05-09-08

Harapan Ramadan

Posted in amir yusuf, rasa by fajaril

Mak ayah pernah berpesan, ‘jangan menangis semasa berpuasa, nanti pahala berkurang’. Waktu itu, ayah masih kecil. Baru belajar berpuasa. Ada peristiwa yang membuatkan ayah menangis sungguh-sungguh di bulan mulia. Ayah tidak pasti sejauh mana kebenarannya pada waktu itu. Tapi kata-kata itu seakan memujuk ayah agar berhenti dari menangis.

Pesanan itu seakan kembali semula. Setelah sekian lama, tiba-tiba saja air mata ini tumpah tanpa disedari di bulan mulia ini. Segera ayah kesat dari terus jatuh dan membasahi pipi. Seorang lelaki tidak harus menangis. Hatinya harus kental. Tapi, kali ini ayah menangis sebagai seorang lelaki yang bergelar ayah. Kasih sayang ayah membuatkan jiwa ayah diterpa kepiluan. Dan hari ini, ayah menangis kerana anak ayah yang seorang ini, Amir Yusuf.

Sebentar tadi, Dr Davis, salah seorang pakar bedah datang bertemu kami untuk memberikan perkembangan terkini tentang Amir Yusuf. Sudah beberapa minggu ayah dan ibu tidak berpeluang bertemu dengan mana-mana doktor kerana datang agak lewat ke hospital. Pertemuan ini pun diatur melalui temujanji. Perbincangan itu terasa begitu singkat. Namun, setiap butir kata yang keluar dari mulut Dr Davis begitu jelas dan melekat. Segala masalah yang dialami Amir Yusuf telah pun dimaklumi. Kini, sekadar menanti apakah perkembangan selanjutnya oleh pihak doktor.

Sebaik saja Dr Davis berlalu pergi, ayah duduk termenung. Terpaku sejenak. Ada rasa pahit yang melekat. Ibu hanya diam dan terus beralih kepada Amir Yusuf. Membelai dengan perlahan.

Sebelum ini, Amir Yusuf telah ditempatkan ke katil bayi. Melihatkan perubahan itu, menjadikan hati ayah ibu cukup gembira. Beria-ria ayah mencari mainan untuk menarik perhatian Amir Yusuf agar tidak kebosanan. Apatah lagi, waktu itu kami dapat selalu memeluk Amir Yusuf selalu. Namun begitu, keadaan itu tidak lama. Beberapa hari sudah, atas sebab-sebab tertentu Amir Yusuf dimasukkan kembali ke dalam bekas kecilnya, inkubator.

Melihatkan keadaan itu, sudah tentu hati ayah ibu kembali muram. Tiada lagi mainan yang tergantung di tepi katil. Susu yang dibekalkan ke dalam tubuh Amir Yusuf turut dihentikan seketika. Sebak rasanya memandang tangan dan kaki Amir Yusuf dicucuk semula dengan jarum bagi memasukkan tiub-tiub yang berisi nutrisi, ubat dan lipid. Ada kesan darah di tangan kiri Amir Yusuf. Tentu darahnya sukar membeku secara normal.

Pandangan ayah dilemparkan di luar tingkap wad 3B. Dari tingkat atas ini, kelihatan sebahagian kawasan di sekitar Yorkhill, Glasgow. Bangunan dan rumah bagaikan corak di hamparan. Dalam cuaca baik sebegini, bukit-bukit kehijauan berbalam mengindahkan pandangan mata. Ada kepul-kepul awan bertebaran di dada langit. Tidak sangka pula, waktu begini cahaya matahari begitu mesra sedangkan tengahari tadi hujan turun membasahi.

Namun begitu, pandangan ayah seakan kosong. Seolah-olah mata ini melihat menembusi segala dinding batu, besi dan awan gemawan. Lapisan demi lapisan. Mata memandang, fikiran menerawang.

Lamunan ayah terhenti apabila ditegur oleh salah seorang jururawat yang menjaga Amir Yusuf,

“Are you okay?”

“Hah? Yeah”, sambut ayah perlahan. Barangkali dia menyedari perubahan tingkahlaku ayah dan ibu selepas perbincangan dengan Dr Davis sebentar tadi.

Di satu sudut di dalam wad yang sama, kelihatan ibu kepada bayi bernama Rebecca sedang sibuk menyalin lampin. Terdengar suara kecil Rebecca menangis. Kami kenal benar mereka. Bahkan Rebecca lahir tidak jauh harinya dengan Amir Yusuf. Sudah beberapa kali kami ditempatkan pada wad yang sama. Ibunya sibuk melayani Rebecca. Tidak lama kemudian, ayah Rebecca datang. Mereka bermain dan bermanja bersama Rebecca. Tiba-tiba saja, hati ayah ini jadi cemburu. Entah mengapa, pandangan ayah menjadi kabur. Saat ini, ayah ibu tidak dapat melakukan semua itu.

Ibu dari tadi mengelus rambut Amir Yusuf yang halus. Ayah kerling mata ibu. Ada butir-butir air mata. Ayah ingin memujuk. Tapi ayah begitu kehilangan kata. Ayah sekadar memegang bahu ibu. Moga ibu mengerti agar terus sabar dan tabah.

Perbincangan bersama Dr Davis sebentar tadi begitu meninggalkan kesan. Menurutnya, pembedahan yang pertama dikira berjaya. Namun begitu, komplikasi yang lain di dalam tubuh Amir Yusuf menuntut perbincangan dan perhatian yang lebih jelas. Mereka yang bertugas dalam satu kumpulan akan berbincang dengan lebih lanjut. Kata-kata yang begitu jujur dari Dr Davis meninggalkan kami dalam kepasrahan. Berulangkali, kata-kata Dr Davis bergema di telinga.

“We don’t have any answers”
“… very very difficult”
“… not surgically fixable”
“… not clear what to do next, till we really know what’s happening”
“… let’s hope it’s heal by itself”

Pandangan dari seorang pakar bedah. Kata-katanya itu bagaikan membelah harapan satu demi satu. Tajam menghiris.

Ayah ibu sedar, mereka pasti akan mencuba mencari jalan yang terbaik buat Amir Yusuf. Sudah dinamakan manusia, mereka juga punya kelemahan. Mujur, harapan itu masih ada. Betapa hati ayah masih percaya, akan tiba sinar cahaya buat Amir Yusuf.

Ayah melihat Amir Yusuf. Setiap inci wajahnya begitu membenam ke dasar ingatan. Seringkali kelihatan pada setiap masa dan ketika. Mengenangkan keadaan dalamnya yang luar biasa pada kanta mata doktor, sudah cukup menjelaskan bahawa kuasa manusia itu terlalu kecil. Betapa hanya Dia Yang Berkuasa, lagi Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Tiada satu pun yang mampu menandingi ciptaan-Nya.

Sesungguhnya, ayah ibu ini adalah hamba – yang begitu lemah lagi kerdil. Apalah yang ada di tangan ini? Sekadar doa dan harapan yang tidak pernah putus. Naluri ayah, tetap menyakini tentang kuasa-Nya. Rahmat Allah selalu ada. Pasti ada untuk Amir Yusuf kami, anakanda kami yang cukup istimewa.

Biarlah air mata ini mengalir. Inilah tanda kasih ayah ibu yang tiada hentinya. Ramadan ini mungkin menjanjikan keajaiban. Bersama sinar harapan yang tidak pernah putus. Moga keberkatan Ramadan ini membawa kami kepada kebesaran-Nya.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

35 comments

  1. zulfadli says:

    sama2 kita doakan.. bersempena di bulan ramadan ni, semoga dimakbulkan.. insyaAllah..

    05-09-08 at 12:49 pm

  2. as&ad says:

    jangan putus asa , teruskan berdoa untuk kesejahteraan amir yusuf … kami berdua sentiasa doakan . keajaiban akan berlaku , InsyaAllah .

    05-09-08 at 3:52 pm

  3. wtl says:

    Mari kita sama berdoa di bulan yg mulia ini.

    Kuatkan semangat

    05-09-08 at 3:59 pm

  4. megat says:

    kasih seorang ayah tiada penghujung.

    kasih seorang ibu membawa ke syurga.

    izinkan aku memanjangkan kisah kau di blog aku.

    tiada maksud lain hanya mengharapkan seribu doa di bulan mulia… amin

    05-09-08 at 8:51 pm

  5. en_me says:

    salam ramadhan almubarak cek fajar itteww..

    05-09-08 at 10:44 pm

  6. khai says:

    Abg Fajar..dibulan yg mulia ini khai sama2 turut mendoakan agar Amir Yusuf cepat pulih. Semoga Abg Fajar teruskan bersabar dengan ujian Allah swt ini.

    05-09-08 at 11:18 pm

  7. aliff says:

    salam,abang fajar dan kak anis.

    betapa berat mata aliff membaca dan hati menghadamnya, berat lagi beban di raga kalian berdoa. namun apalah yang dapat aliff katakan selain ungkapan jangan putus asa dan teguhkan hati. yakinlah bahawa tiap-tiap kesusahan pasti ada kemudahan, itu janji Allah swt buat hambanya yang bersabar.

    Bersabarlah abang Fajar, doa aliff sentiasa ada untukmu.

    06-09-08 at 5:52 am

  8. rohaizad says:

    Amin.

    06-09-08 at 6:40 am

  9. rudy says:

    Mari aku bingkiskan selaut doa kepada Ya Rabb agar magisNya tercipta buat Amir Yusuf.

    06-09-08 at 9:00 am

  10. basri says:

    Bro,

    Sedih aku baca, aku doakan anak bro kembali sihat semoga bro sekeluarga baik2 di sana.

    06-09-08 at 11:33 am

  11. |1f34|-|1r3 says:

    bro…semoga amir yusuf cepat sembuh…moga2 segala doa kita pada ramadhan ni dimakbulkan Allah….insya allah…

    06-09-08 at 2:18 pm

  12. Shila says:

    Salam..

    Di sini mata saya pasti terpaku lama..berselang dengan air mata yg selalunya membasahi pipi..
    Saya amat simpati dgn apa yg berlaku pada adik AMir Yusuf dan saya amat ingin mengerti,bagaimana kasih seorang ayah dan ibu yang membawa kepada kesabaran yg begitu tegar untuk mengembalikan sinar buat AMir Yusuf..agar terus sembuh…

    Saya amat terkesan dengan semua ini,namun tiada bantuan lain yang saya termampu,CUma doa untuk kalian agar terus bertahan …

    Semoga ramadhan membawa berkat buat En Fajar sekeluarga…Amin!

    06-09-08 at 5:37 pm

  13. applephye says:

    Salam ramadhan

    semoga bulan yang penuh keberkatan ini memberikan sejuta harapan buat kalian sekeluarga. semoga Amir Yusuf cepat2 sembuh.amin

    07-09-08 at 3:52 am

  14. SangPelangi says:

    Wuwuu.. aku menangis di kala senja ramadan ketujuh ini. Tabahnya hati seorang ayah. Aku terus-terusan mendoakan untuk bro Fajar sekeluarga.

    skali lagi..
    Bro Fajar, r u ok?
    i knew ur answer very well..

    07-09-08 at 7:37 am

  15. asuhara sue says:

    1234

    Satu..kasih yang abadi
    Tiada tandingi Dia yang satu

    Dua…sayang berpanjangan
    Membawa ke syurga kasihnya ibu.

    Tiga..lapar dan dahaga
    Rela berpayahan setianya ayah

    Empat..mudah kau ke temu
    berhati selalu beza antara
    kasih dan kekasih

    07-09-08 at 7:46 am

  16. asuhara sue says:

    1234

    Satu..kasih yang abadi
    Tiada tandingi Dia yang satu
    Dua…sayang berpanjangan
    Membawa ke syurga kasihnya ibu.

    Tiga..lapar dan dahaga
    Rela berpayahan setianya ayah
    Empat..mudah kau ke temu
    berhati selalu beza antara
    kasih dan kekasih

    07-09-08 at 7:51 am

  17. iliana says:

    assalammualaikum….sy thu cte ni dr blog sang pelangi…tersentuh hati membaca bebanan perasaan yg kalian tanggung tika ini…tiada apa yg blh d kata, tiada daya yg mampu menampung, namun kuatkanlah hati pd yg SATU…saya doakan kesejahteraan kalian terutamanya Amir Yusuff…percayalah bahawa Allah itu maha berkuasa di ats setiap apa yg dicipta-Nya…Amin~

    07-09-08 at 2:57 pm

  18. Mr. H says:

    salam

    moga abg & kakak terus menerus mengharap pada-Nya..segalanya tidak mustahil bg-Nya waima dibayangi dgn penjelasan dr para doktor..makin lama saya menyoroti tulisan abang yg penuh dgn suka duka kalian di sana, makin x sabar saya utk berkeluarga!kita senasib buat seketika kerna saya pun sorg diri di perantauan..rindu yg amat kpd si-dia!

    07-09-08 at 8:05 pm

  19. chentahati says:

    Fajar dan Anis..

    Sabar ye..kami doakan yang baik baik saja untuk fajar sekeluarga

    08-09-08 at 1:30 am

  20. mawar says:

    InsyaAllah, berkat ramadhan Allah makbulkan doa kita, sentiasa selitkan doa utk Amir Yusuf in my prayers..tabahkan hati ok.Kirim salam utk ibu,dugaan kita lebih kurang sama walau situasi berbeza.

    08-09-08 at 1:32 am

  21. Lady Pot Pet says:

    Semoga bulan yang mulia ini menjanjikan keajaiban dan yang terbaik untuk Amir Yusuf. Allah itu maha besar dan pengasih..kita hanya dapat berserah dan berdoa.
    Tabahkan hati ya Fajar & Anis..besarnya la dugaan Allah…insyallah Dia maha mendegar…

    08-09-08 at 3:46 am

  22. Indera says:

    Fajar,
    Andai menangis itu mampu meredakan rusuh hatimu, menangislah Fajar. Memang patut segala keperitan ini diluahkan agar tidak menjadi racun menyiksa hati di kemudian hati.

    Perihal Amir Yusuf itu, Abang sendiri pun tidak tahu apa yang mesti abang ungkapkan untuk memberi sedikit harapan buatmu. Cuma, kita berserah sahaja kepada Allah. Fajar sudah mencuba yang terbaik, namun ketentuan takdir masih begitu.

    Abang juga menyalahkan diri sendiri apabila mendapat berita Amir Yusuf sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan, sudah kurang doa yang Abang utuskan buatnya. Mungkin pada sangkaan, Amir Yusuf sudah baik benar-benar.

    Di kemuliaan Ramadhan ini, di saat Rahmat bersilih ganti dengan Keampunan, Abang doakan segala yang terbaik buatmu sekeluarga dan Amir Yusuf. Jika ada perkembangan terkini, lekas-lekas hubungi abang, ye!!

    08-09-08 at 3:55 am

  23. Silent says:

    Salam Ramadhan buat saudara Fajar sekeluarga.

    Dah lama menjadi pemerhati tanpa bicara. Saya mengerti rusuh hati saudara Fajar kerana pernah berada di tempat yang sama. Kita meminta pada yang Satu. InsyaAllah diperkenankan.

    Mungkin saya boleh berkongsi ilmu yang sedikit dgn saudara. Do email me so that I can tell u more.. Wassalam..

    Semoga Amir Yusuf akan sembuh dan kembali ke sisi ibu & ayah..

    08-09-08 at 4:05 am

  24. saharil says:

    semoga tabah dan dipermudah. semoga sembuh cepat. selamat berpuasa.

    08-09-08 at 6:31 am

  25. sempoii says:

    Fajar & Anis, akak kagum dgn kesabaran kalian.. Jgn cepat mengalah.. teruskan berusaha, berdoa dan tawakal..Akak doakan Amir Yusuf cepat sembuh.. Amin..

    09-09-08 at 1:09 am

  26. ihsan says:

    fajare,
    semoga cekal menempuh dugaan…

    just a suggestion, why dont you get a second opinion from surgeon in Malaysia. Its not that I do not trust your surgeon, but to get another person view may help.

    At this moment of time, please take care of yourself, your wife and Najla. They must not be neglected.

    09-09-08 at 1:48 am

  27. mar says:

    Cabaran akan menguatkan lagi harapan. Sabar akan lebih bererti bila diuji.

    09-09-08 at 5:40 am

  28. xis says:

    Fajar
    honestly.. reading through this post makes me feel so sad.. all i can say is my prayer is with you and your family, and above all.. with Amir Yusuf…

    09-09-08 at 9:21 am

  29. Lini says:

    fajar….

    Sesungguhnya ko dan Anis adalah dikalangan hambaNya yg dikasihi..diduga dgn ujian yg sebegini hebat. Mengingatkan kembali keadaan arwah mak sms dia berada di ICU hospital dulu pun sudah memedihkan dan menyiksakan dia..aku sendiri pernah berdoa agar Allah gantikan aku utk berada ditempatnya.. xde siapa yg sanggup Fajar, bila melihat orng yg kita sayang menanggung kesakitan sebegitu..Sesungguhnya apa yg ko dan anis rasai skrg sama mcm aku pernah rasai dulu. Cuma bezanya, aku dgn mak, ko dgn anak. Tapi keduanya2 adalah mereka yg paling kita kasihikan? Sesungguhnya aku doakan moga ko kuat dan tabah demi Anis, Najla dan Amir Yusuf. Amir sememangnya pembawa rahmat dalam keluarga ko..di dunia dan akhirat.

    -aku yg masih mencari sisa kekuatan yg ada dlm diri aku sendiri-

    09-09-08 at 9:22 am

  30. anjer says:

    tiada kata yang dapat diungkapkan…hanya doa mengiringi Amir Yusuf dari jauh…

    10-09-08 at 5:18 am

  31. adibah says:

    Fajar & keluarga,

    Bersabarlah dan berdoa.. berdoa dan berdoa.. InsyaAllah!

    10-09-08 at 2:17 pm

  32. fadzila says:

    sabar dan tabah…pasti ganjaran Allah akan datang… InsyaAllah… apa yang terjadi Allah janjikan hikmah disebaliknya..jangan putus harapan pada Allah.. take care..

    11-09-08 at 1:19 am

  33. Jayson Cotton says:

    lcz9j24wdqa11vqo

    12-11-08 at 11:17 pm

  34. fajar seluas angkasa » Surat Dari Oban says:

    [...] kad ini datangnya dari keluarga Baby Rebecca, bayi yang masuk ke wad hospital pada waktu yang hampir sama dengan Amir Yusuf. Bahkan, Rebecca [...]

    20-02-09 at 12:49 am

  35. abufaris says:

    Aku kadang terlupa betapa aku jarang bersyukur kerana mendapat anak-anak yang sihat.

    Bersabarlah Fajar dgn dugaan…

    28-09-09 at 9:24 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 342 access attempts in the last 7 days.