Kau Selalu Ada
Setelah sebulan lebih, barulah ayah dapat kembali ke universiti seperti biasa. Itupun kalau ayah mampu katakan ia ‘biasa’. Kali ini rutin ayah bertambah satu setiap hari, iaitu menuju ke hospital pada sebelah petang untuk melawat Amir Yusuf. Mana mungkin ayah sengaja tidak bertemu denganmu. Biar penat, biar susah. Ayah ibu pasti berusaha untuk bertemu dengan putera kami ini.
Hari ini, ayah bersolat Jumaat di masjid universiti. Seakan rindu sudah meninggalkan suasana solat Jumaat di sini memandangkan sejak kebelakangan ini ayah sekadar bersolat berdekatan dengan rumah. Di Masjid Al-Farouq. Bukan tidak suka, tetapi ayah tidak dapat menghayati khutbah yang diberikan dalam bahasa Urdu. Meskipun ayah dapat menangkap beberapa butir perkataan yang selalu didengar melalui filem Hindustan.
Usai solat Jumaat, ayah duduk berteleku dan berzikir. Ayah menadah tangan bermohon kepada-Nya agar Dia perkenankan melimpahkan rahmat buat kita semua. Terutama sekali buat anak ayah, Amir Yusuf.
Ayah sekadar duduk menanti. Tidak mahu terburu-buru bangun. Di muka pintu, masih ramai lagi yang berasak-asak untuk keluar. Ayah lebih terkenangkan anak ayah.
Tiba-tiba, deria hidung ini terbaukan sesuatu di luar jangkaan ayah. Ayah tercium bau Amir Yusuf. Bau yang sama sewaktu ayah memegang Amir Yusuf. Sewaktu ayah mengucup dahi dan kepala anak ayah. Benarkah ini? Atau ayah yang berilusi?
Dua kali bau itu datang dan pergi. Ayah tidak pasti dari mana datangnya. Serentak dengan itu, hati ayah terus diterpa kerinduan. Seakan saat ini ayah mahu pergi kepadamu. Dan memeluk tubuhmu!
megat says:
mungkin terlalu merindui amir yusof. kasih seorang ayah bagai air dicincang xkan putus.
insyaallah amir yusof akan pulih
09-08-08 at 11:41 am
SHIMI says:
Dengan izinNya.
09-08-08 at 5:45 pm
che su says:
yeaahhhh my HERO will be find!!! pray 4 him…..LOVE AMIR SO MUCHH….
p/s:ABG….MINTA AKAK CALL IBU SEGERA….
10-08-08 at 6:18 am
akulelakiitu says:
salam,
saya masih belum sempat utk review the whole content of this blog..tp insyAllah jika ada masa diizinkan Tuhan, pasti saya akan melawat lagi ke sini..
10-08-08 at 7:45 am
aliff says:
salam,
bang fajar,
semoga amir yusuf dan abang segera bersama. bersabar yer. banyakkan istighfar mohonlah kemudahan dariNYa.
be tough bro!
10-08-08 at 4:33 pm
rudy says:
jar, dia ada ketika kau berdoa untuknya. Maha suci Tuhan yang ghaib!
11-08-08 at 1:20 am
silent reader says:
salam,
saya doakan kesihatan dan kesejahteraan saudara sekeluarga. kena kuatkan semangat dan banyakkan istighfar dan selawat ya. take care.
11-08-08 at 2:45 am
Blackpurple says:
Semoga Amir Yusof kamu segera sembuh.
Bertuah dia mempunyai ayah seperti kamu.
11-08-08 at 6:17 am
Indera says:
Fajar,
Naluri anak dan bapa itu mengalir bagaikan dua batang sungai dari satu punca. Andai ribut melanda di hulu, akan keruhlah kedua-dua muara di hilir. Jika sakit seorang, kedua-dua akan menderita bersama. Pertalian itu abadi dan tidak sekali-kali akan terputus sehingga hari kiamat. Andai inderamu mengucup bauan Anakanda Amir Yusuf, itu tandanya jiwamu dan jiwa Anakanda tersimpul menjadi satu. Wallahua’lam.
11-08-08 at 7:07 am
Shila says:
Mengenali watak Fajar dan Amir Yusof amat membuka minda saya.Bersyukur dengan anugerah yang saya miliki,sebagaimana Fajar begitu menyayangi Amir Yusof seadanya dia. Teruskanlah berusaha dan berdoa.Saya yakin,Amir Yusof pasti mampu…..
11-08-08 at 3:31 pm
murni says:
bagaimana keadaan amir yusuf…..mudah-mudahan ada berita yang menggembirakan…amin!!
13-08-08 at 6:04 am
leje says:
sebagaimana namamu Cahaya Subuh, insyaAllah akan ada cahaya yang sama untuk Amir Yusoff.
13-08-08 at 7:53 am