi sedikit harapan dan panduan kepada anda…

    and to tell u i have a brother who has a down syndrome baby, first baby in fact… bagai halilintar membelah bumi ketika berita diterima… down syndrome with heart problem, poor vision, etc etc…

    now aged 3, they are pulling thru… hard at the beginning, but now standing strong to face all the possibilities… my brother now is a totally new man… matured, caring, and sungguh dekat dengan tuhan… u know what i mean..

    mungkin itu rahsia tuhan… menjadikan anda dan keluarga lebih kuat, tegar dan rapat sungguh pada NYA.. and believe me not all people have the chance to get that hidayah u know… percayalah Allah amat sayangkan anda..

    be strong ok.. bahagia menunggu di hadapan Insyaallah

    07-07-08 at 2:53 am

  6. asuhara says:

    fajar n family;
    kuat ya!

    07-07-08 at 4:08 am

  7. napang says:

    Kamisama, ii koto ni naru youni… Amin…

    07-07-08 at 6:55 am

  8. Unsunghero says:

    amin!

    07-07-08 at 7:06 am

  9. niza says:

    sedih sungguh cerita fajar nie menyebabkan air mata saya mengalir tanpa sedar…menguatkan lagi yang Allah adalah pemilik kepada apa yang di langit dan di bumi…Apa yg saya ada hanyalah pinjaman sementara sahaja..Semoga Allah memberikan segala kebaikan kepada Fajar dan anis sekeluarga…amin

    07-07-08 at 8:35 am

  10. megat says:

    ya allah ya tuhanku limpahi keluarga ini dengan keberkatan & perlindungan.

    fajar & famili, kuatkan semangatmu. perbanyakkanlah doa.

    tetiba aku pun rasa sebak.

    07-07-08 at 8:59 am

  11. chentahati says:

    tak sanggup nak baca. Moga yang baik-baik sahaja fajar. InsyaAllah…

    07-07-08 at 9:57 am

  12. tipahlawa78 says:

    Hmm… Tiada kata nak diucap..

    Lama tak menjengah.. rupanya ada khabar yang menguji.. Dlm kepala ini pun dok ligat berfikir.. Mengingatkan bayi dlm kandungan ini..

    Ya Allah.. Moga kau lindungi dan peliharalah zuriat2 hambamu ini… AMIN

    07-07-08 at 10:38 am

  13. mar says:

    Hope is like a magical dream for those who wait. Mintalah padaNya dengan sabar sebab Dia hampir dgn org yg sabar

    07-07-08 at 11:45 am

  14. azah says:

    Fajar and Anis
    Moga terus tabah ya
    Dan ingatlah selalu, Allah tidak akan menguji kita kalau kita tak mampu untuk menghadapi ujian itu. Allah Maha Adil, Maha Kaya dan Maha Mengetahui segala yang terbaik untuk hambaNya.

    07-07-08 at 12:52 pm

  15. rudy says:

    fajar & anis, kalau sudi berkongsilah. aku setuju dengan izanazrin. mungkin dengan teknologi internet ini ada shbt boleh memberi pandangan bdasarkan pengalaman masing2.

    adik no2 aku juga sama, Tuhan duga dia dengan anak lelaki comel yang disahkan celebral palsy. sudah menginjak usianya 2 tahun lebih. Tetapi kami usahakan bersama-sama mencari penawar selagi terdaya. Alhamdulillah dengan berkat info dr shbt handai, kami usahakan penawarnya walaupun setiap minggu terpaksa ke tg malim untuk mencari penawarnya. alhamdulillah sudah nampak perubahan kpd si comel itu. Usah dipendam seorang, shbtmu ada bersama.

    07-07-08 at 1:48 pm

  16. SHIMI says:

    Salam ketabahan, berkata-kata mungkin lebih mudah dari menghadapinya sendiri. Harapan itu ada dimana-mana,walaupun berada dihujung tali gantung sekalipun. Rahmat Allah sentiasa memayungi hamba-hambanya selagi hamba-hambaNya sentiasa bersama dan dekat padaNya.

    Ingatlah bahawa tiada daya dan upaya selain dari mendapat izin dan kehendak Allah. Cekallah bahawa ketentuan itu dari Allah yang Maha Mengetahui segala apa kesudahannya. Serulah namaNya, pohonlah dariNya sentiasa dibibir saudara, semoga kekuatan itu hadir dalam keredhaan kepada Allah Yang Maha Besar juga Maha Menentukan atas segala-galanya perjalanan dunia ini…

    07-07-08 at 2:26 pm

  17. Lady Pot Pet says:

    Semoga Allah bersama mu, hold on strong and kami menduakan yang terbaik untuk Fajar & Anis sekeluarga. Allah menyayangi kalian just remember that, it’s a challenge in life in which you have to weather..amin.

    07-07-08 at 9:40 pm

  18. iina says:

    Insyallah Fajar dan Anis.. Doa kami sentiasa bersama mu sekeluarga..

    Tabahkan hati dan cekalkan jiwa.. Allah tidak akan menguji kita melainkan DIA tahu kita mampu menghadapinya.. Insyallah

    07-07-08 at 11:03 pm

  19. applephye says:

    ..doa saya untuk kalian sekeleluarga. semoga semuanya baik2 saja..
    ..amin..

    08-07-08 at 1:17 am

  20. aminbakish says:

    doa saya untuk kamu sekeluarga, khususnya buat si kecil.

    08-07-08 at 1:27 am

  21. daffodil says:

    cubit peha kanan peha kiri turut terasa, kesedihan dan kepiluan itu turut kami rasai. hati ibu dan ayah mana yang tidak terusik.. insyaallah kami sentiasa mendoakan kalian, semoga sinar kebahagian bersinar sentiasa..

    08-07-08 at 10:53 am

  22. JIMI says:

    Jimi doakan dari kejauhan sini, ya.Ingatla selalu, allah is the greatest!

    08-07-08 at 10:35 pm

  23. xiao hong says:

    assalamualaikum

    semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini.
    ini berita sedih ke 2, saya terima selepas mengetahui isteri kpd adik angkat yang masih ditidurkan setelah diserang angin ahmar selepas beberapa hari pembedahan membuang rahim dan ovari berlangsung. anak tunggal mereka juga bermasalah, suara tangisannya masih belum kedengaran sejak kelahirannya.
    semoga Allah SWT berikan kekuatan menghadapai dugaan hebat ini, mudahkan segala urusan. semoga semuanya sihat dan selamat, amin.

    09-07-08 at 6:32 am

  24. kyazz says:

    Semoga anda sekeluarga tabah menghadapi situasi ini. Sesungguhnya Allah itu maha penyayang lagi menyayangi. Doa ikhlas saya panjatkan buat anda sekeluarga.

    09-07-08 at 10:33 am

  25. fajr' says:

    terima kasih semua. moga Allah saja yang membalas keikhlasan dan ketulusan kalian.

    09-07-08 at 11:46 am

  26. elaira says:

    benar. memang tiada kata-kata yg dpt dilafazkan untuk menenangkan hati kalian. kegusaran hati sama dirasa. mendung bukat ini turut menakluk langit hatiku.

    usai manggu yg dalam, ada kekuatan yg Tuhan bisikan, berbagai ronanya perjalanan kita di dunia ini.. berbadai dugaan berbaris menanti. semua menuntut agar kita tabah dan mensyukuri. dan menyedari betapa bertuah dan beruntungnya masih diberi udara menyambung nadi.

    kalau pun pahit terasa kata-kata ini dibaca, tabahlah fajar, doaku berjujukan untuk kalian di sana. apa pun yg menjengah pintu takdir adalah bunga-bunga kehidupan. semoga kita semua diberkati dan dirahmati sehingga akhir hayat, seterusnya di akhirat kelak. aminnnn…

    kasih sayang dari akak buatmu sekeluarga, selamanya.

    10-07-08 at 2:42 am

  27. khaleel alyasini says:

    InsyaAllah, Allah akan mengurniakan yang terbaik untuk famili encik fajar sekeluarga.

    Saya juga akan terus berdoa agar semuanya selamat.

    10-07-08 at 7:23 am

  28. che su says:

    abg fajar…skrg baby dh ok kan???semuanya selamat kan….chesu tak sabr nk tgk amir…nk sgt2…che su rindu dgn najla…tp kan che su,najla..dan baby amir kan kami bertiga bintang yg sama “GEMINI”….pe pun che su harap semua akn kembali seprti biasa insyaallah….i really want to see myHERO…

    20-07-08 at 4:18 pm

  29. che su says:

    abg….nti kim salam ng akak k…

    20-07-08 at 4:25 pm

  30. che su says:

    che rinduuuuuu dgn CINDEReLLA……LOVE U ALL SO MUCHHH…!!!!!!!

    20-07-08 at 4:27 pm

  31. kak liza@utem says:

    a’kum fajar sekeluarga, semoga tabah dan cekal menghadapi dugaan darinya… akak doakan semuanya selamat dan amir yusuf sihat hendaknya.

    01-08-08 at 9:53 am

  32. Doa, Demi Kesejahteraan Dan Kesihatan Amir Yusof | MEGAT says:

    [...] pasti kelahiran Amir Yusof dinantikan dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan ibu dan ayahnya. Namun kesabaran seorang ibu dan ayah masih terus diuji dengan masalah kesihatan [...]

    06-09-08 at 6:04 am

  33. titan says:

    Berdoalah. Itu senjata yang kita ada.

    06-09-08 at 6:37 pm

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 463 access attempts in the last 7 days.