19-10-08

Rindu

Posted in amir yusuf, monolog by fajaril

Amir, ayah rindu pada Amir,
Ayah rindu pada suara Amir,
Ayah rindu pada mata Amir.

Sungguh, tiba-tiba saja ayah jadi rindu!
Bagaimana ayah harus meleraikan kerinduan ini?

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

18 comments

  1. Laura says:

    Allahuakbar,
    Betapa kasihnya insan ini pd anaknya,
    Betapa rindunya insan ini pd anaknya,
    Betapa tulus kasih sygnya,
    Betapa cekalnya menghadapi dugaannya

    Ya Allah,
    Meskipun kami hnya membaca coretan dia,
    Tp hati ini bagai dpt merasa,
    Rindu kasih pd zuriatnya,
    Maka dgn itu ya Allah,
    Permudahkan urusan dia,
    Tunjukkanlah hikmahnya,
    Kuatkan hati & semangat ibu bapanya,
    Ringankanlah kesakitan anaknya

    En Fajar&isteri,
    Hanya doa & kata semangat yg mampu kami beri,
    Betapa kami mengerti..

    20-10-08 at 12:44 am

  2. elaira says:

    buat anakanda amir yusuf,
    semoga hari-hari yang sukar ini diringankan dan dipermudahkan buatmu. kamu anak yang bertuah dan istimewa yg demikian kasih Tuhan sudah terlihat sedari lahirmu. bunda sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.

    buat fajar, anis dan najla,
    teruslah tabah dan redha dengan dugaan ini, meski terasa berat… yakinlah semuanya akan baik-baik saja. amir yusuf akan sihat dan akan berlari-lari riang kelak. insyaallah.

    20-10-08 at 2:42 am

  3. Indera says:

    Rindu membuatkan kita lebih menyayangi
    Rindu membuatkan kita menghargai
    Rindu membuatkan kita mensyukuri
    Rindu juga membuat kita meredhai

    Tanpa rindu, tidakkan datangnya kasih
    Tanpa rindu, hidup kita hambar tanpa tawa ceria dan tangis merintih
    Tanpa rindu akan sepilah dunia ini.

    Fajar, sekuat mana engkau mengharapkan ketabahan ahli keluarga, yang paling penting dirimu yang harus lebih kuat dan utuh. Kerana dirimu adalah dahan tempat isteri dan anak-anakmu berpaut. Abang tahu betapa saat ini sangat sukar bagimu. Kita mampu berpura-pura di hadapan orang bahawa kita mampu kuat dan tabah walaupun di sebaliknya kita tidaklah sekebal mana.

    Abang harap segalanya akan kembali pulih seperti sediakala. Amir Yusuf dapat pulang ke rumah dan hari-harimu kembali berbunga ceria.

    Usahlah ditangisi pada takdir yang menimpa. Semoga Fajar akan dapat mengharunginya dengan penuh pasrah dan redha. Permata yang bersinar itu asalnya batuan yang mengalami proses tekanan selama tahun-tahun. Faham maksud abang, bukan?

    Hanya kekuatan Fajar abang doakan. Hanya ketabahan Fajar baru membikin hati abang lega…

    20-10-08 at 3:42 am

  4. As says:

    Salam,
    Kami di Melaka mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat kalian. Allah SWT lebih Maha Mengetahui. Insyallah..

    20-10-08 at 5:57 am

  5. walkthrulife says:

    Fajar,

    Tiada kata yg dpt menggambarkan apa yg Fajar rasa. Cuma wtl berdoa agar Fajar dan keluarga sentiasa sabar dgn apa jua dugaan yg mendatang. sentiasa mendoakan

    20-10-08 at 7:20 am

  6. apple says:

    berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul. hati ini tumpang bersedih. hati ini tumpang pilu. betapa dugaan ini menuntut kesabaran dan pasrah yang tidak terhitung. di kejauhan ini, salam dan doa dikirim khas buat si kecil amir yusuf yang kuat. semoga dia lekas sembuh. semoga dia lekas pulang. sebumbung dengan ayah, ibu, dan kak najlanya. amiin..

    20-10-08 at 7:47 am

  7. hishar says:

    ‘Sesungguhnya dalam setiap kesusahan itu ada jalan keluarnya.(94:6)’

    20-10-08 at 8:19 am

  8. XiS says:

    Insya’Allah… rindu itu akan segera terubat.. bermohonlah pada Allah, bermunajatlah pada Yang Satu. Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami lagi Maha Pengasih..

    20-10-08 at 12:55 pm

  9. asuhara says:

    dia datang
    dalam taman penuh kasih sayang,
    dalam cinta yang terus mekar,
    tiap saat berdetik.

    dia datang,
    untuk menguji kekuatan ayah,
    untuk merasa kentalnya ibu,
    untuk menghidu wanginya kucupan kakak.

    dia datang,
    walau kerap berjauhan,
    walau selirat berpanjangan,
    dia tetap punya hati yang teguh,
    walau rindu pada alunan ayah,
    walau kangen dakapan ibu saban waktu,
    dia tau,
    dan dia mahu ayah dan ibu tau,
    apa yang kakak sudah tau,
    dia itu amir yusuf yang gagah!

    p/s: fajar teruskan berjuang!

    20-10-08 at 3:05 pm

  10. rudy says:

    Ajak kekanda menyeberang kali,
    pimpin dinda cantik sanggulnya,
    rindu ayahanda dalam sekali,
    anakanda lena manis mimpinya.

    21-10-08 at 1:29 am

  11. nura says:

    Allahuakhbar

    21-10-08 at 5:39 am

  12. Pnut says:

    tiada hari yang akak baca setiap coreatan di sini tanpa linangan air mata..

    Ya Allah, tolonglah sembuhkan Amir Yusuf…

    betapa akak amat memahami betapa murahnya air mata kita tumpah tatkala melihat tubuh anak kecil kita begitu…

    Moga rahmat Allah akan berterusan buat Amir Yusuf

    21-10-08 at 7:43 am

  13. Abahnajwa says:

    Salam kenal fajaril.. Tersentuh abah melihatkan Amir..Terasa sayu hati ini..Abah doakan semoga Amir pulih seberapa segera..Kalau ada keizinan ingin juga abah sekeluarga menjenguk fajaril sekeluarga..kerana kebetulan kami akan ke rumah kawan di Glasglow sempena cuti krismas nanti. Oh ya..buat pengetahuan Fajaril..abah dan family di Liverpool..Post Grad di sini dari UTHM, Johor.

    Mohon izin untuk linkkan blog ni ke pondok abah ya?

    Salam dari liverpool

    http://abahnajwa.blogspot.com

    21-10-08 at 7:52 am

  14. sya says:

    1]
    Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)

    Surah Al-Insyirah

    Moga Amir Yusof terus berjuang supaya dpt balik ke rumah bersama ibu ayah dan kakak

    21-10-08 at 10:00 am

  15. zany says:

    semoga saudara dan isteri sabar dan tabah menempuh ujian berat ini. Moga amir yusuf kuat dan sihat hendaknya.

    21-10-08 at 12:38 pm

  16. shafa says:

    Ya Allah, berat sungguh dugaan yg Kau berikan…

    tapi redhalah ngan ujian dan dugaan ini…sesungguhnyer di sebalik semua pasti ada hikmahnya….

    21-10-08 at 5:04 pm

  17. aliff says:

    Rindu yang bertandang dalam diri abang Fajar amatlah sarat. Jangan hilangkannya dengan kesedihan.

    Pasti dalam kesusahan ada kemudahan, itu janji Allah SWT.

    Bacalah surah Al-Waqiah selalu.

    23-10-08 at 11:25 am

  18. JieyMien says:

    Selagi tidak disisi, selagi itulah rindu itu ada..
    Kasih yang tidak bertepian akan terus menganyam cinta yang agung..
    Moga Amir Yusuf terus teguh berjuang utk kembali ke pangkuan keluarga..

    12-01-09 at 3:35 pm

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 42 access attempts in the last 7 days.