29-07-08

Sabar

Posted in bicara by fajr'

Aku rasa sangat penat. Penantian yang begitu meletihkan. Penantian yang menghampakan. Dua hari berturut-turut. Seakan semangat dan tenaga aku disedut keluar. Hilang entah ke mana. Betapa kesabaran itu teruji.

Empat kali. Bayangkan, empat kali pembedahan Amir Yusuf ditangguhkan.

Semalam, kepenatan itu menarik bersama semangat di dalam diri aku. Hari ini, begitu juga. Pertama kalinya aku rasa tidak begitu bersungguh mendengar kata-kata dari doktor itu. Kalau benar mahu ditangguhkan pembedahan pada hari ini, kenapa maklumkan setelah kami berada di hospital selama 10 jam?

Sabar. Berulangkali.

Sabar. Lagi dan lagi.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

15 comments

  1. applephye says:

    ..saya selalu mendoakan..

    30-07-08 at 1:54 am

  2. megat says:

    demi amir yusof, lakukan terbaik!

    sesungguhnya amir yusof lebih tabah menghadapi semua ini.

    bersabarlah dan berdoa bersungguh-sungguh.

    30-07-08 at 2:34 am

  3. asuhara says:

    ayah amir

    teruskan kesabaran itu! onegaishimasss!

    30-07-08 at 2:58 am

  4. walkthrulife says:

    Fajar

    kuatkan semangat..

    30-07-08 at 7:22 am

  5. Abu Bazli says:

    hmmm your life changed, huh? me too. tell u later lah. change big time, man. sesama la kita sabar.

    30-07-08 at 8:50 am

  6. Indera says:

    Selalunya ujian itu datang laksana hujan lebat mengguyur dari langit. Datang dengan tidak semena-mena. Membasahi bumi semau-maunya bersama petir dan halilintarnya. Saat demi saat, minit demi minit sehingga kita sendiri merasa hampir kehilangan sabar menantikan bilakah hujan lebat itu akan usai.

    Tetapi, hujan lebat itulah yang menyejukkan bumi yang panas. Membasahi tanah gersang nan kontang. Sesudah itu, Pelangi akan muncul dan mentari akan tersenyum keluar di balik selendang awan.

    Fajar,
    Kesusahan ini akan manis jua akhirnya. Jika tidak di dunia, di akhirat kelak akan diganjarkan oleh Allah sebagaimana manusia merasa nikmatnya seteguk air yang ditelan yang datangnya dari hujan lebat yang mengguyur itu.

    Anakanda Amir Yusuf itu pejuang. Di dalam gilirannya diambil orang, dia masih kuat. Saya percaya dia kuat untuk menempuh hari-hari seterusnya.

    Di Hari Isra’ Wal Mi’raj ini, saya bermunajat agar doa saya mendaki terus ke Sidratul Muntaha memohon ke hadrat Allah supaya Anakanda Amir Yusuf, kita semua berada di dalam perlindunganNya.

    Amin.

    30-07-08 at 9:09 am

  7. rudy says:

    jar, moga sbesar2 sabar keatasmu.

    30-07-08 at 9:40 am

  8. mawar says:

    penantian satu penyeksaan,sabar penting agar tidak berlaku yg x diingini disaat Amir Yusuf turut berjuang dgn diri sendiri, tapi ada masa tindakan juga dilakukan sewajarnya. Alisa juga pernah ditangguh operationnya even sudah sampai ke dewan bedah dek kerana ICU bed haknya diambil oleh org yg lebih memerlukan.Kalau ikutkan hati mahu saja digegar semua org kerana anak sendiri juga terkulai layu, tapi demi kewarasan dan kesabaran yg ada, tindakan alternative dilakukan, alhamdulillah Allah bantu sebagai membalas kesabaran kami.

    30-07-08 at 10:49 am

  9. kopisuam says:

    itu saja yang kita termampu lakukan fajar…be strong dan bersabar ok..

    30-07-08 at 11:25 am

  10. SHIMI says:

    Aku juga menasihat Fajat agar bersabar. Seperti yang selalu aku katakan. Bersabar dengan kesabaran. Mudah-mudahan

    30-07-08 at 2:15 pm

  11. Lady Pot Pet says:

    Kesabaran yang amat diduga Allah SWT. Akak doakan semoga sinar harapan itu akan dikecapi sedikit masa lagi…banyak beistigfar ya…

    30-07-08 at 3:06 pm

  12. Amyz says:

    Insya Allah.. Insya Allah. Dimakbulkan doa-doa dari abang & isteri, keluarga dan para sahabat yang mengasihi. Insya Allah..

    30-07-08 at 4:58 pm

  13. zahila says:

    sabar itu sebahagian dari iman…
    sabar itu menguji keimanan..
    insyaallah pasti untung orang yg bersabar..
    :-)

    30-07-08 at 7:29 pm

  14. elaira says:

    Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.

    Al-Baqarah:153

    31-07-08 at 8:33 am

  15. che su says:

    Firman Allah (SWT) s.w.t.:

    Ertinya:
    “Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah (SWT), dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.â€
    (Al-Baqarah: 156-157)

    Firman Allah (SWT) yang maksudnya:

    “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siap (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah (SWT) supaya kamu beruntung.â€
    (Ali-Imran: 200)

    Firman Allah (SWT) s.w.t. bermaksud:

    “Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah (SWT) berserta orang-orang yang sabar.â€
    (Al-Baqarah: 153)

    07-08-08 at 1:35 pm

Leave a comment