Meruntun Jiwa
Seorang teman berkata, mengapa ayah terlalu banyak menulis perkara yang begitu meruntun jiwa? Ayah sendiri tidak tahu jawapan yang sewajarnya. Bahkan tidak pernah terlintas bahawa tulisan di sini bisa membuatkan orang lain menangis. Teman ayah berkata, mungkin ayah dalam keadaan yang serabut. Kusut. Barangkali, ada benarnya.
Tapi ayah hanyalah sekadar manusia biasa yang cuma menzahirkan apa yang dirasa. Adakalanya, ia tidak mampu terungkap. Lalu, hanya dikongsikan bersama ibu. Atau dibiarkan berlalu bersama masa. Dan yang tertulis di sini hanyalah cebisan peristiwa di dalam hidup.
Maafkan diri ini teman. Andai bicara di sini mengundang rasa sedih di hatimu. Meruntun jiwamu selalu. Namun, percayalah. Diri ini sentiasa berusaha untuk kuat dan tabah. Mengukir senyuman pada setiap dugaan yang mendatang.
Hati menangis, tiada siapa pun yang tahu bukan? Hanya Dia.
SHIMI says:
Hati menangis siapa yang tahu!
Rasa dan perasaan itu mungkin tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata.
Seperti kataku dulu, hanya yang melaluinya sahaja yang tahu beratnya.
Moga terus tabah dan masih diuliti ceria
28-10-08 at 1:40 pm
ummu_hanis says:
laaa fajar. kita sedih utk temankan awak bersedih. takyah la mintak maap. ikhlas ni sedih. so how’s my little fren? ade ape crite baru. balik kampung haritu jumpe la si afiq yg ummu crite kat fajar tu. teringat la ngan sahabat kecil ummu nun jauh di sana. dalam hati ni berdoa semoga satu hari nanti die boleh panggil ummu cekgu. huhuhu. nanti bisik kat telinga die cekgu timah kimsalam ye.
28-10-08 at 2:47 pm
Zakiyah says:
X perlu minta maaf!!
29-10-08 at 12:11 am
applephye says:
betul!!hati menangis siapa yang tahu..tabah yer sahabat.tabah untuk sikecil itu.
29-10-08 at 12:25 am
Sher says:
Salam fajar,
Tak payah mintak maaf.. Ini blog fajar.. terpulang pada fajar nak tulis aper pun. Ramai sahabat maya di sini sudi membaca & berkongsi runtunan hati fajar.
Luahkanlah segala kesedihanmu fajar. Moga dgn cara ini, segala beban dihati dpt dirungkai sedikit.
*silent reader*
29-10-08 at 1:50 am
Ida says:
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kenapa perlu dipersoalkan tentang entri2 yang meruntun jiwa?
Sebenarnya menulis adalah cara yang bagus untuk meluahkan perasaan. Tak kiralah gembira, sedih, gelisah, bimbang, marah.. itulah cara untuk berkongsi perasaan yang kadang-kadang tidak mampu diluahkan melalui kata-kata..
P/S: Kalau tak tahan jiwa diruntun, tak usahlah membaca…..
29-10-08 at 2:34 am
Indera says:
Fajar,
Kekuatan jiwa hanya akan dapt perolehi setelah melalui kekecewaan dan patah hati yang berkali-kali. Dari situ, akan terbangunlah kekebalan yang mendindingi hati untuk persediaan menghadapi kekecewaan yang seterusnya. Namun kekecewaan itu tidak harus hanya dipandang tetapi perlu ditentang. Bina kekuatan dari keruntuhan masa silam. Akan terbangkit berseri kekuatan itu laksana Phoenix yang bangkit dari abu. Gilang gemilang indah bercahaya…
29-10-08 at 2:40 am
mama says:
Dengan meluahkan ape yang terbuku jauh di sudut hati…membuatkan jiwa sedikit lege…sekurang2nya …selebihnya hanya kite sahaja yang tahu perasaannya…kesukarannya…dan ketabahannya…
29-10-08 at 3:17 am
hishar says:
‘persetankan saja mas..nggak perlu mintak maaf! usah ditukarin lenggok penulisannya..
err peace..(ulang komen semula tp dlm bahasa baku!)
tak payah minta maaf..luahkan saja apa yang terbuku di hati..mudah-mudahan ringan sedikit bebanan tu
29-10-08 at 8:24 am
rudy says:
tulislah jar, kalau ia meredakan. it’s good for your stress.
29-10-08 at 9:45 am
megat says:
takpe kita berkongsi suka dan duka secara dalam talian.
aku begitu mengerti sebagai seorang bapa.
insya allah semuanya bakal kembali tenang.
29-10-08 at 11:26 am
vandaa says:
adakala apa yg terzahir dari ketulusan hati lebih mendalam rasanya….
luahla segala apa yg dirasa…kerana diri senangtiasa sudi untuk mendengarnya….
30-10-08 at 3:11 am
elaira says:
if i shed tears… it is all because of love, rasa yang dipinjamkan Tuhan itu mengalir dalam diri dan mengungsi jua pada anakanda yang jauh. tak perlu pun fajar mohon maaf, semua ini semulajadi atas rasa kemanusiaan dan peduli yang dalam, yang nakhodanya keikhlasan.
30-10-08 at 4:54 am
XiS says:
Fajar
If writing can help you feel a bit relief from what you have saddened you, just keep on writing as it helps. Don’t worry about what other has to say if they dislike it. You have all rights to write whatever you think best for you. If the readers like it, they will keep coming back to read. If they don’t, they are not forced to read your blog. And just so you know.. I will read your blog no matter how sad or happy or whatever.. Take care…
03-11-08 at 12:02 pm