14-01-09

Saat Itu

Posted in amir yusuf, rasa by fajaril

amir3

Saat itu.

Begitu mudah sekali melihatmu tersenyum dan menangis. Mendengar butir suara bertingkah bercerita tentang rindu dan sayang. Wajah yang menawarkan segala rasa ke dalam jiwa. Alangkah bahagianya dapat memeluk tubuhmu yang kecil itu. Segala haruman menusuk deria hingga melekat ke sanubari.

Saat itu, kita ketawa. Terharu dalam nikmat yang diberikan oleh-Nya.

Saat ini.

Tiada suara yang kedengaran. Tiada tangisan. Mata yang suram mengundang kedukaan di wajah ayahanda dan bonda. Bagaimana harus dipujuk perasaan ini? Cukupkah sekadar sabar dan harapan menjadi ganti?

Tiub penuh di rongga hidung untuk mengepam oksigen ke paru-paru setiap ketika. Jaga yang tidak panjang dan selalu ditidurkan. Sedatif dan ubat menjadi teman.

Dan saat ini, begitu payah sekali untuk melepas segala rindu. Bagai bertimpa-timpa rasa di dalam jiwa. Mahu sekali ayahanda dan bonda memeluk dirimu selalu. Dalam dakapan yang dipenuhi dengan rasa bahagia.

Betapa rindunya untuk melalui saat itu kembali.

‘Rindu. Rindu.
Rindu kalbu.’

[+]

Foto di atas adalah salah satu foto kegemaran ayah. Ianya diambil sewaktu Amir Yusuf berada di wad HDU ketika keadaannya stabil beberapa minggu selepas menjalani pembedahan jantung. Sewaktu Amir Yusuf berada di HDU, kami banyak menghabiskan masa dengannya sambil berbicara dan memeluk tubuhnya. Hati ayah begitu yakin bahawa segalanya akan baik pada waktu itu.

Namun begitu, rasa bahagia itu hanya untuk sementara sebaik saja Amir Yusuf dipindahkan masuk semula ke wad PICU.

Ada ‘rasa’ dan jiwa melalui foto ini. Dalam pilu ada kebahagiaan.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

20 comments

  1. SHIMI says:

    Tiada kata kata dapat diucapkan. Singgah tanda menyokong perasaan dan cuba berkongsi rasamu itu

    14-01-09 at 1:45 pm

  2. hishar says:

    belum puas saya menatap wajahnya..kalau senang, ‘upload’ lah gambar-gambar Amir yang lain..

    14-01-09 at 3:17 pm

  3. vimmiyasmin says:

    terubat rindu pada Amir.
    peluk cium dari kami seisi keluarga dari jauh untuk Amir dan Najla.
    Semoga Ibu dan Ayah terus kuat dan tabah.

    14-01-09 at 3:27 pm

  4. mrsazi says:

    sungguh saya terharu dengan foto ini.. semoga semuanya baik2 saja untuk anda sekeluarga..

    15-01-09 at 12:05 am

  5. JSZ says:

    Assalamualaikum,

    Saudara fajar dan isteri.

    Walaupun saya tidak mengenali saudara, tetapi tertarik untuk mengikuti perkembangan amir dan najla.

    Saya tidak tahu perasaan saudara dan isteri bagaimana, hanya Allah yang tahu. Mungkin kata – kata perangsang dari saudara dan rakan- rakan telah banyak didengari.Namun mulut ini terkunci untuk meluahkan kata-kata perangsang. Tapi saya kagum melihat isteri saudara begitu tabah dan sekiranya saya berada di posisi isteri saudara mungkin saya tidak begitu tabah untuk mengharungi perkara seperti ini.

    Apapun, saya berdoa agar mendapat rahmat yang terbaik untuk kedua – duanya. AMIN.

    15-01-09 at 1:23 am

  6. mirah says:

    Salam

    Moga saat-saat manis itu akan kembali.. InsyaAllah

    15-01-09 at 1:30 am

  7. yani says:

    sama-sama kita berdoa supaya amir yusuf kembali sihat, dan kalian sekeluarga kuat dalam menempuhi dugaan ini. Amin…

    15-01-09 at 2:10 am

  8. risanur says:

    semoga amir yusuf, najla & fajar sekeluarga kuat menghadapi segala dugaan dr Allah…moga saat manis kalian bersama akan diperolehi tidak lama lagi…insya’allah…

    15-01-09 at 2:35 am

  9. vandaa says:

    Ada ‘rasa’ dan jiwa melalui foto ini. Dalam pilu ada kebahagiaan.

    Ya…senang sekali saya menatap foto ini…jelas sekali kasih Ibu yg mendalam pd Amir penuh kerinduan dalam dakapannya..

    Untaian doa dari kami disini moga Amir dan Najla cepat sembuh…

    15-01-09 at 4:25 am

  10. Unsunghero says:

    Salam Fajar…inilah yang dinamakan ‘photo speaks a thousand words’. menyentuh sang melihat

    15-01-09 at 4:34 am

  11. suealeen says:

    saudara fajar… memang betul… dalam pilu ada kebahagiaan.

    just nak share, syafiah bakal menghuni hsb lagi. admitted hari ini for her 3rd shunt revision. shunt malfunction.

    robek hati…

    15-01-09 at 5:37 am

  12. nieda says:

    Semoga tabah dalam menjalani kehidupan dan sabar dalam menghadapi dugaan.

    saya doakan AMIR YUSUF cepat sembuh

    “anak permata hati ibu ayah”

    15-01-09 at 10:06 am

  13. apple says:

    kerana ada rasa dan jiwa, lalu terus menyentuh hati..

    16-01-09 at 3:49 am

  14. mama arwah nurul iman says:

    moga amir yusuf serta najla dibawah lindungan Illahi, Amin.

    16-01-09 at 7:16 am

  15. elina lim says:

    Salam. Sebagai saudara baru, saya masih terkapar-kapar.
    Ada ketikanya,hati terasa kosong. Membaca coretan demi coretan saudara fajar, saya seakan terjumpa puncanya hati saya jadi begitu.
    Dengan izin Allah, coretan pengalaman saudara menyedarkan saya betapa saya tidak pandai merasai syukur atas nikmat yang diberikan oleh-Nya.
    Dugaan demi dugaan yang serasa tidak tertanggung di bahu saya rupanya tidak sampai sebesar zarah jika dibandingkan dengan dugaan yang saudara sekeluarga hadapi.
    Semoga saudara dan isteri terus kekal tabah. Allah jua Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui.
    Jangan putus berharap.

    “Dan Allah tidak membebankan sesuatu jiwa melainkan apa yang terdaya olehnya..” (al-Baqarah: 286)

    16-01-09 at 9:47 am

  16. dora says:

    Salam saudara,

    Saya sering singgah ke site saudara dan membaca coretan demi coretan bertemankan perasaan sebak dan kagum pada masa yang sama. Yang pastinya, saya sangat kagum dengan kekuatan saudara bersama isteri menghadapi segala dugaan ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sememangnya Amir Yusuf sangat bertuah dihadiahkan ibu bapa seperti saudara dan isteri. Gambar ister saudara bersama Amir Yusuf ini sungguh hidup dan menggambarkan beribu perasaan. Saya mendoakan saudara sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini. InsyaAllah.

    16-01-09 at 4:46 pm

  17. XiS says:

    such a touching moment.. insya’allah, I pray that Amir will soon get better and recovered.

    17-01-09 at 6:40 am

  18. atieh says:

    sebak hati membaca coretan fajar..teringat anak yang ada disisi.. kepadaNYa ku berDOA semoga amir sihat..

    20-01-09 at 5:25 am

  19. Nonie105 says:

    Assalamualaikum, sudah lama saya mengikuti perkembangan family saudara dari jauh tanpa sepatah kata..berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul..Semua yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

    21-01-09 at 3:24 am

  20. kak ina kl says:

    salam..dari dulu lagi akak mengikuti kisah baby kamu ni..akak doakan semuga beliau cepat sembuh..

    22-01-09 at 1:10 pm

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 42 access attempts in the last 7 days.