31-08-08

Sehari Sebelum Ramadan

Posted in amir yusuf, peristiwa by fajaril

Tiub yang menyalurkan susu kepada Amir Yusuf telah dihentikan buat sementara waktu. Kini, keadaannya sama seperti beberapa minggu sudah. Tanpa susu membasahi ruang perutnya. Beberapa tiub bersambung semula ke tubuh kecilnya.

Hari ini, kami tidak dapat memeluk Amir Yusuf seperti selalu. Dirinya terbiar di atas katil. Lena sekali beradu. Ibu cuba memeluk. Begitu lama. Ayah sekadar membiarkan. Dalam diam, rupanya ibu menahan rasa hingga mengalirkan air mata.

Esok, Ramadan bermula. Namun Amir Yusuf sudah memulakan puasanya terlebih dahulu.

[+]

Salam Ramadan buat semua. Moga rahmat Allah akan terus melimpah buat kita semua di bulan keberkatan ini.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

19 comments

  1. megat says:

    salam ramadhan untuk kau dan keluarga.

    mudah-mudahan doa kita untuk amir yusof terus dimakbulkan… insyaallah.

    01-09-08 at 1:26 am

  2. FIR says:

    Salam Ramadhan… moga bulan yang mulia ini bagi keberkatan in your situation

    01-09-08 at 5:21 am

  3. zulfadli says:

    selamat menyambut ramadan juga :)

    01-09-08 at 7:57 am

  4. daffodil says:

    salam ramadhan, moga kehadiran bulan mulia yang penuh keberkatan menambah lagi kekuatan dan keimanan kita kepadaNya.. kami mendoakan agar ketabahan dan kebaikan sentiasa bersama kalian sekeluarga

    01-09-08 at 11:15 am

  5. Shila says:

    Salam Ramadhan..

    Harapan saya agar Amir Yusof akan lebih kuat lagi..
    Semoga si ayah dan si ibu juga cekal semangat..Dan semoga Ramadhan memberi lebih kekuatan untuk kalian semua menjalani kehidupan…

    01-09-08 at 2:06 pm

  6. majidars says:

    Selamat menikmati puasa. Moga sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat..

    01-09-08 at 5:07 pm

  7. HarapanJiwa says:

    selamat berpuase untuk kamu sekeluaga..:)
    amir yang hebat,hebat dan hebat pasti akan sembuh:)

    01-09-08 at 8:09 pm

  8. asuhara says:

    salam ramadhan.
    moga kalian dapat menjalani ibadah kali ini dengan lebih tabah. Moga ketabahan Amir terus berakar dijiwanya. Insya Allah!

    Tabah ya ayah dan ibu Amir, kakak najla juga!

    02-09-08 at 5:12 am

  9. kopisuam says:

    salam ramdahan buat Fajar sekeluarga…semoga menjalani ibadat puasa dengan tabah…

    juga salam ramadhan buat Amir yusuf..semuga cepat sembuh..ayah dan ibu ingin beraya bersama Amir..

    02-09-08 at 7:36 am

  10. Khairyn says:

    semoga Allah permudahkan laluan untuk Amir Yusuf segera sembuh. Ameen

    Ramadhan mubarak

    02-09-08 at 11:20 am

  11. anjer says:

    Salam Ramadhan untuk Fajar sekeluarga…moga keberkatan Ramadhan melimpahi Amir Yusuf…semoga segera sembuh..AMIN…

    03-09-08 at 1:10 am

  12. elaira says:

    salam ramadhan al mubarak buat fajar sekeluarga… moga si comel amir yusuf segera sembuh dan kakak najla berada dalam lindungan Allah swt selalu hendaknya.

    03-09-08 at 1:41 am

  13. Indera says:

    Selamat menyambut Ramadhan buat Fajar sekeluarga. Tiadalah datangnya Ramadhan itu melainkan dengan kepanasannya, perit ujiannya, serta cubaan yang mampu meruntuhkan dinding kesabaran. Di saat sebegini, hanya ingatan dan zikir kepada Allah sahaja akan memberikan kekuatan kepada kita untuk mengharungi cabaran Ramadhan ini. Setelah itu, barulah kita mampu bergelar manusia unggul.

    Salam sayang buat Anakanda Amir Yusuf… Salam sayang yang berkekalan.

    03-09-08 at 2:12 am

  14. rudy says:

    Ramadhan Mubaraq buatmu sekeluarga. Tabah dan Sabar ya sahabat.

    03-09-08 at 6:35 am

  15. ihsan says:

    slm fajare dan keluarga,
    salam ramadhan.

    semoga amir yusuf cepat sembuh.

    Kuatkan semangat. Memang senang ckp tapi bila anak aku sakit hari tu, bak kata org tua2, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

    Tabahkan lah hati..

    03-09-08 at 6:55 am

  16. mawar says:

    salam ramadhan, kami pun berbuka dan bersahur dlm dingin beku hospital juga menemani alisa yg masih dlm rawatan..sabarlah.

    03-09-08 at 8:23 am

  17. suara says:

    Salam Ramadhan penuh kesyahduan, salam ingatan iringan keinsafan,
    mengintai ketabahan dari kejauhan, mendoakan amir dibekalkan kekuatan.

    03-09-08 at 8:31 am

  18. aliff says:

    Salam,

    Amir Yusuf nak menjalani pembedahan lagikah?Berpuasa minum susu?

    Apapun, aliff doakan Abang Amir dan Kak Anis sentiasa teguh selalu..

    03-09-08 at 10:39 am

  19. wtl says:

    Salam ramadhan…moga bulan yg mulia ini membawa seribu keberkatan dan kesihatan yg baik buat Amir Yusuf.

    Moga tabah ya teman

    03-09-08 at 2:08 pm

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 42 access attempts in the last 7 days.