03-04-09

Anugerah Rindu

Posted in amir yusuf, puisi by fajaril

dsc_0076_small

Ibu berkata,

“Jasad tenang yang dijemput Ilahi bukanlah dagangan kaku. Tetapi, punyai jiwa dan kalbu. Punyai pertalian merah yang telah mengikat setiap daerah rasa.

Rindu mendakap kehilangan
bukanlah meratapi,
Rindu mendakap kehilangan
bukanlah tidak meredhai,
Rindu mendakap kehilangan
bukanlah menolak takdir Ilahi.

Rindu mendakap kehilangan
sengaja dibiarkan terhimpun di seluruh ruang hati,
Rindu mendakap kehilangan
punyai hak selagi roh dan jasad masih bersatu.

Kerinduan satu rasa yang setia pada setiap jiwa yang masih ada,
Anugerah kerinduan itu terlalu mahal harganya,
Anugerah agung untuk dekat pada NYA.”

[+]

Kami lalui kehidupan ini dengan seribu satu rasa yang sukar diungkap dengan kata-kata. Mana mungkin melupakan segala kekuatan dan ketabahan yang telah dipinjamkan kepada kami. Segalanya masih lagi tersisa bersama kami. Dengan anugerah rindu yang berbalam.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

34 comments

  1. ellanie says:

    semoga ketabahan dan kekuatan itu menjadi milik kalian selamanya..rindu itu tetap rindu..

    03-04-09 at 12:09 am

  2. mirah says:

    Biarkan rindu itu berlabuh..

    03-04-09 at 12:13 am

  3. lieyn says:

    Tuhan menduga hambaNya yang tabah….memang kalian tabah dan kuat!

    03-04-09 at 12:25 am

  4. sya says:

    tabah dan sabar selalu…

    kami juga rindu..

    03-04-09 at 12:28 am

  5. linda says:

    Usah dikesali pertemuan kerana disebaliknya lahir kerinduan dan usahlan dikesali perpisahan kerana disebaliknya lahir kenangan…

    Kerinduan dan kenangan itu akan terus abadi…biarkan kerinduan dan kenangan itu sebati lam jiwa kalian…

    03-04-09 at 12:43 am

  6. ummirayyan says:

    erm..biarlah rindu ini terus bersemadi didalam hati kiter semua..

    03-04-09 at 12:54 am

  7. lexa says:

    mana mungkin rindu itu hilang
    kerna telah tercipta suatu ruang dalam hati
    rindu,kasih dan sayang untuk si kecil
    mana mugkin kasih ini setanding dengan kasih-NYA
    kerna DIA tahu apa yang jelas dan tersembunyi
    genggam erat kekuatan dan ketabahan itu
    kerna pasti tiba suatu masa nanti kalian akan merasai betapa manisnya semua ini

    03-04-09 at 12:57 am

  8. Ummica says:

    Salam ayah & ibu,

    Coretan yg amat menyentuh sanubari. Biarkan rindu itu terus bersama kalian. Seiring dengan waktu, biar masa berlalu, nanum rindu itu tetap padu. Biar berkurun, selagi hayat, ia pasti akan terus dan terus terimbau dan mengusik di lubuk hati yg paling dalam.

    Kami turut merinduinya.

    03-04-09 at 12:58 am

  9. ita says:

    sebak dan sayu bila berjumpa dengan kalian.. semoga kalian tetap tabah menghadapinya..

    03-04-09 at 1:42 am

  10. tunfrida says:

    semoga terus tabah, insyaAllah.

    03-04-09 at 2:43 am

  11. intanmaria says:

    i’m speechless..

    =(
    diharap kalian berdua akan jadi insan yang paling tabah, buat selama-lamanya

    03-04-09 at 3:15 am

  12. vidz says:

    rindu itu nikmat dari Ilahi yang memberi rasa cinta, kasih dan sayang.

    dengan adanya nikmat rindu, kenangan kekal di pelusuk sanubari.

    tidak salah merindui kerana rasa itu nikmat yang maha agung
    tercipta untuk sentiasa mengingati insan dihati dan
    sentiasa mendekatkan hati kita kepadaNya.

    03-04-09 at 3:19 am

  13. azrinna says:

    Biarkan rindu itu bersama tiap waktu kerana rindu itu juga akan membawa saudara bertemu dengan Anakanda Amir Yusuf di Syurga Allah.

    03-04-09 at 3:32 am

  14. xiao hong says:

    sekalipun deru angin
    takkan bisa menitipkannya
    rindu itu takkan hilang
    meskipun tahun beranjak angka,
    musim berganti musim,
    hari menjelang hari,
    berdetik waktu berlalu
    sesaat tidak terlewat
    rindu itu tetap bertapak
    biarpun bibir berhenti berkata
    di hati masih menutur rindu
    getar rindu di sanubari
    terus basah
    tetap hangat
    kenangan mencipta sejarah
    di mata terbayang-bayang
    tidur malam termimpi-mimpi
    selagi nadi berdenyut
    hela nafas rindu
    setia menemani
    percayalah anakanda
    tanpa jemu
    rindu akan terus bertamu

    03-04-09 at 3:51 am

  15. nestumrasberi says:

    rindu datang tanpa dijemput…bila ia datang menusuk kalbu

    03-04-09 at 4:48 am

  16. ain says:

    serasa diseru jemari melayang kata… namun luahan mati di awal tinta. tiada tergambar rasa… bila rindu masih bersisa

    kami juga sentiasa merindui Kesayangan kami amir Yusuf.walau tak pernah bersua..namun rindu itu juga datang seperti bersaudara.. kadang2 rasa tertipu dengan diri sendiri masih cuba melayari jejak ‘fajar seluas angkasa” mengharap masih dapat membaca kisah2 perjuangan si “buah hati” yang tidak lagi bernadi…semoga kalian berdua tetap tabah. salam ukhuwwah dari kami suami isteri -Miri Sarawak

    03-04-09 at 5:34 am

  17. azma says:

    Subhanallah Maha Suci Allah mengurniakan erti Rindu disegenap ruang rasa kalian.. Sukar diungkap erti rindu yg tersirat dan tersurat, hanya kalian yg merasainya dan menjiwainya. Setiap Jumaat, saya menghitung pemergian Amir Yusuf.. betapa rindu dihati ini sambil mengenangkan perjuangan Amir Yusuf mahupun perjuangan kalian. Sungguh kenangan itu amat tinggi nilainya buat diri ini kerana membuka mata atas ketentuan Ilahi.

    Al-fatihah,
    Azma

    03-04-09 at 9:03 am

  18. XiS says:

    rindu yang datang itu mendekatkan lagi kita kepada Dia yang satu. Bersabarlah mengharungi rasa yang berbagai saat ini. Semoga Tuhan selalu memberi kekuatan buat Fajar dan keluarga. Insya’allah.

    03-04-09 at 4:26 pm

  19. emelly says:

    Tiada salah meratapi
    Tidak salah merindui
    Tiada kesal disanubari
    Tidak rugi mengasihi…

    03-04-09 at 4:56 pm

  20. luvhaziq says:

    setiap yg hidup pasti akan kembali bertemu penciptanya semula.sesungguhnya kehilangan itu mmg utk ditangisi dan dirindui.kehilangan juga mengajar kita erti menghargai dan menyayangi.amir yusuf sedang bahagia dan menanti kalian di pintu syurga.Al-Fatihah…semoga keluarga anda sentiasa dirahmati Allah.kami sekeluarga akan sentiasa mendoakan anda

    03-04-09 at 9:51 pm

  21. kakyong says:

    salam buat saudara Fajar & keluarga,

    tiada kata-kata yang dapat diungkapkan..

    sila ke Catatan Ibu yer.. ambil award.. :D

    http://kakyong72.blogspot.com/2009/04/top-visitors-catatan-ibu-mar-2009.html

    04-04-09 at 3:25 am

  22. mama_danish says:

    rindu itu nikmat dari Allah.

    Semoga anda tabah!

    04-04-09 at 11:28 am

  23. ain_kimura says:

    sabar la…jgn dibuang rindu itu..kerna hanya itu yg akan mbawa kita pada kenangan bsama arwah..

    04-04-09 at 5:55 pm

  24. iv says:

    salam
    anis dan fajar

    saya kagum dengan ketabahan ayah dan ibu Amir Yusuf.

    Rindu itu nikmat yang ALLAH kurniakan…

    05-04-09 at 5:23 am

  25. arazmamusha says:

    assalamualaikum, baru mlm ini mengenali fajaril. terlalu sedih dan pilu membaca catatan tentang amir yusuf. semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. diri ini juga baru sebulan lebih kehilangan ayah tercinta.. baru malam semalam diadakan tahlil utk arwah..

    pengalaman diri menunggu anak kedua dalam SCN taiping. berminggu2. baby premature dgn lung infection. tempoh itu pun terasa begitu lama dan menyiksakan… menyaksikan 3 tubuh lesu dibawa pulang utk disemadikan. cukup memilukan.

    alhamdulillah 10 thn telah berlalu dan anak sihat dengan kehadiran 3 lagi adik2.

    buat fajaril dan isteri, sabar dan tabahlah menghadapi hari muka. jagalah najla yg comel tu dgn penuh kasih sayang..

    selamat belajar dan semoga menempuh kejayaan…

    05-04-09 at 2:57 pm

  26. fiza says:

    Fajar sekeluarga,

    Kenangan ini mengundang rindu & kasih yg tiada bertepian. Semoga Amir juga merindui dan mengingati kaum keluarganya dari ’sana’… Hanya Allah yang maha mengetahui.

    06-04-09 at 5:18 am

  27. serimawar says:

    rindu sering hadir..
    tanpa dipinta..
    tanpa diduga..
    erti rindu sukar diungkap dgn kata2…

    tabahlah wahai dikau yg sarat menanggung kerinduan..
    kerana aku jg pernah melalui detik2 kerinduan itu..
    rindu pd yg sudah tiada…

    Al-Fatihah….

    06-04-09 at 8:45 am

  28. fir says:

    I just heard the news and I’m really sorry for your loss. Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang…

    06-04-09 at 3:48 pm

  29. mama adam says:

    Rindu adalah satu nikmat yang diciptakan Allah untuk hamba-hambaNya….Tidak salah merindu, tidak salah mengenang…kerana kerinduan dan kenangan itu adalah milik kalian sekeluarga….

    07-04-09 at 3:28 am

  30. mama 2DF says:

    Catatan mengenai Amir Yusuf sungguh menyentuh hati saya.

    Semoga anda dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah.

    07-04-09 at 3:50 am

  31. lin says:

    Setiap kali..menyingkap laman ini..tidak pernah mata saya kering..sering digenangi….bagaimana kalian..yang menitipkan ayat disini..pasti lebih hebat lagi…kalian mengajar saya erti menghargai…erti kekuatan…erti redha…untuk itu terima kasih…moga kalian ditambahkan keimanan dan kekuatan….rasa sayang saya tidak pernah kurang terhadap amir yusuf…

    07-04-09 at 10:00 am

  32. apple says:

    melihat amir yusuf dan ibu dalam foto ini buat saya sebak dengan seribu satu rasa yang tak tahu bagaimana nak diungkapkan. saya membayangkan ketika itu tentu amir sedang tersenyum memandang sambil mendengar suara ibunya menyapa dan mengusik.

    09-04-09 at 7:15 am

  33. adinsa says:

    amir yusuf insan terpilih di sisi Nya yang maha Esa. semoga ibuayah amir yusuf dirahmati Allah selalu.

    09-04-09 at 3:16 pm

  34. mommy leel says:

    Lagu ini untuk jiwa yang sedang rindu…semoga terus tabah!

    Terlalu Istimewa – Adibah Noor

    Ku tatap gambar wajahmu
    Sinar mata itu
    Lirik senyumanmu
    Pesona yang membelai
    Wajahmu bercahaya
    Memberi bahagia
    Tiap yang memandang
    Hati jadi salju
    Kau terlalu istimewa
    Kasih dan sayangmu terpancar
    Seikhlas
    Tiada batasan terus membara
    Terkilan rasa jiwa
    Inginku lihatmu dewasa
    Apa daya
    Tuhan lebih menyayangimu
    Ku pasti kau berbahagia
    Duduk di sampingNYA
    Mendengar cerita
    Segala rahsia
    Tak tertanggung rindu
    Mendengar suaramu
    Tawa mengusik jiwa

    17-04-09 at 6:01 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 436 access attempts in the last 7 days.