Istimewa
Petang semalam ayah datang melawat Amir Yusuf seperti selalu. Cuaca pada hari ini agak sejuk hingga ayah terpaksa mengenakan jaket tebal. Hidung sentiasa berair. Tekak sudah mula terasa sakit. Musim panas bakal berakhir. Dedaunan sudah mula bertukar warna menandakan musim luruh yang akan menyusul.
Sewaktu tiba di wad, Amir Yusuf begitu lena beradu. Seakan hilang dalam mimpinya. Nafasnya turun naik dengan perlahan. Ayah sedikit kelegaan kerana keadaan Amir Yusuf tidak seperti minggu lepas yang benar-benar merungsingkan dan menguji ketabahan hati ayah dan ibu.
Amir Yusuf masih terus berjuang untuk terus bersama ayah, ibu dan kakak Najla. Kekuatannya cukup istimewa di hati ini. Kini, Amir Yusuf sudah mula memberi tindakbalas kepada ayah dan ibu. Ketika ayah ibu berkata sesuatu, mulut kecilnya menutur bunyi seakan membalas. Bahkan sewaktu ibu membaca kalimah suci, Amir Yusuf turut bersahutan. Dan pandangannya menajam terus ke mata kami dengan pandangan tulus dan murni. Alangkah terharu dan syahdu melihat perkembangannya dari masa ke semasa.
Sewaktu ibu sedang menyempurnakan Amir Yusuf berganti lampin dan baju, ayah keluar sebentar di luar wad. Kelihatan di kerusi menunggu, ada seorang wanita sedang berbicara dengan kenalan ayah.
Bicaranya agak menarik perhatian. Dia berkongsi kisah dan pengalamannya dalam membesarkan anaknya yang disahkan mengalami penyakit cereblum palsy, satu penyakit yang berkaitan dengan otak. Dugaan yang singgah ke dalam hidupnya pernah membuatkan dia begitu tertekan. Namun begitu dia berusaha untuk tabah dan kuat di dalam menjalani hidup ini. Benar, bukan mudah untuk itu. Apatah lagi, cabaran menjaga dan membesarkan anak sebegitu memerlukan penjagaan yang rapi dan khusus lebih dari kanak-kanak biasa. Begitu juga dengan keperluannya yang agak istimewa juga.
Dengan perlahan, wanita itu berkata,
“Special kid comes with special gifts. Always remember that.”
Dan kata-katanya itu begitu menusuk sekali. Sungguh, Amir Yusuf memang begitu istimewa. Ayah ibu sendiri tidak tahu apakah rahsia yang ingin dibawa olehnya. Tanpa disedari, mata ayah berkaca. Lalu air mata ini luruh perlahan-lahan.
Memang kehadiran Amir Yusuf cukup istimewa. Bahkan, melalui blog ini, Amir Yusuf mengikat dan mengeratkan talian persahabatan dengan kenalan lama dan baru. Memberi kekuatan. Menghulur doa dan keikhlasan. Biarpun tanpa bertemu dan sekadar mendengar atau membaca coretan tentang Amir Yusuf, kasih buatnya sering bertandang. Amir Yusuf lebih dari istimewa!
megat says:
ya benar. kehadiran amir yusof amat istimewa. sabarlah untuk melihat keistimewaannya.
dalam menghadapi cabaran seperti ini tidak semua orang boleh lakukan dan memahami keadaan.
25-09-08 at 11:48 am
zulfadli says:
alamak.. berkaca mata plak saya nih.. ^^
25-09-08 at 12:33 pm
SHIMI says:
Hanya Allah yang mengetahui betapa istimewanya Amir Yusuf
25-09-08 at 1:14 pm
XiS says:
Fajar
I agreed with what that lady said… “Special kid comes with special gifts.” Insya’allah… he’s not only special to his parents/family.. he’s also special to other people…
25-09-08 at 1:23 pm
EnAikAY says:
And you are very special too!
25-09-08 at 1:25 pm
farah says:
alhamdulillah..amir is better. insyallah, he’ll be fine.
25-09-08 at 10:25 pm
khaleel alyasini says:
Ternyata Amir Yusuf memang istimewa. Ayahnya tidak kurang hebat juga. Malah, kita semua adalah istimewa.
Saya berani katakan keistimewaan En. Fajar telah banyak membantu saya. Walaupun pertemuan kita tidak lama, saya amat bersyukur dengan empat tahun yang diberikan Tuhan.
Bersabarlah En. Fajar. Saya kenal En. Fajar. Memang tabah dan kuat bersabar. After all, kita berkongsi tarikh yang sama bukan? =P
Tuhan memang menyayangi keluarga En. Fajar. InsyaAllah, Amir Yusuf akan menjadi lebih baik.
25-09-08 at 11:14 pm
kak bib says:
Assalamualaikum En.Fajar.Kehadiran Amir Yusuf sebenarnya hikmah tuhan yg sgt besar.Kak Bib jadi sgt insaf setiap kali membaca tulisan En.Fajar.Tanpa sedar rasa kasih kak Bib pada anak2 jadi semakin kuat.Kalau dulu tangisan anak kecil di waktu malam rasa menjengkelkan tapi kini tidak lagi.Itulah hikmah terbesar yang Amir Yusuf bawa tanpa En.fajar sedari.Bersyukurlah dikurniakan tuhan anak yg boleh merubah jiwa insan lain menjadi lebih baik.Semoga Amir terus kuat seperti ayahnya.
26-09-08 at 1:51 am
nino says:
alhamdulillah, syukur amir yusuf telah mula menunjukkan respon kpd ayah/ibu.
setiap pagi perkara pertama yang dilakukan adalah berkunjung ke blog en fajar ingin mengetahui perkembangan amir yusuf.
seperti ada satu kuasa dan tarikan yang sangat istimewa membaca coretan mengenai amir yusuf.
buat en fajar dan isteri ketabahan anda berdua mengharungi ujian dan dugaan yang maha hebat ini menunjukkan anda adalah insan istimewa yang dipilih olehNya.
26-09-08 at 2:00 am
Mr. H says:
syukur..lega dgr Amir makin beransur pulih..abang & kakak lekas2 pulang ke Malaysia..kepingin mau bertemu dgn amir..walaupun menyedari peluang tidak seberapa..
p/s:chesu, pls read and aware of this…
26-09-08 at 3:23 am
xiao hong says:
Istimewa dan tersendiri… tidak ada dua… dialah satu-satunya… tiada yang serupa dengannya…
tentu awak rasa begitukan?! setaip daripada kita, sekiranya diizinkan Allah SWT akan berdepan dengan dugaan hebat seperti ini dan merasakan istimewa dalam derita. saya setuju, dia sangat istimewa sehingga tidak ada kata yang boleh menerangkan betapa istimewanya dia.
26-09-08 at 3:33 am
aliff says:
Lega Aliff membaca yang Amir Yusuf semakin pulih. Alhamdulillah.
Sememangnya tepat kenyataan itu, bersabarlah dan teruskan ketaqwaan Abang Fajar dan Kak Anis dalam membesarkan Amir dan Najla.
26-09-08 at 3:56 am
yna says:
dah lama sama mengikuti perkembangan amir yusuf..ni 1st komen saya utk abg fajar..menyentuh perasaan pada setiap perkataan yang dititpkan..smga Amir Yusof sembuh..Moga Kesabaran&ketabahan abg sekeluarga dibayar dengan sinar kebahagiaan.Slmt Hari Raya Aidilfitri
26-09-08 at 7:26 am
mawar says:
Every kid is special is special gift.Kiss to Amir Yusuf & selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin. Semoga kita sama-sama kuat demi anak yang dikasihi.InsyaAllah Allah mendengar doa kita semua.Amin.
26-09-08 at 7:26 am
vandaa says:
tiap kali saya melintas ke sini pasti nurani saya tersentuh…buat saudara fajar tuhan sentiasa bersama hambanya yg sabar..moga lembaran nanti akan memberikan sinar kesejahteraan buat sikecil Amir..salam aidil fitri dr saya dikejauhan.
26-09-08 at 6:34 pm
wtl says:
Alhamdulillah. Amir semakin sihat.
Sememangnya terlalu istimewa.
Dikesempatan ini, ingin mengucapkan selamat hari raya buat fajar dan keluarga. Maaf atas salah silap
26-09-08 at 7:22 pm
lil-silence says:
saya setuju dgn wanita itu.. Amir Yusuf mmg istimewa.. bro fajar, kami yg sentiasa singgah kt sini…selalu mendoakan semoga amir yusuf tabah dan kuat mengharungi dugaan Illahi yg bersifat sementara ini.. smoga bro fajar & sekeluarga turut tabah.. Amin.
27-09-08 at 2:53 am
liza says:
bersabarlah fajar, setiap anugerah itu pasti ada hikmahnya.
28-09-08 at 4:12 pm
ihsan says:
fajare,
selamat hari raya. maaf zahir batin.
Kuatkan semangat, kuatkan iman… mmg org kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul…
salam sayang buat Najla..
29-09-08 at 9:20 am
Abu Bazli says:
test
29-09-08 at 5:27 pm
shafa says:
just came across tis blog…
sedih spi bergenang air mata membacanyer…
dan saya berdoa semoga Amir Yusuf dapat kembali kepangkuan keluarga…
30-09-08 at 2:37 am