Khabar
Semalam, keadaan Amir Yusuf tidak begitu memberangsangkan. Bahkan sudah cukup melemparkan rasa bimbang ke dalam hati ayah dan ibu. Nafasnya laju. Bagaikan tidak cukup udara menyelinap ke setiap penjuru paru-parunya. Sedangkan ada tiub oksigen di hujung hidungnya yang kecil.
Mungkin ada yang berkata sabar dan tabah menghadapinya. Namun adakalanya hati ayah dan ibu ini tersentuh melihatkan betapa sukarnya Amir Yusuf menahan kesakitan.
Sewaktu sistem perkumuhan di dalam tubuh kecilnya sedang menolak keluar, Amir Yusuf bagaikan bertarung. Jelas kelihatan wajahnya menahan kepedihan. Ada sesuatu yang membuatkan dirinya kesakitan hingga segalanya dizahirkan dalam tangisan yang begitu mengharukan. Salah satu sebab mengapa Amir Yusuf seakan tidak berdaya menahan keperitan adalah kerana jantungnya.
Hari ini ayah dan ibu menerima panggilan dari pihak hospital. Beberapa kali mereka cuba mendapatkan kami. Esok pagi, Amir Yusuf akan menjalani pembedahan yang selanjutnya. Nampaknya keadaan Amir Yusuf beberapa hari ini membuatkan para doktor terus mengambil keputusan yang sebegini segera.
Sebaik saja ayah menerima berita itu dari ibu, ayah bergegas ke hospital usai solat Asar. Terbayang wajah Amir Yusuf. Hati ayah memanggil-manggil nama Amir Yusuf sewaktu kaki melangkah menuju ke perhentian bas. Bahkan tidak henti doa dipohon agar segalanya berjalan baik pada esok hari (Rabu).
Walau bagaimanapun, waktu pembedahan tidak dapat dipastikan. Berdasarkan pengalaman yang lalu, begitu banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Moga keadaan Amir Yusuf baik dan stabil untuk melalui pembedahan kali ini.
Buat teman budiman, doakan agar Allah mempermudahkan segala urusan pembedahan dan rawatan buat Amir Yusuf. Hanya Allah saja yang dapat membalas keikhlasan kalian.
yus says:
slm abg dan kakak..
sy baru saje membaca blog abg ni sejak 2 hr lalu..
diperkenalkan oleh kwn sy..
btulla..
blog yg penuh dgn kasih syg..
pengalaman..
dan yg paling hebat..ketabahan serta kesabaran abg dan kakak..
tiada kata abg dan kakak..
hanya doa yg mampu sy hadiahkan buat kalian sekeluarga..
semoga abg dan akak terus kuat!!
~salam dr kami student malaysia di Jakarta..
14-10-08 at 8:12 pm
Ummica says:
Salam Ayah & Ibu,
Sesungguhnya dlm keadaan begini hati mana yg tidak gundah, yang menggalas bebanan itu lebih berat dari kami yg mendengar/ membaca. Dari alam maya ini, kami sekeluarga memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar dipermudahkan segala² urusan dan rahmat Allah sentiasa bersama anakanda Amir Yusor. Untuk Ayah & Ibu, InsyAllah, terus kekuatan.
15-10-08 at 12:38 am
applephye says:
seperti yang telah saya katakan - doa saya sentiasa untuk amir yusuf. semoga dipermudahkan semuanya untuk kalian - amin
15-10-08 at 1:00 am
hishar says:
insya Allah..mudah-mudahan pembedahan berjalan dgn lancar!
15-10-08 at 1:08 am
Zakiyah says:
Kami sekeluarga mendoakan supaya semua berjalan lancar. Moga-moga Amir akan makin sihat. Insyallah.
15-10-08 at 2:23 am
tata says:
Kami sentiasa mendoakan pembedahan selamat dan Amir Yusuf makin sihat. Amin…
15-10-08 at 2:33 am
xis says:
Ya Allah, permudahkan perjalanan hidup Amir Yusuf. Sembuhkanlah Amir dari apa yang dideritainya. Selamatkanlah dia, lindungilah dia. Amin..
15-10-08 at 2:37 am
zaharah says:
Kami doakan moga Amir yusuf selamat menjalankan pembedahan ini pada ‘ayah & ibu tabahkan dalam menghadapi sebarang dugaan. Amin…
15-10-08 at 2:55 am
elaira says:
seluruh doa terhimpun buat anakanda, moga pembedahan ini selamat dan bisa menyembuhkan. InsyaAllah Tuhan Maha Kaya…. akak yakin Amir akan sembuh, cuma proses kesembuhan itu mungkin mengambil sedikit masa, bersabarlah dan terus tabah ya…
15-10-08 at 3:46 am
en_me says:
en_me minta maaf dari kejauhan pada semua yang mengenali me selama ini .. maaf la segala kekurangan2 en_me yg ini k
15-10-08 at 5:08 am
ex-benc says:
Ya Allah, sembuhkanla Amir Yusuf dan lindungilah Amir Yusuf..semoga Amir Yusuf selamat menjalani pembedahan..
en fajar n pn anis,
tahniah kerana memiliki Amir Yusuf..Sesungguhnya Amir Yusuf seorang anak yg kuat..
**terima kasih en fajar n pn anis..kami dh grad..**
15-10-08 at 5:54 am
Laura says:
Ya Allah kami ini hambamu,
Tiada daya & upaya kami kecuali dgn pertolonganmu,
Pinjamkan kami kekuatan & ketabahmu,
Redhakan hati kami dgn dugaanmu
Ya Allah,
Siapalah kami utk meminta itu & ini,
Tiadalah tempat utk kami,
Selain drmu pencipta seluruh isi bumi,
Permudahkanlah urusan keluarga ini..
Amir Yusof moga Allah membalas segala pegorbananmu di syurga nanti
Kerna Allah berjanji
Pd siapa yg mentaati
15-10-08 at 6:36 am
azni-exbenc-utem says:
ya Allah, semoga amir yusuf cepat sembuh & tabah menghadapi dugaan ini.. aminnn..
to en fajar n pn anis, kuatkan semangat kalian, semoga terus tabah & x putus asa..
*azni benc04/08*
15-10-08 at 6:51 am
aliff says:
semoga anakanda amir yusuf segera sembuh dan menyenangkan hati ayah dan ibunya.
doa aliff sentiasa ada buat abang fajar sekeluarga (lost of words actually!)
15-10-08 at 7:11 am
napang says:
Ya Allah ya Tuhanku,
Makbulkanlah doa sahabat baikku ini. Buktikan lah kasih sayangMu pada orang yang sentiasa bersabar dengan segala dugaanMu ini.
Makbulkan juga doa orang diseliling dan rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan serta sokongan pada sahabatku fajar.
Izinkanlah sahabatku ini berasa tenang dan gembira dengan berita baik tentang kesihatan anaknya.
Ukirkan kembali senyuman serta gelak tawa kegembiraan untuk keluarga ini Ya Allah.
Tiada tempat lagi dapat mengadu melainkan mu Ya Allah.
Amin.
15-10-08 at 7:39 am
megat says:
insya allah, sesungguhnya tidak putus doa yang disampaikan untuk amir yusof!
15-10-08 at 12:18 pm
SHIMI says:
Tiada kata-kata dapat dipersembahkan
15-10-08 at 5:06 pm
worldpeace says:
Semoga pembedahan berjalan lancar dan Amir Yusuf kembali ceria.
16-10-08 at 2:41 am