Selimut Putih
Ibu angkat kotak di hujung bilik lalu diletakkan di atas katil. Kotak berwarna kuning cair yang dihiasi dengan beruang comel Pooh bersama rakan-rakannya. Inilah kotak milik Amir Yusuf.
Ibu buka penutup kotak dengan perlahan. Nafas seakan terhenti melihatkan isi di dalamnya. Setiap satu penuh dengan kenangan. Satu bungkusan plastik terisi dengan tiga diari kecil yang mencatatkan kisah perjuangan Amir Yusuf sejak dia dilahirkan lagi.
Ibu keluarkan baju di dalamnya satu demi satu. Ibu susun dan lipat semula. Hampir semua baju bersih. Cuma cadar berwarna hijau yang melapik katil Amir Yusuf mempunyai kesan berwarna. Itu adalah darah. Darah Amir Yusuf.
Di pipi ibu, air mata berlinangan. Namun tangannya tidak henti melipat baju dan selimut. Bagaikan cuba menyentuh sesuatu yang pernah tertinggal padanya. Ibu susun kembali baju dan selimut ke dalam kotak.
Ayah ambil selimut putih yang berbungkus di dalam beg kertas putih. Selimut yang ibu belikan khusus buat anakanda Amir Yusuf. Dan itu adalah selimut yang dipakai oleh Amir Yusuf di saat-saat akhirnya. Ayah usap perlahan-lahan.
Kemudian, ayah dekatkan selimut itu ke muka. Entah mengapa, naluri ini memaksa ayah untuk cuba menghidu bau yang tertinggal pada selimut ini. Ayah genggam erat. Seakan tidak mahu melepaskan.
Satu rasa menyelubungi jiwa. Ya Allah, sampaikanlah kerinduan kami ini kepadanya.
yus says:
Satu rasa menyelubungi jiwa. Ya Allah, sampaikanlah kerinduan kami ini kepadanya.
amin..:)
24-03-09 at 8:28 am
xiao hong says:
salam
allahyarham amir yusuf pasti rindu pada ibu ayahnya juga… Allah SWT maha pengasih dan penyayang pasti rintihan rindu itu bersahut… Insyaallah
24-03-09 at 8:28 am
puteri1@mama_aqilah says:
alahai…airmata akak pun bergenang….rindunye pada bau amir yusuf….cam terbau-bau plak rasanye…aduhai..
24-03-09 at 8:38 am
ellanie says:
salam..
sy juga saban hari rindu pada anakanda amir yusuf…auranya melekat pd sy..semangat juangnya..mengagumi sy..
24-03-09 at 8:42 am
yatie chomeyl says:
allahyarham amir yusuf pasti tau kerinduan ibu & ayah kerana saya yakin dia juga merindui ibu & ayah.
24-03-09 at 9:21 am
Linda says:
saya yg tidak pernah menyentuh amir yusuf turut merasai kerinduan itu, apatah lg kedua ibunda dan ayahanda arwah… Ya Allah Ya Tuhan Ku, kau tabahkanlah hati ibunda dan ayahanda amir yusuf… Amin…..
24-03-09 at 9:32 am
adinsa says:
yakinlah yang amir yusuf tenang disisiNya…dan sgt bahagia
24-03-09 at 10:42 am
XiS says:
semuanya dalam kenangan, dan semuanya tak mungkin hilang padam dari ingatan ayah bonda. Insyaallah.. semoga rasa rindu itu akan tersampai kepada Amir Yusuf di alam sana. Bagaimana caranya, hanya Tuhan yang tahu dan bisa melakukan..
24-03-09 at 11:22 am
SHIMI says:
Melupakan kenangan tidak semudah menciptakannya.
Derai air mata juga tidak mampu membasuh kesan kenangan itu.
Moga Amir Yusuf aman berada disana. Moga kalina juga diberi kekuatan
24-03-09 at 12:43 pm
dora says:
I am certain that Amir Yusuf misses his parents too.. He is looking after you from above, insyaAllah.
24-03-09 at 1:55 pm
Pooi Sun (Twinmummy) says:
My deepest condolences to you and your wife … take care!
24-03-09 at 2:22 pm
suka menanti says:
banyak bersabar, beristifar dan ingat Allah. Semua makhluk Allah akan melalui saat kematian, cuma tidak tahu bila, bagaimana dan dimana…kita hanya dipinjamkan dan tidak kekal. Emosi baik, tetapi kalau terlalu beremosi takut-takut akan membawa kelukaan yang mendalam.
24-03-09 at 2:37 pm
tata says:
anis & fajar… tabahkn hati selalu…
24-03-09 at 3:28 pm
ariana naziha aris says:
salam.semoga api perjuangan amir yusuf membara di hati saudara dan keluarga sampai bila-bila.
semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang baik-baik.amin…
24-03-09 at 4:17 pm
addyaholix says:
saya yakin amir yusuf bahagia disisi yang maha esa.
dan kamu, kasih kamu berdua pada amir yusuf buat saya berfikir tentang mak dan ayah.
dan dia juga pasti rindukan kamu.
24-03-09 at 8:17 pm
sue says:
begitu dalam kasih sayang ibu & ayah buat amir yusof.. alangkah bertuahnya amir yusof… semoga roh amir yusof tenang disana… teringat pada nasib diri saya.. tak merasai kasih sayang ibu & ayah sejak kecil.. membesar dengan semangat juang yg di bekalkan oleh allah..s.w.t.. semoga kalian tabah..
25-03-09 at 12:04 am
intanmaria says:
:,(
25-03-09 at 12:19 am
linda says:
insya’allah…. pasti kerinduan itu akan sampai pada Amir Yusuf… dan insya’allah Amir Yusuf akan merasai kerinduan yg amat sgt itu…
dan pasti kerinduan itu akan sentiasa ada dan tidak hilang sepanjang hidupmu….
25-03-09 at 12:37 am
Ummica says:
Amin… semoga kerinduan itu hadir dlm diri anakanda Amir. Rindu pada yg jauh, namun rindu itulah yg menyatu kasih sayang kita padanyaa. Sayu hati makmi dgn entri ayah & ibu. Makmi merasainya.
25-03-09 at 1:08 am
iv says:
aminn.. insyaALLAH rindu itu sampai
anis dan fajar saya kagum dengan ketabahan kalian..
tabahkan hati selalu
membaca kesah amir yusuff menjadikan saya amat bersyukur dengan apa yg saya ada
25-03-09 at 2:33 am
Ummi says:
Amir Yusuf BAHAGIA dlm jagaanNYA…pasti!!!
pohon lah ketabahan dr Allah utk hadapi kerinduan yg xb’tepi itu…
-salam dr kejauhan-
25-03-09 at 3:39 am
hana says:
kenangan tidak akan hilang…begitu juga rindu…hanya doa dapat mengubati segalanya..
25-03-09 at 3:46 am
Indera says:
Fajar,
Kenang-kenangan silam itu selalu sahaja amat manis dan asyik bila difikirkan. Semakin dalam kita merenungnya, seemakin kita ingin berlagi-lagi mengingatinya. Ianya tidak ubah seperti sebiji buah yang manis dimakan tetapi kemudian memabukkan. Tanpa kita sedari, kemanisan itu menjadi racun berbisa yang menular hingga ke tangkai hati.
Fajar,
Abang mengerti kesedihan yang Fajar dan isteri sedang alami. Alangkah terasa berdosanya kita apabila kita melenyapkan segala ingatan kita terhadap Anakanda kesayangan kita sekalipun kita sedar bahawa semakin kita mengenangkan pemergian dan saat-saat kita bersamanya, samalah seperti menikam jantung kita dengan belati yang tajam.
Abang sendiri masih belum upaya membuang ingatan terhadap Amir Yusuf. Abang juga sedar, jika abang yang tidak pernah bertemu dengannya ini sukar melupakannya, Fajar dan isteri juga tentu berlebihan lagi. Entahlah Fajar…. andai mengenang itu lebih baik, teruskanlah. Memang Amir Yusuf itu sangat istimewa. Dia tetap hidup. Di dalam diri kita. Berdamping di dalam hati.
Cuma abang harap Fajar dan isteri jangan keterlaluan bersedih sehingga binasa diri sudahlah.
Abang akan senantiasa menziarahimu saban hari sebagai tanda persahabatan kita…
25-03-09 at 3:56 am
aqil says:
tabahkan hati mu wahai kawan….
25-03-09 at 5:16 am
husna says:
Salam
Memang sukar utk melupakan kenangan itu.Ia memerlukan masa yg agak lama.Sokongan dan bantuan semua pihak memang diperlukan.Pengalaman peribadi,kehilangan cahayamata pd tahun 2001 dan 2005 memang memberikan tamparan hebat dan trauma kepada saya dan suami.Mendengar perkataan hospital apatah lagi menjejak kan kaki ke hospital sgt melemahkan semangat kami.tp yakin lah fajar sekeluarga,hidup ini perlu diteruskan.yg pergi tetap pergi,yg hidup ini pastikan kita sentiasa bermanfaat buat yg lain.semoga apabila kita kembali menemuiNya kelak,kita semua digolongkan dlm golongan yg diredhaiNya.Jua berita gembira,anak2 yg telah pergi dulu dari kita,mereka lah esok yg memimpin tangan kita menuju syurga Allah.Amin.
25-03-09 at 5:22 am
mama adam says:
Kerinduan itu milik Amir Yusuf dan ketabahan itu milik kalian…
dia lebih bahagia di sana, di syurga milik Allah swt.
25-03-09 at 5:53 am
Cik Anie says:
Sampaikan juga kerinduan kami buat Amir Yusuf
Amin
25-03-09 at 8:13 am
azma says:
Bagaikan satu rasa yg terkumpul, rasa ‘Rindu kepada Amir Yusuf. Harus jalan manakah yg perlu dipilih, kenangan ditinggalkannya cukup menceritakan segalanya. Kenangan yg ditinggalkannya cukup peneman dikala kerinduan sentiasa kunjung tiba, tetapi tidak cukup dengan kenangan tanpa Amir Yusuf disisi. Sukar sekali menelan perasaan rindu kalian, sedangkan hati ini bertarung utk mengenang perjuangan anakanda Amir Yusuf, apatah lagi kalian, insan yang paling erat merapati diri Amir Yusuf.
Pemergiannya meninggalkan kesedihan, tetapi yg nyata kesedihan bukan menentang ketentuan namun kesedihan kerana ‘kerinduan’.
Kehilangan Amir Yusuf cukup istimewa. Sentiasa mekar dihati kalian dan juga kami. Manakan mungkin kami tidak dpt merasai pemergiannya. Apalah daya, kiriman doa dilayangkan buat insan yg cukup istimewa, kekal disanubari ini.
Moga kalian terus tabah menghadapi rasa ‘kerinduan’ ini.
Salam,
Azma
25-03-09 at 8:55 am
fiza says:
fajar,
Kenangan itu mengundang pelbagai rasa apatah lagi kenangan bersama darah daging sendiri, Amir. Sedih dan rindu yang datang dengan sendirinya tanpa dipaksa. Mohonlah kpd Allah selalu agar ada penawar utk jiwa yang lara ini.
25-03-09 at 9:09 am
mama says:
Tak tahu kenape…malam tadi terasa Amir begitu dekat…tiap kali terjaga nama Amir yang pertama diingat…Mungkin ketabahan Amir dan Ibu Ayah membuatkan diri ini lebih redha dan sabar…
26-03-09 at 12:26 am
Jun says:
Salam,
Benar…amir yusuf sentiasa bermain di fikiran. Ketabahan ayah dan ibu amir yusuf menjadi panduan. Semoga kalian beroleh kesejahteraan dan rahmat Allah. Pernah merasai sendiri pengalaman melihat arwah ayahanda melalui tahap2 dilalui Amir Yusuf. Kini dia juga telah tenang di sana. Insyaallah…Amir Yusuf juga begitu. Sudah sangat tenang di sana…Al-fatihah buat anakanda Amir Yusuf dan ayahandaku tercinta.
26-03-09 at 12:36 am
yati says:
Salam…
Kerinduan ayah dan ibu pasti amir rasai…ketabahan ayah dan ibu pasti amir bangga… ibu dan ayah jua pasti berbangga dengan amir.. menjadi pejuang kecil…
Semoga kerinduan bisa terubat…
Semoga ALLAH merahmati roh amir…
26-03-09 at 7:31 am
rudy bluehikari says:
zikr zikr zikr fajr.
26-03-09 at 2:16 pm
Ajzie says:
Insyallah.. pasti rintihan rindu itu bersahut…
Allah maha penyayang dan maha pemurah…
27-03-09 at 2:34 am
tipahlawa78 says:
Fajar & Anis..
Sabarlah sahabat-sahabatku..
Insyallah.. kerinduan yang suci murni itu ada hikmahnya..
Kalian masih ada tugas berat perlu disempurnakan di sana.. Semoga semngat juang AMir YUsof kekal bersama ayah dan ibu…
Berjuang lah…
27-03-09 at 2:46 am
Maz says:
Assalamualaikum…
Sebak di dada ini sampai amat payah untuk menghela nafas, airmata tak tertahan lalu jatuh menderu, itulah luahan kesedihan hati ini. Tatkala membaca nukilan saudara Fajar… Tapi apatah lagi perasaan ayahanda dan bonda arwah Amir Yusuf sendiri. Lalu saya memujuk hati saya sendiri untuk mengurangkan sebak di dada…
Sebagaimana yakin dengan kekuasaan Allah dalam mencuba segala alternatif utk mengubati arwah Amir Yusuf, ayahanda dan bonda Amir Yusuf juga pasti yakin yang pemergian Amir Yusuf adalah yang terbaik buatnya kerana sejak azali lagi, Allah telah menghad masa utk ayahanda dan bonda menjaga arwah Amir Yusuf. Dan telah tiba masanya giliran Allah pula menjaga Amir Yusuf…. hakikatnya Allah cuma meminjamkan Amir Yusuf pada ayahanda dan bondanya buat seketika…Alhamdulillah, Allah berikan peluang untuk memegang panasnya haba badan Amir, memeluknya dekat di dada, merasai jiwanya, mendengar suaranya dan mencium bau Amir Yusuf, biarpun untuk seketika…lebih-lebih lagi untuk bondanya setelah sekian masa mengandungkan arwah Amir Yusuf, ketika kelahiran Amir pasti tidak sabar untuk melihat insan yang amat dekat padanya. Rindu itu pasti mencengkam jiwa… saya yakinkan diri ini, bahawa cabaran, rasa sedih dan dugaan Allah yang rasanya ketika itu tak bertepian masa, menemani Amir Yusuf tanpa jemu ketika arwah berjuang bertarung nyawa semasa hayatnya, yang pada masa itu amat mengharukan perasaan ayahanda dan bonda. Itu, adalah cara Allah menduga kalian untuk menghadiahkan sesuatu untuk kalian.
Saya yakinkan diri, Allah menduga kalian kerana DIA sayangkan kalian berdua, dan DIA cuma menduga dengan dugaan yang mampu dipikul oleh hambaNya…
Dengan keyakinan ini, di kala teringatkan kisah sedih ayahanda dan bonda serta arwah Amir Yusuf, saya dapat mengurangkan kesedihan dan sebak di dada, kita semua akan kembali padaNya, cuma caranya kita tidak pasti… bagi anakanda Amir Yusuf, caraNya sudah pasti…
Saya pasti Amir Yusuf mahu dirinya dirindui oleh ayanhanda dan bondanya, akan tetapi dia pasti tidak mahu ayahanda dan bondanya dirundung kesedihan kerana kerinduan mengingatinya. Ubatilah jiwa kerinduan itu sedikit demi sedikit, mungkin dengan sentiasa mengenang arwah adalah insan terpilih kerana kerinduan Allah pada Amir lebih hebat maka pulanglah Amir kepadaNya. Amin…
27-03-09 at 6:36 am
siti818 says:
Fajar sekeluarga,
bersabarlah.. ada hikmah disebalik kehilangan ini.
27-03-09 at 7:08 am
hidaya says:
Rasa kehilangan itu memang meruntun jiwa dan sanubari…Sembuhkanlah ia dengan mengingati Allah.
sesungguhnya kita semua milik Allah Yang Esa.Apa yang ada pada kita adalah pinjaman dari Allah.redha dan sabarlah saudara Fajar dan keluarga…Semoga kalian tabah menghadapi segalanya.
saya yang tidak pernak mengenali kalian, dapat merasakan apa yang kalian lalui. Ketabahan kalian membawa pengajaran kepada saya…Hidup itu penuh dengan dugaan, ujian , perjuangan, pengharapan, ketabahan….
27-03-09 at 11:47 pm
suealeen says:
Teguhkanlah dirimu saudaraku Fajar dan isteri. Yang pergi takkan kembali. Hanya kenangan mengiringi kita semua.
Saya yakin dan percaya kesakitan ini akan sembuh juga seiring dengan perjalanan masa. Tetapkanlah dalam hati di sana Amir Yusuf lebih bahagia… dan sudah pasti tempatnya.
28-03-09 at 1:48 am
cikpid says:
En Fajar…
Terima kasih kerana mngajar saya erti kesabaran..sy seorng ibu yg kurang sabar melayan karenah bayi saya..membaca blog ni membuat sy sabar dan rasa bersyukur yg sy masih mampu bemain+mengusap+membelai bayi saya..
Setiap kali mmbaca blog saudara membuat kan hati sy meronta sayu..
saya kagum akan ketabahan kalian berdua..
28-03-09 at 4:11 am
Azury says:
Tak terbayang keperitan yang ditanggung. Semoga Allah kurniakan ketabahan kepada keluarga ini.
26-04-09 at 2:30 pm
darleena says:
sedihnya..sabarla k.
16-06-09 at 8:17 am