09-07-08

Amir Yusuf

Posted in peristiwa by fajaril

Kami namakan dia, Amir Yusuf. Nama yang kami pilih sebelum dia lahir lagi. Meskipun berada dalam keadaan kurang sihat, dia kelihatan begitu luhur dan indah di mata hati kami. Hadirnya bagaikan bintang berjatuhan ke lubuk hati kami yang kecil. Menerangi sanubari.

Amir Yusuf, kami nantikan kepulanganmu.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

24 comments

  1. JIMI says:

    Cantik dan sesuai nama tu Fajar. Semoga dia menjadi lebih kuat dan tabah sepertimana ayah dan ibunya juga.

    09-07-08 at 11:44 am

  2. SHIMI says:

    Tabah dan redha itu sesungguhnya paling baik dalam kehidupan manusia

    09-07-08 at 12:32 pm

  3. aliff says:

    Amir Yusuf semoga membesar dan jadi sekuat dan setabah ayahnya dan bonda. Amin.
    Sedap namanya.

    09-07-08 at 12:49 pm

  4. zahila says:

    semoga pembedahan berjaya dgn selamat….

    aku doakan dikejauhan ini…

    moga2 Allah Ta’ala bersama kalian…

    09-07-08 at 1:09 pm

  5. zulfadli says:

    Indah nama tu.. saya bersama2 yg lain juga mendoakan kesejahteraan Amir..

    09-07-08 at 3:00 pm

  6. napang says:

    Amir yusof kun,

    genki de ne…

    10-07-08 at 1:07 am

  7. rudy says:

    Amir Yusuf…nama dua sahabat kita meertaro dan pikor.

    Amir Yusuf kun, gambare! otousan, okaasan matteru yo. ware ware mo.

    10-07-08 at 4:35 am

  8. khaleel alyasini says:

    Amir Yusuf. Semoga Amir Yusuf sembuh dan menjadi insan yang secantik namanya.

    InsyaAllah.

    10-07-08 at 7:29 am

  9. asuhara says:

    amir yusuf- kun

    ganbatte!

    10-07-08 at 7:45 am

  10. Pnut says:

    Sebayalah anak kita, anak kedua akak lahir lagi awal..awal dua bulan dari tarikh sebenarnya..
    pre-mature, at 30 weeks je..also berjuang untuk meneruskan kehidupan, bernafas dengan bantuan oksigen sehingga kini sudah 32 hari,

    terus memberikan sinar pada kami babah, mama dan abang…

    Moga Alesya, dan Amir, kuat..dan terus kuat, membesar dan sihat untuk menambahkan kebahagiaan kepada kita…

    Tabahkan hati..Insya-Allah dengan izinNya, semuanya akan baik-baik sahaja…

    Ya Allah moga selamatkan anak-anak kami…

    10-07-08 at 9:18 am

  11. ihsan says:

    fajar,
    tabahkan hati dengan kehendakNya.

    Setiap yang terjadi ada hikmahnya.

    Insya Allah Amir akan sihat dengan keizinanNya.

    10-07-08 at 11:06 am

  12. nash says:

    fajar & family …tabahlah menghadapi dugaan…insyaallah semua kembali normal…

    11-07-08 at 2:03 am

  13. Cream says:

    Salam Encik Fajar,

    Semoga bersabar atas apa yang Allah ujikan pada kita. Cuma orang yang terpilih saja mendapat ujian sebesar ini. Ujian besar, jika lulus markahnya juga besar!

    Saya juga pernah menghadapi anak sakit dan dia telah pun pergi menghadap Ilahi.

    Base on my experience, my tip is, take one day at a time. Kalau kita asyik fikir bukan bukan boleh jadi gila.

    Pernah seorang rakan senasib telah memikirkan hal pengkebumian anaknya ketika doktor membedah paru paru anaknya yang telah dijajah sel kanser. Tapi rahmat Allah siapa yang dapat menilai, pembedahan berjaya dan si bapa masih sempat melihat anaknya bernafas lagi di bumi ini.

    Walau payah, life must go on.

    11-07-08 at 2:47 am

  14. apple says:

    ..semoga sihat2 saja :)..

    11-07-08 at 3:29 am

  15. Amyz says:

    Maafkan amyz terlewat tahu perkhabaran ini.

    Bergetar dada dan bahu membaca entri sebelum-sebelum ini.

    Untuk berkata, abang fajar, tabahlah~ Kata-kata itu mungkin tidak dapat melegakan hati seorang ayah.

    Cuma iringan doa kudus dari hati ini, agar semuanya kan dilindungi dan berada dalam rahmat Allah.

    Insya Allah. Mudah-mudahan.

    Amin~

    11-07-08 at 6:32 am

  16. tasikmerah says:

    semoga kamu tabah ya… semoga selamat semuanya…

    11-07-08 at 6:47 am

  17. Blackpurple says:

    Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Ameen.

    11-07-08 at 11:21 am

  18. FIR says:

    InsyaAllah everything will be fine. Hope for the best.

    12-07-08 at 3:23 am

  19. xiiinam751 says:

    Tuhan….
    Selamatkanlah Amir Yusuf.
    ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ู…ูŽุฑูุถู’ุชู ููŽู‡ููˆูŽ ูŠูŽุดู’ูููŠู†ู

    12-07-08 at 9:33 am

  20. kingbinjai says:

    semoga diberikan kekuatan. saya pernah merasai kehilangan seorang anak. memang pedih dan sedih namun tuhan tidak mensia-siakan kita. minta pada Dia. saya doakan anda sekelaurga selamat dan sejahtera.

    p/s : saya suka kata : fajar seluas angkasa bolehkah saya pinjam ayat ini?

    12-07-08 at 10:02 am

  21. angel_baik says:

    amir yusuf,

    acik doakan semoga amir terus kuat berjuang dalam kehidupan ini..

    doa acik sentiasa dengan amir sekeluarga di sana..

    amir,
    chayok!!..

    ramai org sedang tgu amir…

    12-07-08 at 11:34 am

  22. OP says:

    kami doakan semangat amir kuat dan selamat semuanya.

    12-07-08 at 11:55 am

  23. Doa, Demi Kesejahteraan Dan Kesihatan Amir Yusof | MEGAT says:

    [...] Amir Yusof adalah seorang anak lelaki kepada sahabat blog yang kini berada di bumi Scotland. Amir Yusof telah dilahirkan didunia ini pada 3 bulan yang lalu. [...]

    06-09-08 at 6:04 am

  24. titan says:

    ehm. nama yang indah.

    06-09-08 at 6:33 pm

Leave a comment