22-09-08
Bertahan
Terlalu banyak perkara yang berlaku. Sehari demi sehari, bagaikan menekan. Betapa diri ini cuba untuk terus bertahan. Moga bulan mulia ini, Allah permudahkan segala urusan buat kami.
Seminggu berlalu bagaikan sekelip mata. Di manakah nikmatnya?
asuhara says:
pada saya,
kamu cuba terus bertahan itulah nikmat yang tuhan kurniakan pada kamu fajar-san.
23-09-08 at 4:17 am
nino says:
bacakan surah al-ikhlas tak kira di mana anda berada dan niatkan dalam hati ditujukan kepada anakanda tersayang.
23-09-08 at 6:03 am
applephye says:
kurnikanlah tabah buat seorang Fajar ini Ya-Allah-amin
23-09-08 at 6:42 am
ishak says:
Lebih kurang maksud dari ayat al-Quran yang bermaksud; “Adakah kamu mengaku diri kamu beriman sebelum kamu di uji”. Sedangkan Nabi Muhammad kekasih Allah swt pun tidak dapat lari dari ujian dari orang kafir dan munafik. Apatah lagi kita!!!
Bersabarlah saudaraku dan banyakkan berdoa kehadrat Ilahi. Semoga dengan dugaan yang menimpa kau sekeluarga akan menguatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt. Aku bersimpati dengan nasib yang menimpa kau sekeluarga; dgn keadaan anak ke-2 kau yg masih di hospital, kewajipan urusan kau menyelesaikan kerja² phD, kekurangan masa utk memberi perhatian anak pertama kau, tambahan kau berada jauh dari saudara mara dan teman taulan. Kalau aku berada dalam situasi kau sekarang, aku pun akan merasakan tekanannya.
Harapan aku, semoga kau tabah (bertahan) menghadapi liku² kehidupan ini selagi nyawa dikandung badan. Aku di sini, mendoakan agar Allah swt mengurniakan kesejahteraan dan kerahmatan ke atas kau sekeluarga. Selamat meneruskan perjuangan & menjalani ibadah puasa seterusnya berbuka puasa.
23-09-08 at 7:01 am
elaira says:
salam buat fajar sekeluarga di glassgow..
dalam bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, usunglah ketabahan, jadikan selimut hati sepanjang masa, dan dari hangatnya itu adalah kasih Tuhan yang tidak terhingga buat kita, khususnya kalian.
dari jauh ini tidak putusnya doaku buat anakanda amir yusuf agar kesihatanya bertambah baik. moga Tuhan makhbulkan doa kita semua.
tabahlah kalian, kerana disebalik semua ini… ada antara hikmah dan rahsiaNya belum sampai ke pengetahuan kita.
tabahlah…
23-09-08 at 9:22 am
aliff says:
Bertabahlah kekandaku! Sesungguhnya kesabaran itu buahnya manis. Banyakkanlah membaca surah Al-Insyirah, Allah SWT Maha Melapangkan… Ini dugaan bagi hambanya yang beriman.
23-09-08 at 11:39 am
SHIMI says:
Bertahan dan mempertahankan segala yang dibendung. Moga Allah merahmatimu dengan memberi kekuatan jiwa.
23-09-08 at 1:29 pm
wtl says:
semoga semakin tabah..terus bertahan.
Selamat Hari Raya buat Fajar dan keluarga.
23-09-08 at 4:11 pm
xiao hong says:
salam
sabarlah fajar
24-09-08 at 4:36 am
xis says:
Fajar
Bertahanlah..
demi anakanda tersayang, doa dan harapan jadi teman,
Walau jauh waktu diredah, walau lama dipeluk hiba,
padaNya pohonkan kekuatan,
moga hidayah dan rahmatNya,
membantumu…
24-09-08 at 7:46 am