Unik
[+]
“He’s a very unique little boy”.
Demikianlah kata Doktor Judith sebentar tadi. Sewaktu kami bertemu untuk berbincang perkembangan terkini berkenaan Amir Yusuf.
Unik. Dia bukanlah doktor yang pertama mengucapkan kata seperti itu. Unik. Maksudnya berbeza daripada biasa. Unik. Tidak sama seperti kanak-kanak yang lain. Unik. Sehingga doktor terpaksa berbincang dengan kumpulan pakar yang lain untuk mencari jalan penyelesaian. Rasanya kami sudah bertemu dengan lebih tujuh orang doktor dari kumpulan yang sama. Mereka tidak mahu terburu-buru memandangkan kes Amir Yusuf adalah luar biasa. Mereka mengakui kerana unik dan istimewanya Amir, mereka turut pening dan berfikir hingga ke malam hari, merujuk semula buku-buku dan kertas kajian. Bahkan turut dirujuk kepada pakar lain di seluruh UK.
Uniknya Amir Yusuf ini, masalah yang dialaminya bukanlah pada satu tempat di dalam tubuhnya. Untuk menjelaskan perkara ini kepada orang lain juga bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan ayah dan ibu turut keliru dengan bermacam-macam penemuan yang doktor berikan kepada kami. Kadangkala, rasa takut bertandang ke dalam diri. Tapi kami yakin, Amir Yusuf selalu berada dalam rahmat Tuhan.
Biarpun apa yang telah diperkatakan oleh doktor, Amir Yusuf tetap tenang. Matanya melirik setiap kali terjaga. Mungkin mencari kami di sekeliling. Bahkan keadaannya cukup stabil. Cukup untuk menzahirkan betapa istimewa dan uniknya dia. Ada beberapa peristiwa yang membuatkan kami rasa terharu. Dia memang luar biasa di mata kami. Melihatkan dirinya langsung tidak membezakan dia dengan bayi yang lain. Cukup sifatnya. Bahkan jarinya meruncing. Tersusun cantik pada kukunya. Kata orang, jari seorang artis. Cuma sesekali, ayah terfikir bilakah anak ayah ini akan pulang ke rumah?
Hati ayah ibu mana yang tidak terusik setiap kali menerima berita daripada doktor. Selalu ayah cuba menerima dengan hati terbuka dan rasional. Namun ada masanya ia menambah debar di dada. Setiap berita baru cuba dicerna dan difahami. Gusar dan risau selalu singgah ke hati. Di tangan kami tiada sebarang kuasa. Bahkan mereka yang merawat sudah tentu akan mencuba yang terbaik. Selebihnya kami hanya mampu berdoa dan berserah kepada-Nya.
Biar apapun jua, kami menerima Amir Yusuf seadanya. Dengan ujian yang menguji kesabaran dan keimanan kami, sudah tentu dia adalah anak yang unik dan istimewa. Anugerah yang cukup berharga. Tidak dapat dibayangkan masa depan yang terbentang buat kami. Namun, bersamanya memungkinkan kami melaluinya dengan penuh keazaman dan ketabahan.
[+]
Insya Allah, esok pada jam 10 pagi (waktu UK), Amir Yusuf akan menjalani pembedahan. Doakan agar segalanya dipermudahkan. Moga rahmat Allah akan selalu bersamanya.

niza says:
askm…
Buat fajar dan anis dan najla dan amir yusuf
InshAllah Saya sentiasa mendoakan untuk keselamatan amir dan keluarga …Semoga amir sihat dan membesar dengan sempurna.
Semoga Allah menolong memudahkan semua perkara..
17-07-08 at 12:20 am
kopisuam says:
salam fajar, akak sekeluarga mendoakan agar Amir Yusuf selamat menjalani pembedahan. Buat fajar dan wife kuatkan hati ok..insyaALLAH segalanya akan selamat…amin
17-07-08 at 1:11 am
kosong says:
doa untuk kamu berempat di sana. Moga-moga semuanya selamat dan sentiasa dirahmati Allah swt.
amin
taking care pajar, anis, najla, amir
17-07-08 at 3:05 am
serindit rimba says:
InsyaAllah..
Yang baik-baik saja Fajar & Anis. Moga-moga yang baik-baik
17-07-08 at 4:41 am
asuhara says:
amir- chan, gambatte!
17-07-08 at 4:59 am
zulfadli says:
insyaAllah, saya disini mendoakan agar amir selamat menjalani pembedahan..
17-07-08 at 7:54 am
azah says:
Aku doakan pembedahan tu berjaya..Sabar and Tabahlah sahabatku
17-07-08 at 8:37 am
khaleel alyasini says:
Allah. Allah. Allah. DIA sentiasa mendengar. InsyaAllah.
17-07-08 at 9:47 am
Pnut says:
fajar…Insya-Allah Amir Yusuf akan selamat menjalani pembedahan…dilindungi Allah, dan dipermudahkan segalanya oleh ALlah, moga Amir akan terus kuat, terus sihat, dan boleh kembali ke pangkuan keluarga… akak pun baby dah 39 hari lahir, belum dapat sekali dapat memeluk dan mencium dia, kerana baby masih dalam incubator..
dugaan buat kita hanya Allah saja yang tau hikmahnya…Insya-Allah mereka-merekan yang ‘unik’ macam anak-anak kita akan Allah beri ganjaran yang besar suatu hari nanti…
Tabahkan diri ye…
17-07-08 at 9:59 am
Preston St. says:
Semoga Allah memudahkan segala urusan. Doa tulus ikhlas daripada kami di sini semoga Amir Yusuf diberikan cahaya kehidupan..
Wassalam.
17-07-08 at 10:09 am
megat says:
aku turut berdoa akan keselamatan amir yusof dan diberi rahmat.
insya allah semuanya selamat dan berjalan dengan jayanya.
17-07-08 at 10:19 am
daffodil says:
Insyaallah semoga selamat semuanya.. Doa kami mengiringi kalian..
17-07-08 at 10:21 am
iina says:
Kami doakan pembedahan esok bakal memberikan sinar kebahgiaan dan kesejahteraan buat fajar sekeluarga
17-07-08 at 10:47 am
rudy says:
Amir Yusuf, gambaruzo! ouensuru!
17-07-08 at 12:11 pm
aliff says:
semoga abang fajar, kak anis, najla dan amir yusuf selamat dalam lindungan Allah swt. semoga amir yusuf selamat menjalani pembedahan.
17-07-08 at 12:11 pm
SHIMI says:
Semoga Allah memberi kemudahan keatas segala urusan hamba-hamba-Naya
17-07-08 at 2:43 pm
tata says:
Kami mendoakan yang terbaik buat Fajar, Anis, Najla dan pastinya Amir Yusuf.
17-07-08 at 6:22 pm
Indera says:
Ya Allah… tidak putus doa saya agar Amir Yusuf dapat menjalani kehidupan di dunia ini sama seperti kanak-kanak yang lain.
Fajar,
Seperti yang saya sering ingatkan pada diri saya dan anda, roh, nyawa, jasad dan tubuh anak yang lahir itu semuanya di dalam urusan Allah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Barangkali, di Lauhil Mahfudz itu sudah tertulis bahawa Amir Yusuf bakalan membesar menjadi manusia yang terbilang sedang perihal kelahirannya itu cumalah secebis dugaan buat kedua orang tua buat permulaan menerima kedatangan seorang Manusia yang Terbilang.
Amir Yusuf itu keajaiban ciptaan Allah. Dia itu Rahmat Allah. Dia itu bukti kekuasaan Allah. Dan semestinya dia juga harus menjadi sumber kekuatan dan ketabahan ibu dan ayahnya.
Ingat selalu ya Fajar,
Serahkan segala-galanya ke hadrat Allah. Kita hanya boleh berusaha. Allah yang menentukannya. Takdir Amir Yusuf itu sudah Allah tentukan. Jangan terlalu gundah sehingga kita lupa pada asal kewujudan kita.
Mendengar khabar Amir Yusuf yang sehingga kini kuat mengharungi bilah-bilah hari sehingga menimbulkan kebingungan pakar perubatan moden menjadikan hati saya mengembang dan seterusnya yakin dan percaya bahawa Allah itu punya perancanganNya tersendiri buat Amir Yusuf.
18-07-08 at 2:33 am
ayobkelubi says:
amir yusuf akan terus kuat macam nur alesya.
pakcik kat sini doakan sentiasa..
agar amir yusuf akan dpt jadi macam ayah dia.
amin
18-07-08 at 3:29 am
elaira says:
insyaAllah anakanda amir yusuf akan selamat dan sihat sejahtera, dan bisa pulang ke malaysia bertemu bonda. melihat jemarinya saja sudah terbayang keindahan wajahnya… kasih sayang bonda tertumpah mengalir buatmu, moga sentiasa dalam lindungan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
18-07-08 at 3:40 am
walkthrulife says:
semoga pembedahan berjalan dgn baik. Amir Yusuf..moga tabah dan kuat semangat.
Fajar dan isteri..doa kami mengiringi kamu
18-07-08 at 7:20 am
applephye says:
..semoga semuanya selamat - amin..
18-07-08 at 4:44 pm
zahila says:
moga-moga Allah SWT bersamamu baby Amir….
18-07-08 at 11:18 pm
Zakiyah says:
My family and I can only wish Amir Yusuf the best of luck. We just can’t wait to see him, so we pray for his operation to be successful and see him as a healthy baby.
Kawaii Amir!
Zakiyah
19-07-08 at 7:49 pm
Izzati says:
All the best to Putera Amir Yusuf from the bottom of my heart. I can’t wait to meet you, hold you and say “CUTE NYE…”
Izzati
19-07-08 at 10:20 pm
che su says:
chesu tokmi tokbah mdoakn mu sygku…kuatkn smgat che su tau baby amir seorg yg kuat…ayah ibu kakak najla sentiasa berada bersamamu syg….
20-07-08 at 3:41 pm
che su says:
abg fajar dan kak aniss kuatkn smgt k kami disini sentiasa mdoakn baby amir..insyaallah semuanya kan baik kelak…tuhan lebih berkuasa dan lebih tahu segala2nya….
20-07-08 at 3:44 pm
Shila says:
Saya doakan yang terbaik untuk Amir Yusof.InsyaAllah semuanya berada dalam rahmat Ilahi.
Selamat menempuh hari depan….
20-07-08 at 4:49 pm
fariny says:
my prayers are with you and your family at this unimaginable time. May Allah protect little amir yusuf with His Strength and Love. and you, with his Courage my friend.
21-07-08 at 8:10 pm