Sabarlah Sayang
Hampir setiap malam, Najla akan menangis. Bukan saja tidurnya seorang yang terganggu, malahan waktu rehat ayah dan ibu yang keletihan turut terusik. Bermula dengan ketidakselesaan sarung duvet, tidak mahu memakai stokin, mencari dua ekor patung kucingnya – Che’ Mek Kelabu dan Che’ Mek Hitam, mahukan bantal merah jambu berbunga-bunga dan kadang-kadang mahukan beg Pooh di sisi. Itu belum lagi bertarik tali dan sesi memujuk untuk menyuruhnya memberus gigi dan menyapu losyen ke badannya sebelum masuk tidur.
Sebaik lampu di bilik tidur dimatikan, bermulalah episod drama merajuk dan memujuk. Sewaktu kepala terasa berat dan fizikal penat, seakan begitu sukar sekali melaluinya. Di kegelapan malam itu, kadangkala terdengar Najla mencari peluang untuk menggaru di mana-mana ruang kulitnya yang gatal. Serentak itu jugalah ayah dan ibu bersuara menegah. Kulit Najla sudah terlalu teruk dan penuh parut luka. Ayah dan ibu begitu kasihan melihatkan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Najla.
Dalam masa yang sama ayah dan ibu begitu faham, waktu malam sajalah untuk Najla bermanja dengan ayah dan ibu. Meskipun pada waktu begini, peratusan tenaga yang ada pada ayah ibu begitu rendah setelah seharian suntuk di universiti dan hospital. Di musim dingin begini, ayah dan ibu meninggalkan rumah ketika suasana persekitaran masih lagi gelap dan pulang ketika matahari sudah pun lama berlabuh. Sudah tentu Najla rasa kehilangan. Namun, Najla sudah lama berkompromi. Pada usia yang begitu muda, Najla sudah belajar mengerti dan memahami rutin kehidupan yang dilalui oleh ayah dan ibu.
Meskipun ayah dan ibu terpaksa meluangkan sebahagian masa dalam satu hari untuk Amir Yusuf di hospital, Najla di rumah tidak pernah diabaikan. Bahkan, ayah dan ibu begitu rungsing melihatkan keadaan Najla. Sebulan yang lalu, kulitnya yang luka dan gatal kerana kering dan sensitif sudah pun hampir sembuh. Kini, sakit itu kembali semula. Hari Jumaat yang lepas, ayah terus membawa Najla ke unit kecemasan di Hospital Yorkhill. Menanti lebih 2 jam, benar-benar menguji kesabaran. Rawatan yang diterima pada waktu itu tidaklah seberapa kerana kes Najla bukanlah termasuk dalam kategori kritikal.
Namun begitu, bagi ayah dan ibu, keadaan Najla sudah agak teruk. Setiap malam, tangan kecil Najla akan menggaru ke setiap ruang tubuh yang gatal. Lama-kelamaan, ianya menjadi luka. Ayah terpaksa melumurkan losyen hampir ke seluruh badan. Dalam masa yang sama, Najla akan menangis kerana menahan kesakitan dan juga tidak selesa. Badannya juga berbintik-bintik. Barangkali cuaca yang dingin menjadikan kulit Najla kering dan sensitif. Ayah dan ibu begitu kasihan melihatkan keadaan Najla yang terpaksa menahan kesakitan saban malam. Hanya berharap kepada ubat antibiotik dan antiviral yang diambil di farmasi agar kesakitan itu berkurangan.
Hujung bulan Oktober yang lepas pula Najla bertemu dengan pakar mata di Hospital Yorkhill untuk merujuk kepada ketulan asing yang timbul di pelupuk mata kanannya. Semakin lama, ia semakin membesar dan menyebabkan ketidakselesaan. Dari saiz yang sekecil jerawat kecil, ianya membesar ke saiz biji limau. Bahkan ketulan itu sudah pun dikesan sejak 5 bulan yang lalu. Sudah tentu hati ayah dan ibu bertambah berat melihatkan keadaan Najla yang terpaksa menanggung dua kesakitan sekaligus.
Hingga kini, ayah dan ibu masih menanti panggilan atau surat daripada mereka untuk rawatan selanjutnya. Najla akan melalui pembedahan kecil untuk membuang ketulan itu sebelum cuti Krismas. Begitulah yang yang dimaklumkan semasa pertemuan dengan pakar mata pada waktu itu. Namun, menantikan surat atau panggilan itu begitu menyeksakan. Dirasakan begitu lama.
Bertahanlah dulu sayang. Sungguh, ayah dan ibu mengerti apa yang Najla lalui begitu menyakitkan. Apakan daya, keadaan di sini tidak membenarkan kita menyegerakan segala urusan. Kita harus sabar menanti. Namun, dalam penantian itu, setiap malam ayah dan ibu harus memujuk Najla agar bersabar dan berhenti menangis. Setiap pagi, hati ayah ini akan terusik dan terkesan melihatkan keadaan Najla. Apatah lagi, kalau malam itu Najla menangis teresak-esak.
Dan seharusnya pada saat-saat begini, ayah dan ibu harus terus bertahan dan bersabar. Jika boleh, mahu saja segala perkara diselesaikan segera dan merungkai segala kerumitan yang melanda.
Sabarlah sayang. Kita lalui semua ini dengan penuh kekuatan. Meskipun sebenarnya kekuatan ini pada waktu begini begitu tipis. Yang ada, hanya harapan yang tidak pernah pudar. Kita ini cuma hamba-Nya yang begitu kerdil. Barangkali, ini satu lagi dugaan buat kita. Mendekatkan kita kepada-Nya.
Seperti yang ayah dan ibu pesankan selalu,
‘Sabarlah, sayang. Sabarlah, Najla sayang’.

hishar says:
This might help.. http://searchwarp.com/swa278657.htm
There are few causes that lead to dehydrated skin and later result in dry itchy skin; genetic condition, poor diet, environmental factor (extremely cold, especially close to winter time over there), underactive thyroid (which I hope not in this case), people with diabetes problem (which I hope not too..) and use of certain drugs that can contribute to dry skin (e.g. diuretics, antihistamines etc)..we eliminate the genetic condition, underactive thyroid, diabetes problem and use of drugs factor in najla’s case..so leave us with environmental factor and diet..I suggest you should try to improve her diet first..this is something that you can monitor..then only come into herbs..details are inside the web page I gave u..
Alrite najla?? tahan okay? najla anak yang baik kan..
26-11-08 at 9:23 am
As says:
Eczyma ke? boleh cuba Elomet cream. Rasa farmasi sana x bg sebab ubat tu high steroid. Tp budak2 selalu kene kalo duk sana termasuk anak saya. Bila balik mesia terus ok. Byk cream jugak try tp so far yg better is elomet la.
26-11-08 at 9:38 am
fajar says:
hishar: thanks for sharing the info. Mmg rasanya dsbbkan environment sejuk kat sini. Org besar pun kena gak. Tp budak2 mcm najla ni x tahan. Kalau garu bsungguh. Alahai teruk jadinya. Diet dia pun kena control.
As: betul tu. Eczema. Masalah kat sini ssh sgt nk dptkan ubat mcm tu. Dr jarang nak release kalau x perlu sgt. Kalau jual kat farmasi mmg beli terus. Tp ubat yg ada drug mrk kawal sgh. Sblm ni ada gak dpt ubat sapu yg ada steroid, tp dah hbs. Dorang kat sini kalau bole semua nak baik scara natural. Tensen!
26-11-08 at 10:14 am
walkthrulife says:
sabar ya najla…juga buat ayah dan ibu.
moga segera dpt surat n e;thing berjln lancar
26-11-08 at 11:04 am
As says:
Cadangan saya maybe boleh pos dari mesia. Harga dlm RM20. Anak saya baik lepas guna elomet tu la. tp kene guna quantity yg amat sedikit. kat panel saujana ada.
sedikit info,
http://www.lifeasamummy.com/elomet-cream-helps-to-keep-eczema-at-bay
26-11-08 at 2:07 pm
mummy afeef says:
fajar,
untuk kulit najla yg kering tu, try guna lotion brand vaseline. I had the same problem before masa in nz, bila mlm menjelma je mcm kera kena belacan (ada such thing as that phrase ke?) i can’t sleep n study, tergaru2.. i’ve tried so many brand of lotion, johnson n johnson la, nivea la.. tp tak de effect. but it works when I used vaseline lotion. lumur satu bdn n wallah.. dah kurang gatal..
27-11-08 at 3:15 am
apple says:
kerana entry ini, hati turut digigit sedih..
27-11-08 at 5:59 am
tipahlawa78 says:
Fajar,
Tipah tak mampu membantu selain dari doa. And blog ini tipah kongsikan bersama rakan-rakan di club WMC.. Harapan tipah cuma satu, supaya sudi mereka titipkan doa buat Fajar sekeluarga.. terutamanya buat Amir Yusuf.
Tipah doakan Najla cepat sembuh.. Dia anak yang tabah dan kuat..
27-11-08 at 6:27 am
rudy says:
yup, sapu krim yg disarankan shbt2 jar. sian najla. aku dulu masa mula ke jepun pun kena sampai berparut kulit aku.
27-11-08 at 6:41 am
Unsunghero says:
Fajar…kalau ketiadaan krim, mungkin boleh dicari sabun khas untuk Eczyma. ziya pun eczyma juga, pernah guna elomet & skrg tengah guna sabun khas tu, memang mujarab. nt abg usahakan cari nama sabun tu…byk2 bersabar dgn dugaan di sana ya…
27-11-08 at 8:51 am
nura says:
kalau elomet cream susah nk dapat cuba carik Cetaphil cream. anak nura ada eczema gak and guna cream nih alhamdulillah baik.
27-11-08 at 8:52 am
JHaZKiTaRo says:
salam dari Dublin.. saje2 je ziarah sini jap.. rajin2, meh laa jenguk2 my blog..
27-11-08 at 1:14 pm
fadzila says:
macam2 dugaan Allah buat Fajar..InsyaAllah..Allah cuma uji pada orang yang tahan ujianNya.. Allah tahu Fajar mampu…kami doakan dari sini…
29-11-08 at 5:16 am
risanur says:
dah lama risa tidak menjenguk blog fajar…that why ketinggalan ttg ceta pasal najla ni..kesiannye pada najla…moga fajar sekeluarga tabah menghadapinye…hope najla dan amir yusuf sihat dgn segera..insya’allah..
04-12-08 at 1:34 am