Rasa Ini
Dua hari saja, ayah dan ibu dapat melihat wajah Amir Yusuf sepenuhnya. Selepas itu, wajah itu ditutup semula dengan topeng oksigen hampir pada setiap masa. Amir Yusuf masih belum berupaya bernafas dengan sendiri walaupun hanya untuk lima minit. Degupan jantungnya begitu deras.
Setiap hari berlalu dengan penuh harapan. Amir Yusuf seakan penat dan begitu lena beradu dalam mimpinya. Selalu saja, rasa rindu ini bertandang. Betapa setiap kali ayah dan ibu melawat Amir Yusuf, mahu saja diri Amir Yusuf yang kecil itu dipeluk dan dicium selalu. Tidak sanggup untuk melepaskan walau sesaat. Masihkah Amir Yusuf mengenali suara ayah dan ibu? Apakah yang selalu Amir Yusuf mimpikan?
Ayah seakan kehilangan kata-kata. Bagai terbang segala rasa melihatkan diri Amir Yusuf sebegini rupa. Ayah tahu, anakanda Amir Yusuf akan kuat dan akan terus bertahan. Usahlah terlebur segala kesabaran dan kekuatan di dalam diri ini.
Amir Yusuf telah pun melalui dua pembedahan yang besar. Sanggupkah ayah dan ibu melepaskan Amir Yusuf untuk pembedahan yang ketiga nanti?

XiS says:
Ya Allah, Kau sembuhkanlah Amir Yusuf. Tak tertanggung rasanya kami melihat penderitaan yang ditanggung anak sekecilnya. Hanya Engkau mampu merubah segalanya. Sembuhkanlah Amir… amin…
09-11-08 at 12:20 pm
Marsila says:
Ya Rabb…
Kurniakanlah yang terbaik untuk anak ini. Yang terbaik untuk ayah dan ibunya. Juga yang terbaik untuk seisi keluarganya. Kurniakanlah Ya Rabb!!!
09-11-08 at 3:06 pm
Pnut says:
Ya ALlah, Kau sembuhkan Amir Yusuf..kuatkanlah anak kecil itu, sihatkan tubuh badan dia..moga dia dapat kembali ke pangkuan keluarga…aminnnn
i am speechless…
hilang kata-kata melihat gambar berbicara…
tabah ye fajar dan anis..
09-11-08 at 3:24 pm
mawar says:
Ya Allah, bantulah anak kecil ini, pulihkan dia dan kembalikan kesihatannya..ya Allah..ringankanlah bebanan kedua ibubapanya yg bertarung dgn perasaan masing-masing..Hanya Engkau tempat kami mengadu, perkenankanlah .
10-11-08 at 6:30 am
tipahlawa78 says:
Fajar..
Lama tak singgah di sini..
Honestly.. Melihat gambar saja mata dah berkaca.. sebak Tuhan saja yang tahu.. dan dengan ketukan papan kekunci ini, air mata gugur laju…
Hanya doa yg dpt sha titipkan buat Fajar & Anis, agar terus tabah..
Dan Doa juga buat Amir Yusuf, agar cepat sihat dan sembuh…
Ya Allah…
Kau permudahkanlah segalanya.. Moga Amir Yusuf lekas sembuh.. AMIN..
10-11-08 at 7:31 am
rudy says:
kalau itu yg terbaik untuk amir, why not? kali ketiga dan moga sembuh segera. Amin.
10-11-08 at 12:53 pm
shaliza says:
salam fajar & famili,
Saya doakan yang terbaik untuk buah hati kalian berdua…semoga dia kuat sekuat namanya ‘Pejuang Yang Hebat’
11-11-08 at 8:58 am
Mama Aqilah@Puteri1 says:
Hanya doa mampu dititipkan…semoga amir akan menjalani hidup yang sihat…insyaallah…ya allah…kau sembuhkanla anak kecil ini…cukupla penderitaannya ya allah…
11-11-08 at 1:52 pm
amir5656 says:
salam saudara fajar
dah lama saya tak melawat blog ni..kesibukan di bumi asing kadang2 membuatkan saya tertekan dan terus tertekan..
terkejut saya baca entri saudara tentang adik Amir yusuf..semoga anak kecil itu terus tabah dan kuat melawan penderitaannya..dan kepada saudara,sama2 kita banyak2 kan doa, smoga dipermudahkan segalanya..Allah yang Maha Berkuasa,mungkin ada hikmah di sebalik ini semua..banyak bersabar k..insyaAllah
19-11-08 at 2:23 pm