Aduhai Sayang

Petang Sabtu.
Amir Yusuf menangis. Meronta. Dirinya tidak keruan. Ada sesuatu yang tidak menyelesakan.
Suhu meningkat. Degupan jantung yang tidak sekata. Perut seakan membengkak. Baju yang dipakaikan sudah pun ditanggalkan. Yang tinggal hanya lampin, wayar dan tiub. Kipas kecil terpasang di hujung katil. Moga-moga suhu Amir Yusuf turun. Tambahan pula, paracetamol sudah pun diberikan. Mungkin juga suhu Amir Yusuf tidak begitu baik kerana ada tanda-tanda Amir Yusuf sudah mahu tumbuh gigi yang pertama. Gusinya mungkin gatal, tetapi Amir Yusuf tidak mampu menghilangkan rasa itu dengan sendiri. Keupayaan Amir Yusuf agak terbatas.
Ada lendiran mukus keluar dari hidung. Berbuih-buih. Cepat-cepat ibu kesat. Namun, masih ada lagi yang perlahan mengalir. Tiba-tiba saja, sekitar bibir Amir Yusuf merah berdarah. Tiada kesan luka dari sekitar mulut. Barangkali mungkin kesan dari sedutan mukus yang datangnya dari dalam tekak.
Seorang demi seorang jururawat datang menghampiri katil Amir Yusuf. Seorang doktor wanita turut serta memandangkan doktor yang bertugas pada hujung minggu tidak ramai. Akhirnya, ayah dan ibu dipinta menunggu di luar wad. Mereka mahu menguruskan dan menenangkan keadaan Amir Yusuf.
Dua kali mereka datang kepada ayah dan ibu memberikan status Amir Yusuf di dalam wad. Berdebarnya rasa. Tidak banyak yang dapat mereka lakukan pada waktu ini selain membuatkan Amir Yusuf stabil seketika. Sedatif morfin dan midazolam diberikan. Pengaliran susu melalui tiub dihentikan buat sementara. Segala cairan mukus, darah dan najis yang keluar dari Amir Yusuf dibawa ke makmal untuk ujian sekiranya terdapat virus atau organisma yang lain.
Malam itu, ayah dan ibu pulang dalam hati yang kosong. Pedih rasanya meninggalkan Amir Yusuf, meskipun sudah terlena kepenatan.
Pagi Isnin.
Sebaik tiba di wad pada hari ini, hati terasa begitu bergetar melihatkan Dr Howard dan Dr Davis berbincang bersama di hujung katil Amir Yusuf. Ayah lihat, Amir Yusuf sedang terlena. Adakah hari ini dirimu menangis seperti kelmarin, sayang?
Seperti selalu, jururawat yang bertugas memberikan status terkini Amir Yusuf semenjak ayah dan ibu pulang. Amir Yusuf berada di dalam keadaan baik. Namun, mereka cuba untuk memberikan suntikan antibiotik kepada Amir Yusuf kerana terdapat jangkitan.
Mereka mencari liang darah dan mencucuk jarum suntikan ke bahagian tangan, tetapi tidak berjaya. Kemudian, mereka mencuba pula dari hujung kaki, pun tidak berjaya. Akhir sekali, mereka cuba menyuntik dari bahagian kepala! Tetapi, percubaan itu turut tidak berjaya. Yang tertinggal, adalah kesan biru pada bahagian tangan, kaki dan kepala. Rambut Amir Yusuf dicukur sedikit untuk memudahkan proses suntikan berkenaan. Rambut-rambut Amir Yusuf dikumpulkan ke dalam tabung kecil dan diserahkan kepada ibu. Betapa halusnya rambut Amir Yusuf.
Seorang demi seorang doktor datang ke katil Amir Yusuf. Entah apa pula yang dibincangkan. Kemudian, mereka berbincang lagi di stesen yang menempatkan para doktor yang bertugas. Sibuk sekali mereka pada hari ini. Gusar pula bertandang di jiwa. Adakah semuanya baik-baik saja?
Dr Andrew datang dan memaklumkan kepada ayah dan ibu, mereka akan cuba memberi suntikan kepada Amir Yusuf sekali lagi. Bukan melalui ‘central line’, yang memerlukan mereka membawa Amir Yusuf ke bilik bedah. Selepas itu, Dr Howard menghampiri katil dan cuba memberi suntikan antibiotik kepada Amir Yusuf. Tidak sanggup rasanya ayah melihat jarum itu disuntik ke tubuh Amir Yusuf untuk ke sekian kalinya. Hanya ibu yang begitu tabah mengharunginya.
Jarum ditolak masuk. Mencari liang darah yang halus bagi seorang bayi. Amir Yusuf yang sedang tidur terus terjaga. Ayah sekadar mampu melihatkan wajah Amir Yusuf berkerut menangis tanpa suara. Aduhai, pasti Amir Yusuf kesakitan. Seperti yang tergambar pada wajahnya itu. Maafkan ayah sayang. Ayah tiada upaya untuk menghilangkan keperitan itu.
Ya Tuhan, rahmatilah Amir Yusuf. Ringankanlah beban yang ditanggung olehnya.
“Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah…”, bisik ayah dan ibu buat Amir Yusuf.
Teruslah kuat, sayangku. Teruslah bertahan, sayangku.
Jiey^Mien says:
Ya Allah, ringankan kesakitan dan beban Amir Yusuf.. Sembuhkanlah dia Ya Allah.. Benarkanlah dia pulang kepada keluarganya yang sedia menanti.. Aminnnn..
17-02-09 at 12:52 am
En Kid says:
Salam..
Abg Fajar, untuk ke sekian kali daku melayari blog anda..sungguh menyentuh hati..daku harapkan agar dikau sentiasa tabah dan terus berdoa agar diringankan beban oleh Yang Maha Kuasa..
Sama-sama kita berdoa agar Amir Yusuf pulih dan sihat seperti mereka yang lainnya..Amin..
Tabahkan dirimu abg Fajar..
17-02-09 at 1:00 am
Ummica says:
Selama makmi melayari blog Fajar, inilah pertama kali saya melihat wajah anakanda Amir Yusuf, Subahanallah, kejadian Allah yg amat sempurna. Suci tulus wajah amanah Allah ini. Hati makmi benar² tersentuh. Ya Allah, berilah nikmat dalam tangisan anakanda Amir. Untuk kesekian kalinya berilah kesembuhan dan keajaiban-Mu Ya Allah. Biarlah yg perit itu hanya zahir yang bagi anakanda Amir nikmat dalam dirinya. Aku memohon pada-Mu Ya Allah. Amin..Aminnn…
17-02-09 at 1:12 am
azma says:
Wajahnya menggambarkan derita yg ditanggung.. sungguhpun melalui gambar, sy dpt rasakan perit Amir melaluinya…
Segala puji bagi Allah, mengizinkan agar diringakan beban yg ditanggung oleh Amir Yusuf.. segala pujian bagi Allah, memudahkan segala urusan Amir Yusuf.. segala yg terbaik buat Amir Yusuf.. Semoga Amir sentiasa kuat, tabah dan cekal mengharungi.. Demi memperoleh yg terbaik, semoga segalanya dipermudahkan.. Amin
17-02-09 at 1:25 am
DieB says:
dengan menyebut nama Allah..
wahai pemilik hati2 ini,ak pohon pd MU agar Engkau permudahkan urusan k.Anis dan Abg Fajar..kurniakanlah kpd mrk kesabaran,ketabahan dan kekuatan yang tinggi..limpahkankan lah kesejahteraan dan kesihatan keatas Amir Yusuf dan mereka sekeluarga..Amin..sesungguhnya Allah sentiasa bersama dikalangan orang2 yg bersabar..
17-02-09 at 1:42 am
mirah says:
Berat mata melihat berat lagi bahu yang memikul.
Tabahlah ayah ibu amir yusuf. Doa kami sentiasa bersama kalian agar amir yusuf terus sihat dan dapat pulang ke rumah dalam keadaan baik.
Ya Allah, permudahkan lah urusan mereka. Aminn…
17-02-09 at 1:58 am
dora says:
Salam.. saudara Fajar.. This is the first time I saw Amir Yusuf’s face since I started following your blog. My eyes couldn’t help but shed a tear when I saw how his face shows a thousand emotions.. pain.. hope.. strength..
I do hope one day Amir Yusuf will be able to smile insyaAllah..
Be strong.. All of our prayers are with you and your family..
17-02-09 at 2:12 am
ibu Rayyan says:
ya allah..comel sungguh wajah amir yusuf..saya kagum dengan kecekalan anda berdua…dan buat amir yusuf….semangatkan diri mu si comel…semoga allah mempermudahkan segala…:)
17-02-09 at 2:56 am
hishar says:
hebat sungguh dugaan buat mu Amir! tetap bertahanlah Amir..kami akan senantiasa menunggu mu
17-02-09 at 3:44 am
nurrain_insyirah says:
Dengan menyebut namaMu YA RAHMAN…YA RAHIM..
Alhamdulillah…satu lagi ujian kepada hambaNya yang terpilih..Lafaz kalimah namaNya Ya A’ziim..usap ubunnya..setiap detik nafas yang ada..yakin pada kalimah namaNYa yang AGUNG..pasti ada keajaiban buat anak umi.ini:)..AMIR YUSUF..
17-02-09 at 4:38 am
mama adam says:
Comelku Amir Yusuf…sekiranya kesakitan itu boleh dipindahkan kepada mama…mama rela menggantikan tempatmu sayang…Semoga Allah melindungi Amir Yusuf selalu…..Aminnn
17-02-09 at 6:16 am
ummuhanis says:
salam fajar. subhanallah, comelnye amir. pertama kali rasenye akak dapat tgk wajah amir kat sini. tabah ye dek. yang baik pasti menunggu selepas setiap keperitan. insyaallah.
17-02-09 at 6:45 am
Pnut says:
MOga AMir Yusuf cepat sihat… Ya ALlah tolonglah hambaMu itu, sesungguhnya Kau Maha Pengashih, Maha Mengasihani, Maha Penyayang… kau peliharlah Amir Yusuf, berilah kesembuhan buat dia…
17-02-09 at 8:16 am
pinatbate says:
Ya Allah
Limpahilah rahmatMU ke atas anakanda Amir Yusuf..
17-02-09 at 9:06 am
asyikin says:
tika baca blog ini, terbit keinsafan dan kesyukuran.
harap anda sekeluarga tabah dan kuat.
amir yusof, kasihan auntie melihat deritanya….semoga dipermudahkan segala urusan…
amin..
17-02-09 at 9:10 am
Raden Galoh says:
salam fajaril dan isteri…
hanya doa yg mengiringi kalian dik… tabah ye…
Ya Allah selimuti mereka dgn mahgfirahMu, dakaplah mereka dgn ehsanMu… Ya Allah ringankan bebanan anak kecil ini, riangkan semula wajah kedua org tuanya dgn kesejahteraan Amir Yusuf, Ya Allah… nikmat ini hakMu kau berilah mereka Ya Allah, Kau yang penuh kasih sayang kau yang Maha Mendengar… amin Ya robbal ‘alamin.
17-02-09 at 9:47 am
chentahati says:
Tidak mau komen apa..
Saya cuma dapat rasa apa yang fajar dan anis rasa..
itu saja..
18-02-09 at 1:40 am
walkthrulife says:
Ya Allah..berikan keluarga ini kekuatan utk menghadapi ujianMu. Amin.
menatap gambar Amir Yusuf buat pertama kali menimbulkan rasa sebak. Begitu comel sekali.
18-02-09 at 6:40 am
wanQaseh says:
Doa buat Amir. Hanya itu mampu. Semoga Allah memberikan yang terbaik buat Adik Amir Yusuf. Buat Abg Fajar dan Kak Anis, semoga kuat dan tabah.
18-02-09 at 7:27 am
XiS says:
Rasanya seperti pengunjung yang lain, inilah pertama kali saya melihat wajah Amir Yusuf… tercapai juga hajat untuk melihat raut wajahnya. Semoga Amir Yusuf terus tabah dan dilindungi Allah sentiasa.
18-02-09 at 9:51 am
suka menanti says:
Allah huakbar, Allah Maha Besar, dugaan untuk hambanya melalui orang yang signifikan seperti yang ditanggung oleh fajar dan anis, kitaaaa entah bila.Wallahhuaklam.
18-02-09 at 4:14 pm
risanur says:
salam fajar dan keluarga,
dapat risa rasa kan menderitanya amir yusuf apabila terkena suntikan itu…kita yg dewasa ni juga pasti berkerut terkena suntikan itu…
19-02-09 at 11:23 am
ummirayyan says:
Salam untuk kalian…
Semoga tabah dalam menharungi hidup ini..tak terkata n bergenang air mata ini membaca blog fajar. semoga amir yusoff cepat sembuh..semoga Allah mendengar doa hambanya..semoga cekal..salam..
21-02-09 at 5:53 am