Permintaan Najla
Malam itu, seperti malam-malam yang lalu. Dingin malam menyelubungi. Di kamar tidur, lampu sudah pun dipadamkan. Hanya lampu jalan yang samar-samar menyelusup masuk melalui celah-celah langsir di tingkap bilik.
Di atas katil, ayah, ibu dan Najla berselimut di dalam duvet. Kami melarikan diri dari kesejukan malam yang menggigit. Sesekali, terasa kami kekurangan ahli. Fikiran ayah dan ibu terkenangkan Amir Yusuf yang berada di hospital. Terbayang di fikiran, seandainya Amir Yusuf berada di rumah pada waktu ini. Barangkali, di satu sudut, ada sebuah katil kecil buatnya.
Malam itu, hati ayah dan ibu begitu sayu mengenangkan. Sewaktu melawat Amir Yusuf pada petangnya, Amir Yusuf masih lagi berada dalam sedatif. Doktor masih mahukan dia tenang dan tidur. Sekurang-kurangnya, dalam keadaan itu Amir Yusuf tidak akan merasa kesakitan. Di dadanya, kesan jahitan pembedahan begitu jelas kelihatan. Beberapa inci dari bawah leher hingga ke perut. Jahitannya seakan kasar. Bagai menarik kulit Amir Yusuf. Andainya Amir Yusuf terjaga dalam keadaan sebegini, tentu dia tidak keruan menahan sakit.
Kegelapan di bilik diterangi dengan cahaya skrin telefon bimbit ibu. Melalui telefon bimbit itu, kedengaran suara Amir Yusuf yang dirakamkan oleh ibu beberapa jam sebelum Amir Yusuf dibedah. Mendengarkan suaranya di malam begini begitu mengharukan. Hati ayah ditarik perlahan-lahan. Jelas sekali suara Amir Yusuf yang begitu tulus menusuk. Sayu.
Buat seketika, suara rakaman Amir Yusuf itu menghilangkan rasa rindu buat kami. Ibu tutup telefon bimbit. Lantas suasana di bilik menjadi gelap semula. Seperti selalu, Najla melafazkan doa perlahan-lahan. Tidak dilupa, doa buat Amir Yusuf.
Suasana menjadi sepi seketika.
Tiba-tiba, Najla bersuara, “Ibu, nak Amir Yusuf”
Tersentak ayah dibuatnya. Ibu terdiam mencari kata. Ayah dan ibu tidak pernah menjangka Najla akan berkata sedemikian. Besar sekali permintaan Najla.
Dalam suara yang tersekat, ibu berkata, “Tak boleh sayang. Amir Yusuf sakit. Dia di hospital. Nanti, bila dia dah baik, dia balik dengan kita ya sayang? Najla doa Amir Yusuf cepat sembuh ya sayang?”
Ayah bagai kehilangan kata-kata. Betapa ayah berusaha mencari jawapan memujuk hati si kecil. Namun, ayah sendiri tidak dapat menipu rasa bahawa ayah turut mengharapkan perkara yang sama.
Najla sayang, jika boleh, mahu saja ayah dan ibu memenuhi permintaan itu. Namun, ayah dan ibu tidak berdaya, sayang. Kita harus sabar menanti. Hanya kepada-Nya saja kita bermohon agar Dia memperkenan doa dan harapan kita ini, sayang. Sabarlah, Najla sayang.
Abahnajwa says:
Salam Fajaril, Anis dan Najla..
Sekali lagi air mata ini mengalir..bukan mudah hati ini tersentuh..Tapi apa yang ditanggung oleh Amir Yusuf amat ketara beratnya..
Pasti hati Fajaril sekeluarga tidak keruan..Sekali lagi abah doakan semoga Amir Yusuf kembali sembuh..
Najla sayang..
Abah tahu yang pasti Najla rindukan adik kan? Rindukan rasa kucupan di pipi Amir Yusuf..rindukan pegangan jari kecil Amir Yusuf..Sabarlah ya Nak..Mari kita sama2 berdoa agar adik Amir Yusuf kembali ceria..
Salam sayang dari abah sekeluarga
21-10-08 at 11:19 pm
chentahati says:
Permintaan Najla itu harapan dan impian semua yang mengenali Amir Yusuf. InsyaAllah
22-10-08 at 5:01 am
walkthrulife says:
Insya’allah Najla satu hari nanti..kita sama doakan
22-10-08 at 5:21 am
Ropi says:
IsyaAllah Amir Yusof akan sembuh…..beersamalah kita mendoakannya.
22-10-08 at 10:55 am
hishar says:
tiada kata yang mampu dizahirkan lagi..kalau saya di tempat abg & kakak, semestinya sudah menjadi tak ‘keruan’.. tapi dari segi sudut lain, amir memiliki kelebihan..amir penuh dgn rahmat..tatkala di usia begini, sudah berpuluh (gamaknya sudah beratus orang!) yang mendoakan kesejahteraan terhadapnya & keluarganya..dengan izin Allah, amir akan selamat pulang ke pangkuan abg & kakak..amir, terus bertahan sayang!
22-10-08 at 2:40 pm
SangPelangi says:
Oh tersentuh dengan kemurnian hati seorang kakak yang merindukan adik kesayangannya.
Apa kata bro ambilkan gambar si adik, buat dodoian si kakak ketika tidur. Tidak banyak, sedikit pun mungkin bisa meninggalkan kesan kepadanya.
22-10-08 at 8:02 pm
Indera says:
Fajar,
Asuhlah anak-anakmu saling menyayangi antara satu sama lain. Sesungguhnya kehidupan ini sesuatu yang terlalu singkat. Kasih sayang akan menyimpul erat tali persaudaraan. Yang tidak akan putus walau dihembus badai.
23-10-08 at 2:53 am
iv says:
naluri ibu saya tersentuh
saya titipkan doa buat Amir Yusuf
buat ayah dan ibu Amir Yusuf mudah utk saya berkata sabar beban yang ditanggung tak sama dengan saya yg membaca
InsyaALLAH dipermudahkan segalanya
23-10-08 at 4:19 am
Pnut says:
Fajar-suruh Najla buatkan card, untuk dikirim buat Amir Yusuf, itu penguat semangat buat si adik, we did it to Alesya masa dia kritikal, minta si abang buatkan kad, dan kami letak di hujung kepala ventilator si adik, and doktor pun minta kami bawa pic keluarga untuk di lekatkan bersama-sama si adik, kata doktor India tu, let all the family together…
tak mampu akak tahan air mata dari gugur..
be strong fajar… teman blogger akak kirim salam buat fajar dan anis…stay strong adik-adikku..
23-10-08 at 8:11 am
insyirah... says:
assalamualaikum..
naluri keibuan saya amat tersentuh membaca catatan saudara..apatah lagi saya juga mempunyai anak lelaki sebaya amir yusuf..semoga kalian tabah menghadapi dugaan sehebat ini..saya doakan amir yusuf beransur sembuh untuk kembali kepangkuan keluarga..semoga Allah merahmati dan memberi kekuatan kepada kalian..AMIN
23-10-08 at 9:13 am
mum2h says:
Assalammualaikum
Saya baru terbaca blog ini dan tidak pula teringat siapa yang rekomen kan.
Melihat gambar2 dan membaca coretan Fajar membuat kan air mata saya bergenang apabila mengenangkan arwah anak kakak saya yang juga pernah bergelut dengan saat2 kritikalnya. Apatah lagi waktu itu saya berada di NICU dan melihat dia bertarung dengan ajalnya sehingga ke nafas terakhir.
Doa saya semoga Amir Yusuf sembuh dan membawa keceriaan kepada Fajar sekeluarga. Inilah ujian dari Allah dan sebagai hambaNya mohonlah keredhaan dariNya
23-10-08 at 9:25 am
aliff says:
Semoga permintaan Najla akan makbul juga dalam masa yang terdekat ni.
Aliff sentiasa sebak dan bergenang air mata baca catatan abang Fajar.
Doa ada dikirim setiap masa. Semoga anakanda Amir Yusuf segera sembuh.
23-10-08 at 11:33 am
elaira says:
bunda turut mengaminkan doa anakanda najla…
24-10-08 at 9:32 am
rudy says:
amin… ayahanda rudy pun aminkan doa anakanda najla.
25-10-08 at 3:31 am