03-03-09

Yang Berjuang

Posted in amir yusuf, peristiwa by fajaril

Semalam.

Hujan renyai-renyai membasahi kota Glasgow. Kedinginan mula meresapi helaian jaket tebal dan baju yang dipakai. Namun ianya tidak sesekali mengalihkan perhatian dan fikiran ayah tentang keadaan Amir Yusuf di hospital. Baikkah dia? Teruk sangatkah anak ayah?

Kesibukan lalu lintas begitu menyesakkan fikiran. Menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada. Jalan yang basah dan licin membuatkan kenderaan bergerak perlahan. Satu demi satu bas melewati hentian bas, namun tiada satu pun yang melalui jalan ke Yorkhill Hospital. Resah dan gelisah. Dan tiba-tiba saja kepala menjadi pening. Mungkin kerana perut yang kosong sejak awal pagi.

Akhirnya ayah memutuskan untuk menaiki mana-mana bas yang boleh berhenti ke Bath Street. Sebaik kaki melangkah keluar dari bas, ayah berlari menuju ke hentian bas yang sepatutnya. Nafas dan degupan jantung menjadi kencang. Betapa begitu lama ayah tidak meluangkan masa untuk mengeluarkan peluh. Mudah saja ayah menjadi penat.

Tiba di hospital, ayah terus bergegas ke wad PICU. Niat untuk bersama Amir Yusuf terhenti kerana staf di dalam wad sedang menjalankan prosedur khas kepadanya. Ayah dan ibu sekadar menanti di bilik menunggu. Kami bersama berbicara. Ayah mendengar status terkini tentang Amir Yusuf dari ibu. Dan selepas itu kami lebih banyak mendiamkan diri. Banyak yang bermain di fikiran ini.

Tiada kata dan rasa yang mampu dizahirkan saat melihatkan wajah Amir Yusuf pada hari ini. Bagai hilang cahaya ceria. Suram dan pudar. Bengkak di bahagian pelupuk matanya. Amir Yusuf terlena setelah diberikan sedatif morfin, midazolam dan vecuronium. Anak ayah dan ibu masih lagi tabah dan kuat berjuang.

Ada lendiran mukus mengalir dari hidung. Perlahan-lahan turun. Ibu segera membersihkannya. Namun lendiran itu masih lagi tidak hilang. Jururawat yang bertugas melaksanakan proses suction ke atas Amir Yusuf pada bahagian tiub tracheostomy dan hidungnya. Amir Yusuf tidak meronta seperti selalu. Kesan sedatif yang kuat menjadikan dia seakan tidak sedar. Hanya bacaan di monitor menentukan bagaimana keadaan Amir Yusuf seperti kadar denyutan jantung, tahap ketepuan oksigen dan juga tekanan darah.

Setiap kali tahap ketepuan oksigen jatuh dari paras yang sepatutnya maka setiap kali itu jugalah jururawat akan mengepam oksigen secara terus ke tiub tracheostomy Amir Yusuf. Sampel mukus, darah dan air kencing dibawa ke makmal untuk ujian yang selanjutnya. Hari ini juga, Amir Yusuf menjalani imbasan x-ray dan ujian echo scan pada jantungnya.

Ayah dapat melihat perut Amir Yusuf yang besar membengkak. Sewaktu ayah menyentuhnya, ianya agak keras. Doktor datang dan pergi ke katil Amir Yusuf sambil meninjau bacaan dan laporan yang tertera pada monitor. Mereka berkumpul dan berbincang.

Ayah dan ibu hanya sekadar mampu memerhati Amir Yusuf. Keadaan Amir Yusuf pada hari ini agak tidak begitu stabil. Sentuhan yang lama boleh membuatkan bacaan turun dari paras yang sepatutnya. Sungguh, ayah dan ibu hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Tidak lama kemudian, Dr Davis datang menghampiri kami. Ayah dan ibu masih mengingati Dr Davis. Dialah yang pernah menjalankan pembedahan pertama pada Amir Yusuf di bahagian perutnya. Ada sesuatu yang menyebabkan perut Amir Yusuf bengkak dan keras.

“Intestine inflammation. For the time being, we don’t have to do the surgery. We are going to treat with some antibiotics and watch him closely”.

Terkedu ayah dan ibu seketika. Hingga tidak sempat untuk bertanya. Dr Davis sudah pun berlalu pergi. Amir Yusuf mengalami radang pada ususnya pula.

Aduhai sayang. Kuatlah sayang. Teruslah berjuang sayang!

Mata Amir Yusuf kelihatan merah dan membengkak. Nampaknya ada jangkitan pada matanya. Bukan itu saja, melalui laporan makmal, terdapat jangkitan pada bahagian tekak dan hidung Amir Yusuf.

Ayah dan ibu mengerti, bahkan masih mengingati kata-kata yang diberikan oleh Dr Howard dan Dr Knight suatu ketika dulu. Kebergantungan kepada mesin ventilator pada jangka masa yang panjang bakal mendedahkan Amir Yusuf dengan jangkitan bakteria dan virus. Mungkin ini adalah sebahagian darinya. Dan sayangnya, banyak pula yang berlaku kepada Amir Yusuf dengan serentak. Bagai mahu menguji sejauh mana kekuatan yang ada pada Amir Yusuf.

Lewat petang itu, Amir Yusuf dipindahkan ke bilik pengasingan. Di bilik itu, hanya Amir Yusuf sahaja. Tanpa perlu berkongsi dengan pesakit yang lain.

Saat sebegini, ayah dan ibu begitu kehilangan kata. Tiada keupayaan mahu pun sebarang kuasa. Apa lagi yang tertinggal buat ayah dan ibu? Hanya doa dan harapan. Serta semangat yang masih tidak pernah padam. Bersamamu Amir Yusuf, kita sama berjuang.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

35 comments

  1. Kak Lin says:

    Salam buat sahabat Fajar dan Anis

    Setiap persinggahan K lin disini memberi bayangan betapa sukarnya hidup kalian ketika ini. Sekiranya berada disana pasti akan akak usahakan akan membantu apa yang terdaya…Namun apakan daya hanya doa kami sekeluarga disini kirimkan buat kalian sekeluarga.

    Percayalah rintihan kalian padaNya tidak akan sekali-sekali disia-siakan oleh Yang Berkuasa, kita hanya hambaNya yang tidak berdaya.Sandarkan keyakinan kalian padaNya, pasti ada rahmatNya yang menanti kalian.

    Sesungguhnya Amir Yusuf adalah pejuang yang sejati, begitu jua ibu dan ayahnya.

    Maaf kerana tidak menghubungi kerana khuatir mengganggu, tetapi apabila ada kelapanganan atau perlukan rakan untuk berbicara…hubungilah

    03-03-09 at 12:35 pm

  2. ummuhanis says:

    salam fajar…
    apa lagi yg mampu kak ummu katakan selain dari, teros la bersabar fajar. pasti ada cahaya bahagia untuk kalian dihujung sana dik….
    insyaallah.

    03-03-09 at 2:17 pm

  3. acuazadamia says:

    salam sdra fajar.. ↲
    Im speechles.. Ape yg sy boleh katakan.. Redhalah.. Sabarlah… Kuatlah kalian.. Dia ada bsama kita..↲↲
    Salam peluk cium utk amir yusuf..

    03-03-09 at 3:25 pm

  4. khairuddin says:

    Semoga tabah.. ALLAH memberi ujian pada mereka yang Dia sayang…

    Bersyukurlah.. ALLAH masih mengingati kalian..

    03-03-09 at 5:41 pm

  5. akimanikki says:

    Rasa terharu setiap kali membaca catatan kamu. Moga terus tabah kawan! Hanya itu yang mampu kami ucapkan.

    03-03-09 at 8:14 pm

  6. pinatbate says:

    Ayah dan ibu Amir Yusuf,
    Cekalkan hati dan teruslah berdoa. Allah Maha mendemgar setiap permohonan hambaNya.

    03-03-09 at 8:14 pm

  7. yus says:

    salam.

    doa saya bersama ayah & ibu amir yusuf.. amin.

    03-03-09 at 11:35 pm

  8. Jiey^Mien says:

    Saya hilang kata-kata kerana rasa sedih yang mendalam. Hanya doa saya panjatkan padaNya..

    03-03-09 at 11:56 pm

  9. hana says:

    Buat Fajar dan keluarga
    Tabahlah menghadapi cabaran dan dugaan hidup ini…Sentiasalah berdoa kepadaNYA

    04-03-09 at 1:04 am

  10. Ibu A says:

    salam,
    sahabatku fajar & anis…

    sabar & tabah lah dalam menghadapi semua ini, sesungguhnya DIA lah maha mengetahui apa yang terbaik buat kalian dan buat Amir Yusuf.

    sayangku, Amir Yusuf, teruslah kuat untuk menghadapi semua ini sayang. Ibu doakan yg terbaik buatmu, sayang.

    04-03-09 at 1:04 am

  11. nestumrasberi says:

    buat fajar dan isteri,

    disaat ini bersabarlah banyak2. kuatkan semangat juang kalian. hanya itu yg mampu saya katakan.

    semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.

    04-03-09 at 1:06 am

  12. ummirayyan says:

    salam abg fajar dan isteri..amir yusuf dibagi susu dari hospital ker?try isteri abg fajar pump susu badan dan bg kat nurse..sebab susu ibu adalah antibodi yg kuat utk bb..itu adalah salah satu cara..apa2 pun semoga kalian tabah..amir yusuf anak yg kuat semangat..sama2 kiter berdoa kepadaNYA

    04-03-09 at 1:15 am

  13. Ummica says:

    Salam ayah & ibu,

    Tiada kata mampu diucap, sekadar zikirullah memohon kepada-Nya. Sabar dan redha ye dik, Allah Maha Mengasihani, Maha Penyayang, lagi Maha Mendengar, Pasti Allah merencana sesuatu yg terbaik buat kalian dan buat anakanda Amir Yusuf amanah Allah yg istimewa. InsyaAllah.

    04-03-09 at 1:16 am

  14. qay says:

    moga sntiasa tabah dgn dugaan ini…mudah2an dipermudah sglanya buat amir yusuf dan kluarga

    04-03-09 at 1:26 am

  15. sirr says:

    Ass’kum untuk fajar & isteri,

    saya kehilangan kata-kata untuk menulis.

    di satu seminar yang diadakan saya berkesempatan berkenalan dengan prof dr azimahtol hawariah dari ukm. prof dr ni pakar dalam pembuatan ubatan dari bahan herba.cubalah bertanya beliau kalau-kalau beliau boleh membantu. h/p prof dr 012-7025141. Info ttg prof dr boleh diperolehi dari http://ewarga2.ukm.my/academiccv.

    Setiap kali membaca kisah putera amir hati saya begitu tersentuh, saya juga mempunyai seorang baby prem, syukur kepada allah dia sihat, tapi saya terpaksa menjalani hysteretomy semasa melahirkan.

    Begitulah hidup, kita tak sunyi dari ujian, cuma dalam bentuk dan warna yang berbeza..

    04-03-09 at 2:15 am

  16. Ummi says:

    takkan b’henti b’doa

    “Ya Allah, sebagaimana Engkau memberikan kesihatan kpd anak2ku, maka aku memohon Engkau memberikan jua kesihatan itu kpd Amir Yusof…Ya Allah, hanya Engkau tempat kami memohon pertolongan…sembuhkan lah Amir Yusof Ya Allah, berikanlah kami berita gembira Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah yg Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”

    -Salam dr kejauhan-

    04-03-09 at 2:26 am

  17. hambaAllah says:

    kesian dia..lepaskan laa dia…sesungguhnye..dia pasti lebih gembira disana..

    04-03-09 at 3:03 am

  18. azma says:

    Fajar…
    Hilang kata2 saya..
    Tak terluah saya jika ingin pujukkan rajuk hati Fajar sekeluarga..
    Segunung harapan.. dan alunan doa bertalu diberikan… Semoga Amir dipermudahkan segalanya.. Diringankan beban yg ditanggungnya… Diizinkan Allah… diberikan sinar harapan yg dicari2 selama ini…

    04-03-09 at 3:38 am

  19. Umi says:

    salam buat abg Fajar & isteri..meruntun hati ini membaca kisah anakanda Amir Yusof sehingga seringkali airmata ini mengalir deras tnpa dpt ditahan…

    Rasa begitu mengerti skali persaan kalian krna sy jga mempunyai ank DS..tiapkali memikirkn msa dpn ank,stiap kali itula airmata ini mengalir..pelbgai persoalan brmain di benak..tp siapala kita yg ingin memprsoalkan ketentuanNYA..hnya mmpu brserah krna yakin perancangan Allah adalah yg trbaik utk kita…ank istimewa adalah pinjaman Allah utk pasangn yg istimewa…tiapkali persaan gusar,sdih,kecewa mlanda,ingatla…kehidupandi dunia ini hnya smentara…

    Abg Fajar..hnya ingin brtnya…adakah abg Fajar & Istri diberi pilihan utk mneruskan membekalkan oksigen kpd anakanda Amir Yusof atau mmberhentikannya?..sy teringt ttng seorng anak di sbelah katil anak sy sewaktu di hospital…keluar lendir bercampur darah dr mulutnya..dia mndapat bntuan oksigen…doktor mnyarankan agar pembekalan oksigen diberhentikan kerna mmg anak itu xkn mmpi hidup tnpa bantuan oksigen & utk tidak menyeksanya..tp ibubapanya menolak…kebetulan sy dpt mlihat anak itu meninggal slpas 8 hari dilahirkn…

    Doa sy moga Allah mempermudahkan segalanya buat kalian…

    04-03-09 at 3:50 am

  20. hishar says:

    saya pasti sesiapa pun berasa serba salah jika berada di tempat abg fajar & akak..

    kalau berputus asa di saat ini, ini tidak adil bagi Amir Yusuf..Amir bukan sehari-dua bertahan & berjuang dgn kondisinya..sudah 8 bulan!

    kalau diteruskan pulak, hati diruntun dgn pelbagai prosedur rawatan yg terpaksa diharungi buat bayi yang berusia hanya 8 bulan itu..

    mmg betul-betul serba salah jadinya…

    04-03-09 at 4:36 am

  21. iz says:

    Jika kalian adalah Amir Yusoff, apa pilihan kalian?
    Berjuang untuk terus hidup di dunia penuh dosa atau hidup abadi di syurga?

    04-03-09 at 5:18 am

  22. Ibu Alin says:

    Utk Fajar dan isteri,
    Setiap ujian yg Allah datangkan kepada kita mempunyai hikmah tersendiri.. moga kalian terus tabah…

    04-03-09 at 5:30 am

  23. Izwan says:

    Salam Fajar dan Anis,

    Sebak dihati setiap kali membaca nukilan saudara. Diharap saudara suami isteri jgn berputus asa kerana setelah 8 bulan Amir Yusuf masih bertahan, nescaya sesuatu yg baik menantinya kelak, dengan kuasaNya. Amin.
    Sejarah telah menunjukkan ada manusia yg koma selama 19 tahun pun dapat pulih kembali. Jangan lepaskan anak yg tersayang walau apa sekalipun, kerana yg pergi itu tidak akan kembali lagi.

    04-03-09 at 5:31 am

  24. fiza says:

    2 hari tidak menjenguk ke blog sdr Fajar kerana menguruskan anak yang kurang sihat. Tatkala ada kelapangan, hatiku berkobar-kobar utk membaca coretan sdr. Mataku bergerak laju menjejaki setiap ayat yang terpapar di dada skrin komputer. Akhirnya air mata jua membasahi pipi ini. Berat hati ini, terawang-awang diselubungi kesayuan yang amat perit utk dihadapi malah tak terdaya oleh fikiranku untuk terus-menerus memikirkan nasib Amir. Amir bukanlah darah dagingku tetapi kasih sayangku padanya dan simpatiku bagaikan dia anakku. Apalah dayaku… hanya sekadar doa yang menggunung tinggi kepada Allah, memohon belas kasihanNya agar diturunkan penawar dan jalan keluar kepada situasi ini. Tolonglah Ya Allah, tuhan sekalian alam, tuhan yang maha agung, dari Engkau datangnya penyakit dan dari Engkau jualah penyembuhnya. Kasihanilah Amir Ya Allah…. air mata ini bergenang lagi. ku mohon padaMu Ya Allah… tuhan pemberi rahmat. Amin.

    04-03-09 at 6:32 am

  25. mama arwah nurul iman says:

    tabahkanlah hati, redha lah pada ujian ini.

    04-03-09 at 7:16 am

  26. dasarhati says:

    Rakan-rakan sekomentar sekalian,

    Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mari la kita sama-sama teruskan berdoa yang terbaik untuk Amir Yusuf dan ibu ayahnya. Apa pun keputusan yang ibu ayah Amir Yusuf buat berkaitan diri Amir Yusuf, rasanya itu hak mereka sebagai ibu bapa.

    Just my two-cent thought.

    Ya Allah, sejahterakanlah hamba-hambaMu yang telah Kau muliakan dengan ujian setinggi ini…ampunilah mereka, rahmatilah hidup mereka dan berkatila ibadah mereka dunia akhirat…amin…

    04-03-09 at 9:53 am

  27. Ainur Mahdiyah says:

    Amir Yusuf … jangan pernah mengalah.

    Buat Fajar & Isteri … hanya doa dan semangat yang mampu saya unjurkan. Kuat selalu.

    04-03-09 at 12:02 pm

  28. Kak Lin says:

    Salam sekali lagi…Fajar dan Anis…

    Hati akak tak tenteram membaca komen setengah-setengah pembaca lain. Sesungguhnya Fajar dan Anis telah membuat keputusan yang terbaik buat Amir Yusuf. Kekalkan begitu, jangan putus berharap dan bergantung pada Illahi.

    Segala yang berlaku adalah ketentuan dan kehendak Nya jangan dipersoalkan segala keputusan dan jangan disesali sebarang perkara yg berlaku…Harapnya semua dapat menyokong Fajar dan Anis dalam perjuangan ini.

    Ya Allah, sejahterakanlah anak kecil ini dan kedua ayah bondanya yang telah Kau muliakan dengan ujian setinggi ini…
    ampunikanlah dan rahmatilah mereka…Amin

    04-03-09 at 1:17 pm

  29. yan says:

    salam en fajar n pn anis,

    sememangnya sy tidak layak mmberi pandangan,
    tp sy tahu amir yusuf layak di beri peluang selagi masih ada harapan..

    amir yusuf..teruskan berjuang..

    04-03-09 at 3:15 pm

  30. Pnut says:

    Fajar, sungguh kuat Fajar dan Anis, akak masa Alesya kritikal minggu-minggu pertama dia dilahirkan akak sanagt sebak, denagn wayar berselirat sana sini, jarum dicucuk sana sini.. akak tak cukup kuat untuk melihat anak kecil tu berjuang…

    Satu ketika, dia pucat, tekanan darah menurun, dan pelbagai komplikasi.. saat itu, doa akak, andai ditakdir dia bukan untuk kami pelihara, akak redha Allah ambil dia, jangan terus dia terseksa, sesungguh akak tak sampai hati tengok dia berjuang begitu..

    tapi Allah Maha Kaya, Selepas sebulan lebih dia agak kritikal, dia makin stabil…

    doa akak agar Amir Yusuf akan diberi kekuatan untuk dia terus berjuang, dan andai kata tertulis sebaliknya, redhalah, sesungguh Allah itu tau terbaik buat hambaNya…

    Insya-Allah dengan keajaiban dari Allah, Amir Yusuf akan terus kuat..aminnn

    04-03-09 at 3:21 pm

  31. syirfan says:

    tuan sekeluarga memang hebat!

    Moga Allah tunjukkan jalan. Untuk masa ini, teruslah berjuang. Doa kami mengiringi.

    04-03-09 at 5:29 pm

  32. mirah says:

    tabah lah hati…

    05-03-09 at 1:08 am

  33. Umi says:

    Maaf jka comment trdhulu mengundang rsa xsnng…xde niat mmpersoalkn pilihan Abg Fajar & istri…sbgai ibu sy mengerti..tiada siapa yg mau ‘brpisah’ dgn ank melainkn ats kehendakNYA..
    sy yakin pilihan yg tlh dibuat adalah yg trbaik…

    skdar brtanya kerna timbul rsa kagum yg amat kpd staff yg xjmu2 mrawat anakanda Amir Yusuf…bgtu bernilai harga ‘nyawa’ wlau hnya milik si kecil…brbeza disni yg mna mereka trlalu cpt ‘berserah’ tnpa trdahulu ‘berusaha’…

    tika ini ankanda Amir Yusuf sdahpn ‘dijemput pulang oleh Yang Maha Esa’…

    Alangkah bertuah dirimu Nak krna dianugerahkn ibu ayah yg bgtu penyayang wlau dlm prtemuan yg bgtu singkat..moga kalian akn bertemu kmbali di SANA..amin

    06-03-09 at 5:11 pm

  34. Ranjit says:

    Mr.Fajar and Pn. Anis

    Sorry to hear about your son…
    Hope everyone of you will be strong…i will pray for everyone over there.

    10-03-09 at 11:10 am

  35. farah says:

    Buat en.fajar sekeluarga
    semoga tabah dalam menghadapi ketentuan Allah ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Semoga arwah Amir Yusuf mendapat lindungan rahmat yang tinggi dari Allah S.W.T hendaknya…

    11-03-09 at 6:04 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 60 access attempts in the last 7 days.