27-07-08

Berkorban

Posted in rasa by fajr'

Seperti selalu, kami datang ke hospital pada setiap hari. Tanpa jemu. Tanpa mengenal erti penat. Berulang alik dari rumah ke hospital. Demi melihat dan mengetahui perkembangan Amir Yusuf.

Satu hari, sewaktu dalam perjalanan rumah, isteri aku bersuara,

“Tidak semestinya berkorban itu hanya sekali saja. Atau dalam satu masa. Kadang-kadang, kita kena berkorban pada setiap masa. Sampai bila-bila”

Kata-kata itu terus melekat ke dalam benak aku. Ada kebenaran pada kata-katanya itu. Cuma, aku berharap dan berdoa agar kami terus kuat dan tabah untuk itu.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

15 comments

  1. che su says:

    Jika dihayati dengan lebih mendalam, kita harus menghayati falsafah disebalik sebuah pengorbanan kerana itu bakal menjadikan peribadi diri kita lebih kuat dan matang. Pengorbanan kita untuk hari ini, sudah tentu akan dibawa untuk hari kemudian……

    27-07-08 at 12:02 pm

  2. SHIMI says:

    Salam. Hanya yang melaluinya sahaja benar-benar memahami erti berkorban dan tabah.

    27-07-08 at 2:16 pm

  3. che su says:

    my bro n my sis…I KNOW U CAN..BELIEVE ME..GO..!!..GO…!!!

    27-07-08 at 2:53 pm

  4. butterflykisses says:

    Hardship will make you stronger. Semoga tabah dalam pengorbanan.

    Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang meminta kepadaNya. Sama-samalah kita berdoa. InsyaAllah.

    27-07-08 at 6:13 pm

  5. walkthrulife says:

    Sama-sama kita berdoa..

    28-07-08 at 6:07 am

  6. elaira says:

    benar, akak setuju dgn anis, berkorban itu sepanjang masa sampai bila-bila. dan kita harus redha… walau oh sedihnya!

    28-07-08 at 7:44 am

  7. Lini says:

    Semuga Allah berkati setiap pengorbanan yang kita lakukan..

    28-07-08 at 8:11 am

  8. rudy says:

    amin ya rabbal ‘alamin.

    28-07-08 at 8:57 am

  9. kaktiny says:

    akan ada ‘hikmah’ bagi setiap musibah.. akan ada ’sinar’ bagi setiap kegelapan.. akan ada ceria bagi setiap gunda..

    dan benar.. luluh hati menanggung dan berat bahu yang memikul tidak sebeban mata yang memandang..

    28-07-08 at 9:54 am

  10. aliff says:

    insyaallah, pengorbanan yang ikhlas akan dibalas hal yang baik oleh Allah swt. Amin Ya Rabbal Alamin!

    28-07-08 at 11:08 am

  11. tata says:

    Berkorban Apa Saja

    “Berkorban apa saja
    Harta atau pun nyawa
    Itulah kasih mesra
    Sejati dan mulia

    Kepentingan sendiri
    Tidak diingini
    Bahagia kekasih
    Saja yang diharapi

    Berkorban apa saja
    Harta atau pun nyawa
    Itulah kasih mesra
    Sejati dan mulia

    Untuk menjadi bukti
    Kasih yang sejati
    Itulah tandanya
    Jika mahu diuji

    Berkorban apa saja
    Harta atau pun nyawa
    Itulah kasih mesra
    Sejati dan mulia”

    Be strong my friend… :)

    28-07-08 at 3:16 pm

  12. Kak As says:

    kak As doakan semuga Amir Yusof cepat sembuh dan Allah permudahkan segala urusan .Insyallah sinar kebahagian menanti dihadapan.Amin

    28-07-08 at 8:57 pm

  13. asuhara says:

    fajar,

    pengorbanan yang kamu berdua lakukan itulah, keajaiban yang telah dianugerahkan. Terus kuat dan tabah ya!

    amir-kun, gambatte ne!

    29-07-08 at 2:30 am

  14. kopisuam says:

    alhamdulillah amin amin ya ALLAH semoga memakbulkan permintaan hambamu ini..semoga sentiasa lebih tabah Fajar..amin

    29-07-08 at 3:55 am

  15. izanazrin says:

    kalian akan melangkaui jua tempoh getir ini..

    percayalah..

    one find day, u both will look back these moments in life with sense of proud and dignity.. while saying

    see we went thru this together, susah memang susah, tapi kita sudah berjaya melepasi detik getir itu..

    and tengok, how strong we are today… alhamdulillah..

    :waiting for u both to say those words one day..

    29-07-08 at 11:37 am

Leave a comment