11-09-08

Adik Sayang

Posted in amir yusuf, bicara by fajaril

“Sayang, sayang, sayang,
sayang Amir Yusuf”

Tiada siapa pun yang mengajarkannya. Tapi, dia sendiri yang menciptakan melodi dan liriknya. Khusus buat adiknya, Amir Yusuf. Tawa terukir di bibirnya apabila Amir Yusuf terjaga. Dengan perlahan dan manja, dia mengelus lembut rambut adiknya itu. Begitu jelas rasa kasih seorang kakak. Betapa dia mengerti, adiknya itu tidak sihat. Kadangkala, wajahnya berkerut melihat Amir Yusuf menangis. Segera dia memujuk. Mujur juga Amir Yusuf menangis tidak begitu lama.

Pada mulanya, dia seakan tidak dapat menerima kehadiran orang baru. Siapa Amir Yusuf? Dari mana datangnya? Berhari-hari ayah dan ibu mengambil hatinya tentang kewujudan ahli baru di dalam keluarga. Dia bukan lagi bersendiri. Nanti dia bakal ada teman bermain di rumah. Sama-sama menyanyi dan ketawa. Barangkali sama-sama berusaha mencuri perhatian ayah dan ibu.

Kini, dia semakin mengerti, Amir Yusuf begitu istimewa. Hinggakan setiap hari ayah dan ibu berulangkali ke hospital untuk menjenguknya di sana. Pernah sekali, dia menangis kerana mahu bertemu dengan Amir Yusuf. Dia sudah mengenal rindu kepada adiknya yang seorang itu.

Setiapkali wajah bayi muncul di layar tv, dia akan menjerit, “macam baby Amir Yusuf, ayah! So cute”.

Lalu, dia menyanyi lagi,

“Adik jangan nangis,
sayang, sayang, sayang,
sayang Amir Yusuf”

Hati ayah tentu terusik. Lalu ayah bermohon pada-Nya, moga kasih sayang yang melimpah itu akan terus berpanjangan. Hingga ke syurga.

[+]

Amir Yusuf telah pun menerima semula susu ke dalam perutnya melalui tiub khas. Namun begitu, Amir Yusuf masih lagi diletakkan di dalam inkubator bagi memastikan suhu badannya stabil. Ya Allah, rahmatilah Amir Yusuf.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

20 comments

  1. zulfadli says:

    Bijak sungguh si kakak :D
    InsyaAllah, saya pun doakan agar Amir Yusuf sehat selalu

    11-09-08 at 4:45 pm

  2. elaira says:

    kasih sayang itu hadir dalam naluri secara semula jadi, taklukkannya seluruh rasa dan deria yang terhalus sekali, justeru ia mengungsi setiap keberadaan, melukis kanta dan layar pun terbentang di mana saja beralih pandangan, dalam minda kita melakon drama yang indah-indah bersama insan yang kita kenangkan, bermain, bermanja, berbicara dan menyusun rajuk, … yang demikian rindu menjelang.

    mungkin itulah yang mengungsi ingatan najla terhadap amir yusuf. justeru merupakan doa yang sepaling tulus buat kesejahteraan adinda amir yusuf yang tersayang.

    mereka… anugerah terindah.

    12-09-08 at 1:08 am

  3. napang says:

    air dicincang x akan putus…

    12-09-08 at 4:27 am

  4. applephye says:

    pandainya najla menghiburkan hati orang-orang yang berada di sekeliling. saya yang jauh ni pun terasa kasihnya najla pada si amir yusuf.

    semoga lekas-lekas sembuh yer amir yusuf.

    12-09-08 at 4:56 am

  5. dasarhati says:

    reading an entry like this makes me miss having a sibling.satu anugerah yang tiada pada saya.

    12-09-08 at 6:10 am

  6. tata says:

    Wah… seronoknyer Najla dpt bertemu Amir Yusuf…

    12-09-08 at 9:42 am

  7. walkthrulife says:

    hope all will go well…

    sabar ya kakak..

    12-09-08 at 10:18 am

  8. XiS says:

    semoga kasih sayang kedua dua ayah dan ibu; dan kakak memberi kekuatan buat Amir Yusof walaupun dia belum mengerti apa apa lagi…

    12-09-08 at 2:52 pm

  9. SHIMI says:

    Moga hajatmu itu termakbul

    12-09-08 at 4:17 pm

  10. ciksepi says:

    Ya Allah, saban hari saya menjenguk laman ini, saban hari tu juga hati saya bergenang pilu. Dan saban hari itu juga, saya menitipkan doa buat kalian sekeluarga. Sesungguhnya ujian ya RABB adalah bukti kasih sayang Ar-Rahman & ar Raheem itu pada kalian sekeluarga. Mudah-mudahan, semua nya selamat.

    Selamat menikmati Ramadhan, ya akhi.

    13-09-08 at 4:38 am

  11. aliff says:

    Salam,
    Pandainya kakak Najla menghiburkan hati ayah dan ibunya. Alhamdulillah, barangkali tidak lama lagi Amir yusuf boleh kembali ke rumah, Amin.

    13-09-08 at 9:18 am

  12. tipahlawa says:

    Lama tak menjengah ke sini Fajar.. Tipah dlm tempoh berpantang.. Selamat melahirkan Amir Syafiq 30/8 tempohari..

    Tipah doakan Amir Yusuf akan cepat sihat.. AMIN… Tiap kali melihat wajah Amir Syafiq, pasti terfikir bagaimana keadaan Amir Yusuf..

    Salam ramadhan buat Fajar sekeluarga.. Panjatkan doa.. Moga Ramadhan ini membawa berkat dan rahmat.. AMIN

    13-09-08 at 3:48 pm

  13. zuril says:

    semoga Amir Yusuf semakin baik kondisinya dari sehari ke sehari. amin.

    13-09-08 at 5:08 pm

  14. Zakiyah says:

    Judging by her loving care of Amir, it’s certain that she will always be there for Amir and her family as a wonderful sister and daughter. Such compassion is priceless…

    14-09-08 at 3:18 am

  15. asuhara says:

    kalau sebelum ni, amir yusoff dengan belaian ibu dan ayah dia menjadi kuat, yakinlah sekarang dengan kasih belaian kakak najla, amir terus perkasa.

    amir-kun, gambatte ne!

    14-09-08 at 5:41 am

  16. mira says:

    assalamualaikum ..

    untuk ayah dan ibu …
    “sabar dan berdoa … milikmu teristimewa”

    untuk kakak …
    fatihah untuk amir banyak-banyak …

    kakak yang terpuji …
    moga kasih kalian akan buat amir cepat sembuh …

    untuk amir,
    moga dapat bertahan dengan ujian ALLAH …

    sentuhan kalian …
    insyaALLAH beri kekuatan pada amir …

    :)

    15-09-08 at 4:05 am

  17. Shila says:

    Bijaknya Najla…
    Manis dan amat memahami keadaan ibu dan ayahnya juga.

    Semoga Adik Amir Yusuf semakin sihat hari ke hari..

    Saya doakan…

    15-09-08 at 7:00 am

  18. kangaq says:

    Salam saudara Fajar. Akibat tak baca betul2, sebelum ini saya tak jumpa blog ini… huu…

    Buat masa ini, saya sendiri tiada stok novel saya. Tapi rasanya saudara boleh beli secara online di sini:

    Bisikan Ariasha: http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1077
    ataupun
    http://bookcafe.com.my/index.php?target=products&product_id=690

    Amukan Indera Bumi: http://www.e-kedai.net/index.php?target=products&product_id=1159
    ataupun
    http://bookcafe.com.my/index.php?target=products&product_id=742

    Sekiranya tidak berjaya juga, sila e-mel saya.

    15-09-08 at 5:24 pm

  19. Zakiyah says:

    Sila ke blog Zakiyah untuk ambil tag.

    17-09-08 at 12:13 am

  20. muhafis says:

    sy pembaca setia blog ini..
    n saya dah link blog tuan.. sentiasa sy mendoakan agar amir selamat.. sprti harapan papa dan mama nya.. amieen.. May God bless him.

    18-09-08 at 3:26 pm

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 299 access attempts in the last 7 days.