29-10-08

Yusuf! Yusuf!

Posted in amir yusuf, peristiwa by fajaril

Hari ini usia Amir Yusuf sudah pun genap 4 bulan, 2 hari. Begitu pantas pula masa berlalu. Dan jangka masa itu bukanlah pendek apatah lagi sejak lahir lagi, Amir Yusuf hanya berada di hospital.

Ayah bertanya kepada ibu, selalunya apa yang telah dilakukan oleh bayi yang seusia Amir Yusuf. Ibu berkata, Najla dulu sudah mula meniarap pada usia ini. Sedikit rasa keharuan singgah di hati memandangkan Amir Yusuf mungkin mengambil masa yang agak lama sedikit.

Semalam, Amir Yusuf sudah pun dipindahkan dari wad ICU kepada High Dependency Unit. Wad kali ini agak luas dan tidak begitu suram dari yang sebelumnya. Barangkali katil Amir Yusuf berdekatan dengan tingkap yang besar. Di luar tingkap dapat dilihat pemandangan sebahagian kawasan Glasgow. Sungai Clyde yang mengalir menambahkan lagi keindahan suasana musim luruh ini.

Hati ayah dan ibu diterpa rasa gembira melihatkan keadaan Amir Yusuf pada hari ini. Sarung kepala yang menutup bahagian atas sudah pun ditanggalkan. Sebelum ini, saluran oksigen yang diberikan kepada Amir Yusuf adalah agak tinggi. Kini, ianya telah diturunkan ke paras yang lebih rendah. Kebergantungan kepada mesin elektronik telah pun dihentikan satu persatu. Yang masih ada melekat adalah mesin pemerhatian, bekalan oksigen dan juga tiub-tiub tertentu. Bahkan tiub yang menusuk rusuk kanan dan kiri masih ada pada Amir Yusuf. Cecair yang terdapat di dalam paru-paru dikeluarkan. Bekalan susu tetap diberikan melalui satu tiub kecil. Jahitan pada dada Amir Yusuf telah pun dibuka. Kesan pembedahan agak jelas. Namun bengkak di sekitarnya sudah pun berkurangan.

Kali ini, ayah dan ibu dapat melihat wajah Amir Yusuf dengan sepenuhnya. Sebelum ini, muka Amir Yusuf penuh dengan tiub seakan topeng. Ada plaster yang menutup mulut Amir Yusuf yang kecil itu.

Alangkah terharu dan sedikit terkejut melihatkan muka Amir Yusuf setelah pembedahan kali ini. Wajahnya begitu bersih dan tulus. Seakan wajah bayi yang baru dilahirkan. Mulutnya sebelum ini sentiasa kering dan pudar. Kali ini kemerah-merahan. Keningnya jelas terletak. Warna kulitnya juga nampak kemerahan berbanding sebelum ini yang agak kebiruan. Barangkali darah mengalir dengan sempurna ke seluruh tubuh penuh dengan oksigen.

Namun begitu, satu perkara yang tidak dapat ayah dan ibu nafikan adalah wajah Amir Yusuf sendiri. Raut wajahnya seakan berubah menjadi comel dan berseri. Tampak begitu cantik dan berbeza dengan sebelum ini. Ya Tuhan, ini adalah salah satu keajaiban yang Engkau kurniakan di mata kami ini. Subhanallah! Yusuf, Yusuf.

Betapa Allah memberikan wajah yang terindah di dunia ini kepada Nabi Yusuf. Dan moga Allah melimpahi keberkatan dan kerahmatan buat Amir Yusuf kami ini. Ayah dan ibu tidak berhenti memohon dan bersyukur kepada-Nya.

Amir Yusuf seringkali terjaga. Seakan sukar untuk lena. Terus ibu merapati dan memegang Amir Yusuf seakan memeluk tubuhnya yang kecil. Perlahan-lahan, tangan ibu menepuk Amir Yusuf sambil berselawat. Mata Amir Yusuf terbuka seketika. Dan mulut kecil itu seakan tersenyum! Berkali-kali. Aduhai, tidak tergambar rasa yang bertandang ke dalam jiwa ini.

Lalu dalam dakapan dan belaian ibu, Amir Yusuf lena semula. Setelah sekian lama, akhirnya kami bersama melerai rindu dalam keharuan dan kesyukuran.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

29 comments

  1. Azura says:

    Alhamdulillah..

    29-10-08 at 9:07 am

  2. iv says:

    alhamdullillah..
    insyaALLAh keadaan akan bertambah baik

    29-10-08 at 10:00 am

  3. ummu_hanis says:

    alhamdulillah. terharu akak bila baca entry ni. kirimsalam ibunye, kakaknye dan ofkoz amir yusof anak murid ku.

    29-10-08 at 10:12 am

  4. megat says:

    alhamdulillah, semoga ianya permulaan ke arah kesempurnaan. amin.

    29-10-08 at 11:28 am

  5. sya says:

    Alhamdullilah.. jauh beribu batu tapi terasa dekat di hati .. gembira menerima khabar keindahun dan kesihatan Yusuf.. subhanallah

    29-10-08 at 11:37 am

  6. deejay says:

    good to hear that bro… time heals kan?

    29-10-08 at 3:53 pm

  7. nurul says:

    Tuhan itu Maha Adil,
    Kuatkan semangat kalian.

    29-10-08 at 9:00 pm

  8. Pnut says:

    ALhamdulillah…moga Amir Yusuf akan terus memberikan khabar gembira buat kami semua di tanah air…

    doa kami tidak henti buat Amir Yusuf..

    30-10-08 at 1:18 am

  9. marsha says:

    syukur alhamdulillah.. semoga Amir Yusuf segera sembuh..

    30-10-08 at 1:47 am

  10. laalaa says:

    Syukur.. Amir Yusuf memang kuat dan tabah, moga bertambah sihat..

    30-10-08 at 2:06 am

  11. Indera says:

    Tiada apa yang dapat abang katakan bagi menyambut perkhabaran ini selain daripada memanjat sepenuh kesyukuran serta doa yang berterusan agar perkara baik ini akan berterusan hingga bila-bila.

    Begitulah… abang yakin Allah sama sekali tidak mempersia-siakan doa hambaNya dengan syarat keyakinan dan pengharapan harus jitu dan padu.

    Fajar,
    Usah difikirkan apa yang semestinya ada bagi setiap bayi di usia Amir Yusuf. Itu semua di bawah ketentuan Allah. Melihatnya sihat sejahtera sudah cukup bagi abang. Tentang perkembangan dan peralihan pergerakan dari meniarap kepada merangkak itu perkara kedua.

    Semoga perkara baik ini akan berterusan.. ya, berterusan. Dan segala yang buruk itu sudah menjadi sejarah. Abang harap dan berdoa, sesudah ini Fajar akan dapat memfokuskan sepenuh perhatian kepada pembentukan keluarga pula.

    Semoga Amir Yusuf selamat dan sejahtera. Tidak putus doa abang…

    30-10-08 at 2:58 am

  12. tata says:

    alhamdulillah… berita yang sungguh gembira untuk didengar pagi ini.. :)

    30-10-08 at 3:08 am

  13. vandaa says:

    ya..amir yussof tersenyum kerna dia tahu disisinya dia punya dua insan yg paling kuat dan tabah yang sentiasa melindungi dan meyayanginya…
    alhamdulillah dengan perkhabaran gembira ini..
    klu tak menjadi keberatan diri ini teringin benar menatap wajah comel sikecil amir saaat ini..terima kasih.

    30-10-08 at 3:21 am

  14. Zakiyah says:

    ALHAMDULILLAH

    30-10-08 at 4:09 am

  15. zaharah says:

    ALHAMDULILLAH, HANYA DOA MAMPU KAMI KIRIMKAN. SEMOGA TABAH MENGHADAPI HARI-HARI MENDATANG.

    30-10-08 at 5:26 am

  16. walkthrulife says:

    Syukur Alhamdulillah…

    ada goosebumps baca entry ni.

    30-10-08 at 6:47 am

  17. nura says:

    alhamdulillah. hati terasa lapang mendengar perkhabaran ini.

    30-10-08 at 7:05 am

  18. nura says:

    alhamdulillah

    30-10-08 at 7:26 am

  19. vimmiyasmin says:

    syukur alhamdulillah

    30-10-08 at 7:36 am

  20. Sher says:

    Syukur kehadrat Ilahi. Sesungguhnya senyuman Amir Yusuf tu mampu menghilang segala sengsara dihati selama 4 bulan sebelum ini.

    30-10-08 at 9:30 am

  21. ummu zakwan says:

    Salam perkenalan buat Fajar sekeluarga. tersentuh hati membaca kisah perjuangan Amir Yusuf. Semoga kalian terus tabah. Sesungguhnya ALLAH itu maha Pengasih

    30-10-08 at 9:50 am

  22. sempoii says:

    syukur alhamdulillah.. terharu baca nih..

    take care fajar..

    30-10-08 at 12:44 pm

  23. Zakiyah says:

    Kiah x bleh stop2 bace post ni. happy nye. ALHAMDULILLAH! Sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang.

    30-10-08 at 1:12 pm

  24. Zakiyah says:

    Ah, lagi skali bace. teringin nk tgk muke die. alah, teringinnye..

    30-10-08 at 1:30 pm

  25. chentahati says:

    alhamdullillah..

    alhamdullillah…

    alhamdullillah

    31-10-08 at 3:46 am

  26. Sher says:

    Salam fajar..

    kalau tak keberatan.. boleh upload gambar Amir Yusuf?

    31-10-08 at 4:56 am

  27. asuhara says:

    rindu terlerai sudah, moga bahagia terus memancar!damainya…

    31-10-08 at 4:59 am

  28. hishar says:

    alhamdulillah..

    terlerai sudah segala kekusutan yang lampau..

    moga-moga, ini menjadi episod permulaan baru untuk amir..juga untuk kalian sekeluarga..

    tetap teguh & terus berjuang amir!

    31-10-08 at 10:19 am

  29. apple says:

    x sabar nak tgk foto2 amir yusuf menghias blog ni. mcm foto kakak najla..

    03-11-08 at 5:40 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 60 access attempts in the last 7 days.