20-03-09

Yang Tertinggal

Posted in amir yusuf, bicara by fajaril

amir_hand_bear

Kotak yang berisi baju Amir Yusuf masih lagi tidak tersentuh sejak dibawa pulang dari hospital. Terletak di hujung bilik berdekatan dengan tingkap. Di dalamnya turut terisi dengan diari yang ditulis sejak kelahirannya lagi. Begitu juga dengan sebungkus plastik yang penuh dengan permainan yang pernah menghiasi katil Amir Yusuf di hospital. Ada juga yang masih belum dibuka. Laci kecil di dalam bilik memuatkan segala baju dan selimut miliknya yang berbagai warna. Sesetengah baju hanya dapat dipakai sekali dua sahaja. Ketika keadaannya yang kritikal, tiada sehelai baju pun yang dapat dipakai. Melainkan lampin dan selimut.

Di dalam almari, masih penuh dengan baju yang tidak pernah dipakai olehnya. Ada hadiah yang diberi dari kenalan. Ada juga yang dibeli khusus untuk dirinya. Di dalam stor, kereta sorong yang dibeli sebelum kelahirannya lagi. Tidak berkesempatan untuk digunakan langsung. Begitu juga dengan kerusi kereta yang sepatutnya digunakan untuk menyambut dirinya dibawa pulang dari hospital. Masih tersimpan rapi. Set katil berwarna hijau cair masih lagi tidak terpasang. Menanti kepulangan tuan yang tidak akan kembali lagi.

Persediaan untuk dirinya sudah lama. Sejak dia di dalam kandungan lagi. Beria-ria benar kami sekeluarga mengumpulkan barangan bagi menyambut kedatangan orang baru pada waktu itu.

Setiap ruang rumah bagaikan begitu bersedia menanti kepulangan dirinya pada bila-bila masa. Namun takdir telah menetapkan, kehadirannya tidak begitu lama. Bahkan tidak sempat untuk menyentuh segala barang yang disediakan untuknya. Kepulangannya tidak dapat singgah ke rumah ini. Tapi terus ke rumah abadi.

Gambar-gambar di dalam kamera masih lagi belum dialihkan ke dalam komputer. Bahkan detik-detik terakhir bersama dengannya masih lagi belum dilihat. Ayah masih belum punya keberanian. Hati ini masih dilanda rasa sayu yang bagaikan ditahan dengan hanya sehelai kain yang begitu nipis. Bila-bila masa saja ia akan tercarik.

Sebelum ini, setiap kali melihat gambar wajahnya, hati ayah pasti meronta. Bagaikan ada satu kuasa yang menarik jiwa ini. Dengan sekelip mata, rindu akan datang menderu. Dan pada waktu itu, ayah akan terus bergegas ke hospital untuk melihat dirinya. Juga untuk melepas rindu. Tapi kini, segala rindu bagaikan terhimpun. Makin bertambah dari hari ke hari.

Seakan baru semalam peristiwa itu. Masakan dapat dilupakan bagaimana detik-detik yang begitu menggetar segenap jiwa dan perasaan. Segala tangis adalah tanda perpisahan. Dan juga kerinduan. Tiba-tiba saja, kehilangannya amat dirasai. Terlalu!

Lapan bulan di hospital bukanlah satu detik yang singkat. Ia terlalu panjang apabila berdepan dengan bermacam kepedihan dan segala kemungkinan. Namun begitu, kini dirasakan lapan bulan itu pendek sekali. Seakan tidak cukup untuk berkongsi rasa dan bermanja. Hadir yang hanya seketika, tetapi begitu meninggalkan kesan yang cukup mendalam.

Barangkali benar kata orang, hanya masa yang mampu mengubati segala kepiluan ini. Kenangan bersama Amir Yusuf bukanlah sesuatu yang biasa. Setiap hari berulang alik ke hospital dengan harapan yang tidak bertepi. Berdepan pula dengan bermacam kemungkinan yang menusuk sanubari. Di situlah segala kesabaran dan ketabahan teruji. Dan kini, semua itu berlalu pergi.

Tiada lagi pelukan. Tiada lagi belaian. Tiada lagi ciuman. Semua itu menjadi salah satu lembaran di dalam sejarah kehidupan ayah dan ibu. Juga buat yang turut memahami.

Amir Yusuf mengajar ayah dan ibu tentang perjuangan. Tentang pengharapan. Tentang kesabaran. Tentang ketabahan. Dan semua itu membawa kepada rasa kerdil pada kuasa Yang Maha Esa.

Amir Yusuf tinggalkan pada kami satu kerinduan yang begitu mendalam. Bersama semangat yang cukup luar biasa. Bagai meminta ayah dan ibu tabah, sabar dan cekal selalu.

amir_hand_ibu

Namun begitu, sesekali tidak dapat ayah dan ibu menahan rasa kerinduan. Setiap waktu bagaikan terlihat bayangan dirimu, sayang. Masa belum tentu melunturkan segala rasa yang terhimpun di dalam dada. Ketika rindu begitu terasa, ayah dan ibu membacakan doa dan surah-surah dari kalam-Nya. Moga itu menjadi hadiah dan teman setia buat dirimu di sana.

Rindu ini juga adalah satu anugerah. Mengikat kita bersama. Biarpun mati memisahkan kita di dunia.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

56 comments

  1. AdamRayyan says:

    Salam,

    The beatiful late of Amir Yusuf indeed is a fighter. As parents, we know you are very proud of him. The strength of him does came from both of u & Najla.

    Felt touched everytime reading through ur lines. Tidak pernah kenal arwah Amir but surprisingly the emotion felt was incredible.

    Insya Allah u & family will be reunited one sweet day in Jannah-Heaven.

    Our prayers and hope goes to u and family.

    from suhaimi & family

    20-03-09 at 12:13 am

  2. ellanie says:

    ayah dan ibu anakanda amir yusuf…jika sy kata sy faham perasaan anda berdua, tentu tidak 100% faham..mungkin 70-80% sbb sy tahu sy tidak berada tmpt anda berdua. tetapi sbg seorg ibu, sy dpt rasai kehilangan dan kesedihan itu..sy juga begitu, tidak pernah lengai mengingati anakanda amir yusuf..semoga kita semua akan bertemu dgnnya di syurga. Anakanda Amir yusuf mungkin sedang memerhati ayah dan ibunya dari ’sana’ dah kasihnya dia pada kalian pasti tidak bertepi..masa akan memulihkan hati..sy pasti suatu hati nnti ayah dan ibu anakanda amir yusuf pasti dpt kegembiraan yg berganda..semua yg berlaku, Allah dah sertakan dgn hikmahnya..cuma kita belum sepenuhnya merasainya..

    20-03-09 at 12:16 am

  3. puteri1@mama_aqilah says:

    Ya….rindu itu pengikat kasih…tapi begitu sayu bila yang dirindu memang takkan pernah ada disisi…

    Pepagi…blog fajar yang akak tuju dulu…rasa hati begitu terpanggil untuk menjengok rentetan kata ibu dan ayah arwah amir yusoff…walaupun pepagi airmata sudah bertamu dikelopak mata…tak tahu kenapa..hati akak begitu rasa dekat dengan kalian… akak rasa begitu rindu dengan arwah amir yusoff…hanya tuhan yang tahu…wallahualam…

    p/s ~ email akak mama.aqilah@gmail.com

    20-03-09 at 12:18 am

  4. mirah says:

    ya rindu itu memang menyakitkan namun sangat indah untuk dikenang kerana ianya tersimpul segala kenangan.
    Teringin sekali ingin melihat wajah penuh arwah amir yusuf. Adakah mungkin?

    20-03-09 at 12:18 am

  5. puteri1@mama_aqilah says:

    betul kata mirah….teringin menatap wajah mulus amir yusuf… adakah mungkin…..

    20-03-09 at 12:19 am

  6. nestumrasberi says:

    salam fajar/isteri,
    sesungguhnya akak juga merindui amir yusuf

    hari ini (jumaat) genap 2 minggu amir yusuf meninggalkan kita…

    Al-fatihah

    20-03-09 at 12:30 am

  7. fiza says:

    fajar,

    Sdr tidak keseorangan dalam situasi ini. Namun saya percaya walau 1000 orang sekalipun mendampingi dan cuba menggembirakan sdr, hatimu tetap rindu dan kasih yang teramat kepada anakanda Amir. Perpisahan abadi yang sangat memilukan, terhiris hati bagai ditusuk sembilu berbisa.

    Sememangnya nama itulah yang akan seringkali menggetarkan jiwamu, ibu dan kakaknya malah pada kami yang sering mengikut kisah dan coretanmu.

    Saya ingin sekali menatap wajah penuh Amir sptmana yang diinginkan juga oleh mirah. Boleh ke fajar?

    Selama ini, hanya jemarinya saja menjadi tatapan dan sentuhan maya di kejauhan… apatahlagi bila pemergiannya, jemari itulah yang direnungi dan di’sentuh’ bagaikan Amir di sisi.

    Itulah kasih, cinta, rindu dan penawar hatimu… anakanda Amir.

    20-03-09 at 12:33 am

  8. tipahlawa78 says:

    Fajar/Anis/Najla…

    Dalam sebuah lagu nasyid ada launan kata :
    ‘Rindu itu adalaha.. Anugerah dari ALLLAH, insan yang berhati nurani.. punyai rasa RINDU..’

    Kerinduan kalian pasti ada.. Kedukaan kalian dengan kehilangan Amir Yusuf di dunia.. tapi 1001 kegembiraan di SANA.. Kalian punyai pengiring yang setia menanti.. Utk mengiringi org tuanya ke taman syurga..

    20-03-09 at 12:43 am

  9. ummirayyan says:

    kami juga rindu pada amir yusuf :( ..tapi dah betul kata fiza hanya jari jemari kecil yan gmungil itulah pengubat kerinduan saya terhadap amir yusuf..wahai anak..tenanglah dikau diSANA

    20-03-09 at 12:44 am

  10. Liz says:

    fajar, bolehkah kami melihat wajah amir yusuf?

    20-03-09 at 12:59 am

  11. yus says:

    salam.

    rindu pengubat hati.
    zikrullah penguat diri.

    semoga kalian semua tabah.:)

    20-03-09 at 1:05 am

  12. Kak Zira says:

    salam,
    fajar rindu itu indah..
    InsyaALLAH ada kemanisan dipenghujungnya…amin

    20-03-09 at 1:13 am

  13. Roya says:

    Salam, I’m so touch reading the story and the tears is coming out and out. Takziah. Anak kecil itu pastu tempatnya di Jannah. Semoga puan sekeluarga tabah dan saya yakin u r strong enough. Amir Yusuf will pray for her mother to be in Jannah too as well as for the whole family. Aminnn…

    20-03-09 at 1:37 am

  14. pinatbate says:

    Saudara Fajar sekeluarga,
    Mudah-mudahan Allah mengurniakan ketabahan,kekuatan dan limpah kasihNya kepada kita semua .
    Amir Yusuf sudah pasti nenunggu di syurga..kami ikut merindu dan mengenang semangat juangnya dalam lubuk hati yg paling dalam.

    20-03-09 at 2:37 am

  15. mama hadif says:

    fajar & family,
    saya pernah berada dalam situasi yang sama, yang membezakan, Allah beri peluang utk anak saya sembuh dan Amir pula dijemput Allah dan menanti anda sekeluarga disyurga, insyaallah. semoga terus tabah..sabar..

    20-03-09 at 2:39 am

  16. irah says:

    Ya Allah Ya Tuhanku…sungguh hebat dugaan yang Engkau berikan kepada dua saudaraku ini…sehebat itu Ya Allah Engkau berikanlah mereka kekuatan untuk terus tabah menghadapi kehidupan di dunia yang fana ini…kami tahu segala milik kami didunia ini hanyalah pinjaman daripadaMu Ya Allah…namun kami hanyalah insan yang lemah untuk menghadapi sebuah kehilangan…oleh itu Ya Allah jadikanlah hati-hati kami sabar dalam menghadapi apa jua dugaan dan jadikanlah kami insan yang bersyukur…Amin Ya Rabbal Alamin

    20-03-09 at 2:42 am

  17. risanur says:

    rindu adalah pengikat kasih sayang yg paling erat…

    20-03-09 at 3:45 am

  18. ellanie says:

    saudara fajar…sudilah kiranya beri kami menatap wajah anakanda amir yusuf..

    begitu hebatnya aura anakanda amir yusuf sehingga hanya tangannya yg mulus kami tatap..hanya jari jemari kaki nya yg kami lihat…tp kami semua jatuh sayang kepadanya..sudikan lah kiranya beri kami melihat wajah anakanda amir yusuf yg sama2 kami ridui & kasihi ini..senang kami membayangkan wajah nya tatkala kami mengiringi doa untuknya…

    20-03-09 at 4:34 am

  19. intanmaria says:

    Salam ayah dan ibu arwah yusuf..

    takziah diatas pemergian anak yang dikasihi.
    saya tak pernah menangis bila baca blog..tapi melalui blog ni, saya menangis teresak2.

    sesungguhnya, if saya ditempat anda berdua..saya mungkin tak sekuat dan setabah anda..

    i’allah, yusuf anda akan menunggu kalian berdua di sana..

    20-03-09 at 4:48 am

  20. Puteri Nuur At-Terawis says:

    hanya rindu yang tinggal untuk amir yusuf, teruskan dengan rasa itu. al-fatihah.

    20-03-09 at 5:29 am

  21. MelissAziezul says:

    Salam Abg Fajar sekeluarga…I feel so touch…Suatu masa dahulu saya juga telah di beri ujian…tidak tertanggung rasanya…tapi ujian abang jauh lebih hebat…Harap abg sekeluarga kuat & tabah dalam menempuh hari mendatang…InsyaAllah…

    20-03-09 at 5:29 am

  22. ellanie says:

    ayah & ibu anakanda amir yusuf..maafkan sy dengan menghantar komen minta utk menatap wajah sidia..mungkin keterlaluan permintaan sy..maafkan sy..sy faham perasaan ayah dan ibu anakanda amir yusuf..mungkin terlalu beremosi utk letakkan wajah penuhnya disini..maafkan sekali lg kerana sy terlalu beremosi..kerana sy juga terlalu rindu pada anakanda amir yusuf..

    20-03-09 at 5:41 am

  23. angah says:

    Salam Takziah daripada kami sekeluarga.Kami sentiasa mengikuti perkembangan arwah tapi tak pernah meninggalkan jejak..tak terungkap rasanya kata2.

    Al-Fatihah untuk anakanda Amir Yusuf

    Damailah di sana
    Bidadari kecil Syurga Allah

    20-03-09 at 6:02 am

  24. Jiey^Mien says:

    Kali kedua menjengah. Pertama kali, terlalu sebak sehingga tidak mampu meninggalkan kata-kata.

    Biar mati memisahkan kita di dunia, dan akhirat jadi tempat untuk bersua. Tangan yang kecil itu akan memimpin ayah dan ibu ke syurga.. Aminn..

    InsyaAllah, semangat juang Arwah tidak pernah hilang. Menjadi pegangan buat kami meneruskan perjalanan..

    20-03-09 at 6:42 am

  25. kiambang says:

    salam..ayah..ibu & najla

    takziah buat abg fajar sekeluarga..tak sampai seminggu saya mengunjungi blog ni..tapi naluri seorang bakal ibu buat saya mengalirkan airmata..kasih pada almarhum amir yusuf begitu agung..moga tenang disana..Al-Fatihah

    20-03-09 at 6:43 am

  26. kakyong says:

    salam..

    tiada kata dapat menggambarkan rasa rindu.. biarlah rindu itu sentiasa segar di ingatan.. begitu lah mahal kehadiran Amir Yusuf walau seketika..

    20-03-09 at 7:14 am

  27. chentahati says:

    Fajar & Anis,
    Saya pernah kata, rindu itu cuma rasa dan perasaan, tetapi dalam kisah amir yusof ini, ia bukan sekadar perasaan sahaja… kan?

    20-03-09 at 7:18 am

  28. xiao hong says:

    salam,

    buat sahabat2 sekalian, bukalah entri Tidur Sayang 04-11-08. fajar selitkan gambar wajah arwah anakanda amir yusuf kesayangan semua… wajahnya tenang dan sangat comel… tentu sangat-sangat berat buat fajar & anis meletakkan sepenuhnya gambar arwah anakanda amir yusuf buat tatapan kita semua, meskipun kita semua sangat sayang dan rindu padanya… namun berlebih lagi sayang dan rindu ayah dan ibunya… hingga tak terzahir oleh kata-kata…

    20-03-09 at 7:33 am

  29. acuazadamia says:

    Fajar / Anis / Najla..

    Tiap kali acu bukak n baca coretan ayah Amir Yusuf, mesti air mata nih asik nak mengalir jer..

    Tabah key.. Acu pun teringin sangat2 nak tengok wajah amir yusuf..

    Amir Yusuf setia tunggu kalian dsana…

    Al Fatihah utk Amir Yusuf..

    20-03-09 at 7:54 am

  30. Ummica says:

    Ayah & Ibu,

    membaca baitⁿ ayat ayah, makmi xmampu bertahan. Derai airmata ini bersama rindu utk anakanda Amir Yusof. Makmi rasai kerinduan itu. Kerinduan yang amat. Tabahkan ayah & ibu, pasti ada hikmat atas kehilangan ini.

    Al-Fatihan buat anakanda Amir Yusuf yang tersayang.

    20-03-09 at 8:35 am

  31. yati says:

    Saya juga seorang ibu, betapa merasakan kerinduan yang bergayut kukuh di jiwa ayah dan ibu Amir…Saya sentiasa mendoakan semoga kalian tabah menghadapi dugaan hidup… kuat sekuat amir yusuff menempuhi dugaan Nya… Di harap rindu, cinta dan kasih menjadi milik abadi dan sentiasa subur.

    20-03-09 at 8:46 am

  32. Cik Anie says:

    salam..
    Kita tgk tangan pun dah cukup menyentuh jiwa.. meronta kesedihan.. kalo tgk wajah..mau tak boleh tido malam…
    apepun al fatihah….

    amin.. moga engkau tenang di sana wahai anak kecil….

    20-03-09 at 9:05 am

  33. sya says:

    salam,
    maaf semua..
    kalau saya, saya tak sanggup nak tengok wajah arwah.. dah tentu air mata saya akan berderai tak henti2. tengok tangannya sahaja dah buat hati saya berderau..

    tabah dan sabar selalu…

    20-03-09 at 9:31 am

  34. wtl says:

    masih lagi terasa kehilangan Amir Yusof…

    Alfatihah buat Amir Yusuf.

    Fajar, Anis and Najla..semoga tabah

    20-03-09 at 9:35 am

  35. Adilah says:

    Salam En Fajar dan Pn Anis,
    Ingin sekali sy kata kan yg sy faham dgn kehilangan Amir Yusuf ini…
    Tapi sy malu, kehilangan sy tidak sehebat En Fajar dan Pn Anis..
    Tapi sama seperti En Fajar, sy masih tidak dapat memadam gambar Arwah Amin dlm camera sy…
    Sy tetap terus berdoa agar Allah tabahkan hati En Fajar dan Pn Anis di atas kehilangan ini..
    Dan sy pasti En Fajar dan Pn Anis tabah org nya..

    20-03-09 at 4:25 pm

  36. hidaya says:

    Ya Allah, berilah kekuatan pada saudara Fajar dan keluarga dalam hadapi ujian Mu ini Ya Allah..

    21-03-09 at 4:13 am

  37. Erynz says:

    Saya kagum ketabahan kamu sekeluarga..maybe saya tak sekuat tu..
    anak2 pengubat segalanya…sayang mereka lebih dr diri sendiri..tanpa mereka sy mati … harap..anda dan keluarga redha dan percaya qada dan qadar nya… hanya allah tempat kita berserah..

    21-03-09 at 7:29 am

  38. XiS says:

    Fajar
    lama tak berkunjung ke sini. tuntutan kerja menjauhkan saya sejak kebelakangan ini. Tapi tak sekali buat saya terlupa pada blog ini, apa lagi pada Amir Yusuf yang begitu istimewa. Sekalung doa dan bacaan ayat ayat suci tetap dihadiahkan buatnya genap dua minggu kepergiaannya hari ini. Pertama kali melihat raut wajahnya dari gambar yang dipaparkan di sini sejak 2 minggu lalu begitu mengundang syahdu dalam diri. Pun begitu, saya turut mendoakan hari hari yang mendatang terus memberi ketabahan kepada Fajar dan isteri untuk menempuhinya bertemankan puteri tersayang. Tentang anakanda yang sudah pulang ke sana, berserahlah kepada Allah. Sesungguhnya Amir Yusuf sudah pasti bahagia, dan sabar menanti hari pertemuan dengan ayah bonda dan keluarganya di hari kemudian kelak.

    21-03-09 at 11:56 am

  39. akmal says:

    Tabahlah tabah…

    21-03-09 at 3:27 pm

  40. hana says:

    A.Fajar & keluarga..
    Sama-samalah kita bacakan doa dan surah-surah untuk Amir Yusuf…Dia tenang dan bahagia di Syurga Allah..

    22-03-09 at 1:34 am

  41. adk77 says:

    ada gambo tangan arwah baby Amir Yusuf kat entri ni…auntie cuba pegang tangan tu…

    auntie pon rindu dgn arwah Amir ..hati terasa dekat dengan arwah..meskipon belum penah bersua muka…

    auntie pasti arwah mmg sangat2 bahagia di sana..insya allah..bidadari syurga pastiNya..

    22-03-09 at 3:49 am

  42. Fadzlina says:

    Salam Takziah dr sy sekeluarga.

    Semoga Allah berikan kekuatan buat kalian sekeluarga menghadapi hari-hari esok…

    Al-Fatihah dr kami utk Amir.

    22-03-09 at 7:39 am

  43. azma says:

    Salam Fajar sekeluarga,

    Kenangan terindah, kenangan yg dpt menusuk hati dengan perkara2 yg dilalui..

    Kenangan inilah yg Fajar terima kurniaan Allah SWT.. Namun tinggalnya kenangan terindah itu, detik yg kadangkala menyeksa jiwa..

    Fajar,
    sukar sekali apabila diletakkan hati yg terlalu mengasihani, menyayangi, mencintai, menjiwai dan menghargai erti sesebuah hubungan. Apatah lagi hubungan dari hubungan darah yg suci yg terus mengikat erti rindu yg melanda… Bagaikan hati terpanggil2 apabila meletakkan diri ini ditempat kalian ketika melalui suatu masa berada di dalam ruangan ‘Terlalu Rindu’. Biarpun hanya barang2 yg menemani ketika adanya Amir Yusuf, namun ia cukup menggambarkan dan menceritakan suasana dan juga detik2 yg kalian lalui ketika berdampingan dengannya. Manakan mungkin sebak itu tidak kunjung tiba. Apatah lagi gambar2 yg dititip, sudah pasti menebalkan rasa rindu itu di dalam sukma. Begitu kuat panahan rindu berbekalkan kenangan2 itu.

    Semoga Allah mengurniakan kekuatan di dalam hati kalian dlm menempuhi rindu2 yg sering kunjung tiba. Sukar utk membujuk hati jika terusik dek kenangan itu. Hadiah demi hadiah sentiasa saya hulurkan buat Amir Yusuf dan pastinya Amir Yusuf merasai betapa kalian kurniaan Allah yg begitu istimewa baginya.. memiliki naluri kasih sayang dan rindu yg tiada bertepi. Sudah pasti Amir Yusuf tersenyum indah dan bahagia di atas kurniaan Allah ini.

    Azma

    23-03-09 at 12:15 am

  44. asuhara says:

    saya yakin,sangat yakin,
    ini bukan cinta biasa!

    moga kamu sekeluarga membawa kekuatan perjuangan amir yusuf sampai bila2.

    23-03-09 at 1:39 am

  45. maymot says:

    salaams,
    sob sob
    Ya Allah ya tuhan yang Maha pengasih lagi Maha penyayang…

    sob sob
    Kau berikan la kesabaran dan ketenangan ke atas ibu dan ayah amir yusuf yang dikasihi..

    sob sob
    ‘Kerinduan’ yg Kau kurniakan pada mereka moga menambahkan iman mereka kepada Mu…ameen.

    sob sob sob
    –>>Ya Allah,Airmata yg tumpah setiap kali menatap
    catatan di blog ini moga dapat melembutkan hati2 kami yg terlalai..ameen ya robbal alameen…

    sob,sob…
    tabah la wahai ibu dan ayah amir yusuf..walaupun sakit menanggung rindu ingatlah berita gembira yg pasti buat amir yusuf syurga itu sudah tentu milik amir yusuf yg damai di sana..please cheer up!!

    23-03-09 at 2:08 am

  46. serimawar says:

    salam…

    seawal pagi…pabila terbuka mata ini..terus fikiran ini mengingati tentang arwah Amir Yusuf…
    teringat pd cerita2 tentang ketabahannya melawan kesakitan..tentang rindu ayah & ibu padanya..dan tentang kasih seorang kakak padanya…
    andainya insan yg sekadar membaca kisah2 Amir Yusuf di blog ini menanggung rindu…apatah lagi ibu & ayah yg tak pernah jemu berada di sisinya
    bersabarlah…rindu itu memang menyeksakan…dan sukar diungkap dgn kata2..

    ‘mungkinkah insan yg kini berusia 4 bulan di dlm rahim ini akan bergelar “Amir Yusuf” ?????
    hanya masa yg menentukannya…….’

    23-03-09 at 2:27 am

  47. Katerina says:

    Fajar, banyakkan bersabar.. InsyaAllah, Amir Yusuf tenang di sana

    23-03-09 at 4:03 am

  48. moneirah says:

    Assalamualaikum,

    abang Fajar,

    sabar. takziah.

    agak lambat tahu.

    Kisah Amir Yusuf memberi inspirasi dan kekuatan. Pasti hikmahnya besar.

    semoga Allah swt merahmati abang sekeluarga.

    23-03-09 at 3:22 pm

  49. linda says:

    fajar… tabah lah… sesungguhnya Amir Yusuf inginkan ayah dan ibunya menjadi insan yg tabah dan kuat dan redha dengan pemergiannya menghadap Maha Pencipta… kerinduan memang tidak akan surut malah bertambah… zahirkan kerinduan itu dengan doa dan iringkan dengan ayat2 suci semoga Amir Yusuf tenang n bahagia di sana di samping Yang Esa..

    saya yg hanya mengenali di alam maya ini juga turut bersedih, setiap kali mengemaskini blog, pasti akan membaca post terbaru dari fajar… setiap kali membaca, pasti hati sayu, sedih, airmata tak henti menitis walau ditahan…pasti terbayang-bayang Amir Yusuf walau tak pernah bersua muka…

    Semoga Arwah Amir Yusuf tenang n bahagia di sana…

    24-03-09 at 12:45 am

  50. umi ammar says:

    saya pon teringin skli melihat wajah amir yusuff…hairan, baru semalam terasa ingin sgt nk lihat wajah arwah sbb slalu pon dpt lihat dr sisi & tangan. di harap keluarga fajar sgp berkongsi gambarnya…boley?

    24-03-09 at 7:06 am

  51. wan says:

    salam utk ayah n ibu amir yusof…

    salam takziah, terasa syg sungguh dgn amir yusuf bila baca kisahnya…amir seusia baby saya…

    harap ayah n ibu amir serta adik najla tabah yer…ader hikmah disebalik aper yg berlaku…kalian memang cekal ! al-fatihah utk amir yusuf..

    25-03-09 at 3:53 am

  52. lydecker86 says:

    Takziah kepada keluarga encik Fajaril.. Semoga cekal menghadapi dugaan. Hidup harus diteruskan.. Semoga berjaya memperoleh PhD, demi Adik Amir Yusuf!

    28-03-09 at 5:01 am

  53. rinsedpie@hotmail.com says:

    Askm,
    In early 2000 I used to follow your blog (fajar seluas angkasa, did i get it right?). Tak sangka pulak you have moved blogs. I couldnt start to imagine how you would have felt, tetapi, di kata orang, siapa yang lebih di sayangiNya, Dia akan mengambil nya dulu. Semoga tabah menghadapi dugaan. Wassalam.

    29-03-09 at 9:40 am

  54. Yani says:

    Assalamualaikum…
    my heart really touched while reading this blog. Even tho this is my first viewed for this blog, and even tho im not become a wife yet, a motha yet, but still i have an exp for my Late Older Brotha. Until now, seems like yesterday we met him. For both of you also with Najla, kita hanya mampu berdoa and cont our daily life. Al-Fatihah, seumpama Pahala Al-Fatihah ini di hadiahkan kepada Arwah Amir Yusuff. Amin Ya Raab’alamin

    14-04-09 at 2:16 am

  55. kak ida says:

    hajar… tersentuh jiwa melihat jemari nan halus tu…

    bertambah hiba melihat wajahnya…

    bersabarlah.. dia pasti bersedih jika melihat hajar menangis…

    kita juga akan ke SANA suatu hari nanti..

    pasti kita bersua kembali dengan izin ALLAH..

    16-04-09 at 7:08 pm

  56. Pinky@Firdaus 94244 Zamrud D says:

    Fajar,

    Bersabarlah menempuhi dugaan Allah. Allah menguji umatnya yang dia sayang. dan mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Semoga tabah.

    24-05-09 at 6:13 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 42 access attempts in the last 7 days.