Usah Bersedih
Satu hari ayah sedang duduk di sofa sambil mata memandang ke televisyen. Fikiran pula menerawang memikirkan banyak perkara.
Tiba-tiba Najla menegur,
“Why ayah?”
“I’m sad”
“No, don’t be sad. Happy! Happy! Happy!”
Sambil tangannya memegang muka ayah. Memaksa ayahnya tersenyum. Selagi wajah ayah tidak berubah, selagi itu dia mencuba sambil menyebut, ‘Happy! Happy!’.
Akhirnya terlukis senyuman di bibir ayah. Najla ketawa gembira. Seolah kelegaan. Untuk seketika, fikiran ini lari dari mengenangkan lapisan-lapisan peristiwa yang menguji kekuatan dan kesabaran. Juga kadangkala mengecutkan semangat yang ada. Lalu pujukan Najla berterusan di benak kepala.
Happy! Happy!
Andainya biasa ayah menzahirkan rasa gembira itu selalu dan tanpa ragu.
Happy! Happy!, suara Najla beralun dan menyentuh setiap deria.
zulfadli says:
baik sungguh najla ni.. ^^
27-08-08 at 12:08 pm
anjer says:
sesungguhnya anak tu pelengkap dan penyeri kehidupan….
28-08-08 at 2:39 am
napang says:
What a good girl Najla. May everybody happy.
Happy k ayah!
Begitulah kehidupan
28-08-08 at 2:41 am
Shila says:
Comelnya Najla….saya tahu dia amat comel dan baik hati walau tanpa melihat rautnya…
Betul apa Najla kata…
Happy! Bergembiralah walau untuk sedetik. Kerana di samping anak-anak,kita akan lebih tersenyum tanpa ragu dan bimbang….
28-08-08 at 7:10 am
aliff says:
Aha!Pandainya Najla memujuk ayah! Berlapang dadalah abang Fajar.
Be happy!;P
28-08-08 at 11:21 am
iina says:
Walaupun dia meminta tanpa mengetahui sedikitpun apa yang ada dalam fikiran fajar.. namun permintaan itu adalah ikhlas dari hatinya.. anak-anak memang begitu kan begitu jujur menzahirkan apa yang ada dalam hati dan fikirannya..
Ya happy.. walaupun hanya untuk seketika kerana ia mampu mengubati kedukaan kala kita benar-benar memerlukan sokongan
28-08-08 at 1:55 pm
serinditrimba says:
Adakala kita kena tersenyum untuk orang yang tersayang..
29-08-08 at 1:30 am
Pnut says:
So sweet..
moga Amir Yusuf akan terus membuatkan ibu dan ayah terus happy dengan perkembangan positifnya…moga dia akan terus kuat…
29-08-08 at 2:41 am
Zakiyah says:
Happy! Happy! Happy! Happy! Happy!
Boleh byg mcm mne Najla ckp tu..
29-08-08 at 10:13 am
natasya says:
@kum,
dear fajar…
just read about this on our tepen blog. i’m praying for all of you okay. let me know of any updates will ya?
take care =)
29-08-08 at 7:06 pm
SangPelangi says:
Oh. Anak yang mulia, takkan pernah membiarkan ayahnya bermuram durja. Teruskan Najla senyumkan insan di sekelilingmu.
Semoga ada Pelangi setelah awan pergi. Semoga Amir Yusuf sihat sejahtera, Amin.. Ganbatte Bro Fajar.
30-08-08 at 6:13 am