Kita Yang Merancang
Pagi itu kami datang awal ke hospital. Dalam debar dan penuh harapan. Amir Yusuf telah pun dipindahkan ke wad yang berlainan sejak petang semalam. Dr Judith datang menemui kami untuk memaklumkan perancangan mereka seterusnya.
Nampaknya pembedahan Amir Yusuf yang dijadualkan pada pagi itu terpaksa ditangguhkan. Darah Amir dijangkiti kuman. Mereka terpaksa meletakkan antibiotik ke dalam tubuhnya. Apabila mereka sudah memastikan bahawa Amir cukup stabil dan baik, barulah pembedahan akan dijalankan pada waktu yang akan dimaklumkan kelak. Barangkali esok lusa. Berdasarkan kepada keadaan Amir sendiri.
Ini merupakan kali kedua pembedahan Amir tertangguh. Kali pertama ia melibatkan darah Amir yang lambat membeku. Namun begitu, penangguhan yang pertama itu memberi peluang untuk doktor melakukan ujian dengan lebih rapi. Melalui imbasan x-ray dan sebagainya, mereka mula mengenalpasti ada masalah yang lain yang ada di dalam tubuh Amir Yusuf. Perancangan mereka pun berubah.
Setelah beberapa minggu, barulah mereka memutuskan untuk meneruskan pembedahan yang tertangguh. Daripada apa yang dimaklumkan, ini hanyalah peringkat permulaan. Rawatan susulan mungkin akan melibatkan pembedahan lain. Semuanya bergantung kepada keadaan.
Seperti kata doktor, mereka sudah pun merancang dengan sebaiknya. Namun, kita hanyalah sekadar manusia. Segala ketentuan adalah diputuskan oleh-Nya. Sudah pasti ada hikmah di atas apa yang berlaku. Dan kami, tidak pernah berputus asa, bahkan semakin kuat mengharungi hari-hari yang berlalu.
Syukur, Amir Yusuf tetap kuat. Dan tanpa kami sedari semangatnya mengalir ke dalam diri kami.
[+]
Terima kasih atas doa dan kata-kata semangat dari kalian. Moga rahmat Allah akan selalu melimpah buat kita semua.
che su says:
yeahhhhh pe pun yg di rancang tp tuhan yg menentukan…pe pun kami harap semua akan ok insyaallah…che su tokmi tokbah sentiasa menanti khabar dr abg dan kakak…najla mcm mne??najla dh tgk baby amir ke???mesti seronok najla sbb najla dh jd seorg kakak(CINdERELLA)…rindu dgn telatah die….klu ade pape nti cepat2 bgtau k….
21-07-08 at 6:33 am
SHIMI says:
Tabah
21-07-08 at 6:43 am
Abu Bazli says:
A born fighter, he is
21-07-08 at 9:52 am
zulfadli says:
tabah sungguh amir nih.. insyaAllah byk2kan berdoa..
21-07-08 at 10:01 am
aliff says:
semoga amir yusuf segera sembuh dan dapat pulang ke pangkuan kekanda berdua.
bertabahlah, kerana kita hambanya yang kerdil.
21-07-08 at 11:40 am
as&ad says:
kami doakan …
ayah dan ibu …
kakak …
amir yusuf …
diberkati dan dirahmati …
amin .
21-07-08 at 2:26 pm
rudy says:
seperti sms mu “hadirlah keajaiban terangilah kehidupan”.
21-07-08 at 2:28 pm
kaktiny says:
sesungguhnya aku berdoa seikhlasnya agar Allah memberikan cahaya dan khabaran gembira kepada saudara sekeluarga.. Amin
22-07-08 at 5:54 am
tasikmerah says:
semoga kalian tabah… dan moga Amir Yusuf cepat sembuh..
22-07-08 at 8:59 am
leje says:
maaf jar aku baru tahu maslah kau. kekesalan aku laam tak buka blog ni..
maaf banyak2..
insyaAllah semua yang datang adalah cubaan untuk kau.. aku tahu kau memang cukup tabah untuk hadapi semua ni…besar ujian untuk kau, besar lah bermakna semakin besarlah iman kita. besar iman kita besarlah ganjaranNya nanti..
bersabarlah..kami sama2 doakan kesejahteraan dan kesihatan amir sekeluarga..
kau sekarang ni dalam jalan Allah, fisabilillah.. bukankah menuntut ilmu tu jalan Allah.. diuji lagi sebegini akan menambahkan lagi kekuatan dalaman kita.. insyaAllah..
banyakkan doa dan bertahajud kepadaNya..semoga kesakitan dan kesusahan yang dialami ini akan berakhir dan dijelmakan dengan keberkatan dan keredhaanNya, sebagai satu cara Allah menghapuskan dosa23 kita.. sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pengampun..amiin..
22-07-08 at 11:35 am