Hikmah
Mendapat kesusahan itu merupakan satu dugaan. Mendapat kesenangan itu pula merupakan ‘dugaan kuasa dua’ untuk melihat samada kita bersyukur ataupun kita kufur dengan nikmat Allah. Ingatlah, jika kita diduga di dalam dunia ini, itu merupakan sebagai perkara biasa. Tetapi bagaimana jika hidup kita sentiasa merasa senang dan tidak pernah merasa susah? Adakah kita akan terus bermimpi diulit kesenangan ataupun mula berfikir mungkin terdapat suatu yang tidak kena pada diri kita?
Kita hidup dalam hari ini. Kita tidak tahu apakah yang akan terjadi pada hari esok kerana semua itu di dalam rahsia Allah. Hari ini dirimu menangis kerana Anakanda Amir Yusuf. Mana tahu di dalam perancangan Allah, di keesokan hari, dirimu akan berbahagia dan berbangga memiliki Amir Yusuf.
Andainya kau mengerti sahabatku, bahawa kata-katamu ini bagaikan satu semangat dan azimat yang cukup melekap. Di kala kesedihan dan kemuraman mengundang, hadirmu memberi kekuatan.
Seperti katamu, tiada perlu berterima kasih kepada sahabat. Cukup sekadar pengertian.
Sungguh, betapa pengertian darimu membuatkan aku rasa begitu terharu.
[+]
Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan, kenalan dan semua yang sudi meninggalkan komen di sini. Segala kata-kata semangat dan doa yang dipanjatkan, adalah amat dihargai. Setiap bingkisan adalah doa. Sudah tentu ianya begitu bernilai. Zahirnya, kami berusaha untuk menjadi ‘biasa’. Namun di dalam hati, rasa itu selalu bergelora. Kadangkala tercari-cari pegangan untuk kami bertahan bagi meneruskan kehidupan. Semoga Tuhan memberkati dan membalas ketulusan kalian.
Tabah dan sabar. Kata-kata ini seakan besar sekali maknanya. Kepada-Nya, kami bermohon agar diberi kekuatan.
megat says:
insyaallah. mungkin kesannya tidak nampak merta tapi ia pasti dimakbulkan jika kita berterusan memohon darinya.
07-08-08 at 1:38 pm
che su says:
salam..
abang dan kakak harus kuat dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan dalam apa jua bentuk dugaan yg mndatang….semua org bsama abg dan kakak…
07-08-08 at 2:05 pm
Mr. H says:
salam..’life is very uncertain’..perjalanan buat Amir masih panjang..insya Allah, kita sama2 doa kan agar Allah mempermudahkan segala urusan buat Amir kelak..kakak & abang, jgn cepat mengalah & putus asa..kami senantiasa bersama!
07-08-08 at 2:45 pm
SHIMI says:
Kita kan kawan. Kawan-kawan tak mau lawan. Kawan-kawan kena bantu kawan-kawan.
Pasal tu hidup ini sememangnya indah.
07-08-08 at 4:04 pm
aliff says:
Salam,
Abang Fajar dan Kak Anis,
Insyaallah, jikalau bulat kekanda berdua memegang dan mendirikan agamanya, ujian Amir Yusuf pastinya kecil berbanding pahala yang diberi. Maka bersabar dan tawakallah, kalau sedih nak mengalir airmata, bahu Aliff sentiasa ada. Doa dari Malaysia untuk kekanda sekeluarga. Semoga dipermudahkan Allah swt. Amin.
07-08-08 at 4:59 pm
zulfadli says:
salam,
insyaAllah, sama2 kita doakan
07-08-08 at 7:47 pm
Indera says:
Segala yang berlaku itu sudah ditetapkan oleh Allah, 50 tahun sebelum kelahiran kita lagi. Segalanya sudah tercatat di Lauhil Mahfudz. Hanya DOA yang mampu merubahnya. Kerana itu doa adalah senjata umat Islam yang paling ampuh.
Tidak sabar-sabar menanti berita perkembangan Amir Yusuf. Semoga Amir Yusuf tumbuh menjadi manusia yang hebat lagi soleh. Itulah doa saya setiap masa.
Hahahahaha… Kadang kala saya merasakan apa yang saya inginkan dalam hidup adalah sesuatu “kebiasaan”. Saya inginkan agar hidup ini berjalan seperti biasa mengikut Sunnatullah. Tidak sabar menanti akan hidup kita kembali seperti biasa. Saya hidup biasa-biasa. Fajar kembali tenang dan tidak lagi terkejar-kejar antara kerja, belajar dan tanggungjawab di hospital seperti biasa-biasa harimu dulu. Alangkah indahnya “kebiasaan” itu bukan?. Ya.. mudah-mudahan akan segera kembali seperti biasa… Adakah Fajar berfikir perkara yang sama seperti saya?
08-08-08 at 2:59 am
xis says:
Fajar..
Assalamualaikum… it’s been some time since I came to your blog. Anyway.. reading through all your post on Amir Yusuf (I love the name) has really touched me.. I hope that everything will be fine for you and family, and especial Amir.. Such a big test from Allah, which I myself do not know if I could handle it… Take care my friend…
08-08-08 at 7:13 am
mawar says:
Fajar, saya dtg jenguk ke sini pun untuk meminjam kekuatan dari luahan rasa fajar, lantaran diri sendiri pun kdg tak terdaya sudah, tapi demi anak Fajar, sama-samalah kita kuat..masih jauh perjalanan hidup mereka walau di usia yg masih terlalu awal dugaan berat datang menjengah..dengan hati KUAT, percayalah pada ALLAH kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.Pasti.
08-08-08 at 8:02 am
fadzila says:
take care yer.. doa kami bersama Amir Yusof..InsyaAllah…
13-08-08 at 6:33 am
Doa, Demi Kesejahteraan Dan Kesihatan Amir Yusof | MEGAT says:
[...] semua ini berlaku ada hikmah disebaliknya tetapi aku juga mengharapkan keajaiban berlaku ke atas Amir [...]
06-09-08 at 6:06 am
imahusin says:
Anis, Fajar…tabahla menghadapi hari-hari yang benar2 mencabar buat anda berdua. Kami titipkan doa agar si sayang Amir Yusop akan segera sembuh dan menwarnai hari gembira buat semua..InsyaALLAH.
12-09-08 at 7:40 am