Fikiran Ini

“Abang stress sebab banyak benda yang abang tak sempat nak catch. Pada masa yang sama, banyak lagi yang abang kena fikir. Betul?
Abang jenis orang yang terlalu dalam sangat memikirkan sesuatu perkara. Maybe saya betul, maybe saya salah.”
[-]
Urusan di rumah. Urusan di universiti. Urusan di hospital. Urusan di jiwa. Dari besar hingga yang kecil. Semua jadi satu.
Diri pasrah menempuh apa yang telah direntangkan. Namun, apabila kepenatan bermukim di seluruh sendi dan minda, ada waktunya semangat itu hilang dan terbang bagaikan angin.
Masih terlalu banyak yang harus disempurnakan. Dan masa terus berlalu. Tanpa peduli. Tanpa simpati. Lalu, semakin menambah kegusaran di hati ini.
Naj says:
Allah itu maha mendengar..mengadulah kepadanya..
Allah itu maha pemurah..memintalah kepadanya..
Allah itu maha bijaksana…telah direncanakan hidup kita ini dengan sebab dan musabab yang tidak pernah kita fikirkan..maka redha dan bersabarlah di atas setiap dugaan yang telah direncanakan untuk kita..dan bersyukurlah kerana kita adalah insan yang terpilih untuk mengharungi dugaan itu..
Allah itu maha adil..tidak akan diduga seseorang itu di luar kemampuannya..akan dipermudahkan urusan kita kelak..Insyaallah..jangan penat dan lelah untuk terus berdoa dan meminta dari yang Maha Agung..
23-02-09 at 2:39 am
azma says:
Bagaikan terbuai seketika memikirkan kepenatan yg tersemat dlm sanubari Fajar.. Cekallah menempuhinya..Insyallah, Allah mengizinkan apa jua rintihan dan harapan yg Fajar sekeluarga harapkan.. Mudah2an dipermudahkan segalanya.. Mudah2an diringakan beban tak kira Fajar sekeluarga mahupun Amir Yusuf..
23-02-09 at 3:19 am
fiza says:
Fajar,
Perasaan ini bercampur baur tatkala membaca entri sdr ini. Ya, sebagai manusia yang sgt terhad kemampuannya, kita sgt mudah stress dan kadangkala hilang pertimbangan sehingga byk perkara tidak dapat diuruskan dengan sewajarnya. Apatah lagi apabila mengenangkan Amir yang sedang berada dalam situasi sebegitu rupa. Mohonlah kepada Allah supaya sdr sentiasa cergas, cerdas, sihat (metal, emosi dan jasmani) serta dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah.
23-02-09 at 4:54 am
akimanikki says:
Membaca catatan & luahan anda, saya rasa seolah melihat diri sendiri.
Hidup ni macam ni lah, up and down until the end to the ground.
23-02-09 at 7:55 am
yt says:
renjat rasa jiwa membaca coret ayah mu.. sabar sayang, setiap kesabaran pasti ada hikmahnyer… dari jauh auntie doakan amir akan segera sembuh.. lihat sayang, betapa ramai yang menanti untuk melihat kau tersenyum…
Buat ayah dan mama,
tabahlah menghadapi dugaan..
23-02-09 at 8:16 am
rudy says:
Fajr, Alquran mengisahkan pemberatan ujian ke atas bahumu. Kau rasa tak terpikul, tetapi kau sedang memikulnya di pundakmu wahai sahabatku. Ia sesuai dengan dirimu.Mampu! Itu janji Tuhan. Juga hayati Yusuf ayat 12 spt yang aku bingkiskan dalam entriku hari ini.
23-02-09 at 2:56 pm
Kak Zira says:
Fajar, sesungguhnya tiada kata2 yang dapat akak ungkapkan selain dari bersabarlah wahai adikku, sesungguhnya ALLAH sedang mengujimu. Tabahlah wahai hati2 yang kesedihan dan yakinlah (tingkatkan imanmu)
Laa yukallifullahhu nafsaan illa wus aa’hhoa
ALLAH tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Semoga ketenangan bersama kalian sekeluarga disana. Amin
24-02-09 at 1:08 am
acuazadamia says:
Salam Fajar,
Sebak hati, Berat dada mbacakan entry Fajar ni.. As a mum to a daughter, hati keibuan sy tersentuh… Betapa kuatnya hati seorang ayah & ibu seperti kalian..
Hopefully, U all tabah & Sabar dalam menempuh dugaan & kenikmatan yang diberikan oleh Nya… Betul apa yg Kak Zira tulis… Allah tidak akan sesekali memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Salam utk Fajar sekeluarga….
24-02-09 at 2:27 am
XiS says:
Fajar
honestly, there’re times I wonder how did you manage to go through all this. Your studies, your family, your son… etc.. it must be tough. But at the same time, I always believe that deep down, you’re such a strong person. So, please never give up. And I will always pray for you and your family.. Take care..
24-02-09 at 7:00 am
mama adam says:
Hanya Allah yang tahu rahmatNya untuk umat-umatnya yang tabah mengharungi segala dugaan yang diturunkanNya. Semoga kebahagian menjelma jua nnt untuk saudara Fajar sekeluarga.
24-02-09 at 10:16 am
En Kid says:
Insya Allah..
Kau pasti mampu menghadapinya..tidaklah Allah itu memberatkan hamba-Nya melainkan DIA tahu hamba-Nya itu mampu menghadapinya..
Semoga kau terus tabah dan bersabar..
24-02-09 at 11:59 am
iina says:
Fajar.. sebenarnya saya pernah nak cadangkan tapi rasa seperti tak sampai hati nak cakap.. Apa kata ambil cuti belajar buat sementara waktu atas alasan kesihatan si amir yusuf.. mungkin itu dapat meringankan bebanan buat sementara waktu.. Insyallah mana tahu kan dapat menyeimbangkan segala urusan..
Yang pasti saya yakin.. Fajar dan Anis tabah dalam menghadapi dugaan ini.. Insyallah
24-02-09 at 11:40 pm
naz says:
penat dan letih kadang2 mengundang ketidak rasionalan, kerana memang fitrah kita begitu dan pabila sedar kita akan beristighfar..tabahla…
16-07-09 at 7:12 am