Masih
Kepulangan kami memberikan banyak reaksi kepada sebilangan mereka yang mengenali. Ada juga yang langsung tidak mengetahui sebab utama mengapa kami pulang ke tanahair pada ketika ini.
“Dulu pergi bertiga, balik sini pun masih bertiga?”
“Hmm. Tak, sudah ada lagi seorang. Tapi kami tak bawa dia balik ke sini.”
“Tinggalkan di sana ke?”
“Kami tak dapat bawa dia balik. Dia meninggal dunia dan dikebumikan di sana. Usianya dalam lapan bulan lebih.”
Diam seketika.
Jawapan itu sekaligus mengubah warna ceria di wajahnya. Ternyata jawapan itu tidak langsung diduga. Namun kami hanya mampu tersenyum menyembunyikan setiap cebis kisah perjuangan dan kesedihan yang telah kami lalui.
Dari sinar matanya, ada rasa kekesalan kerana terlanjur bertanyakan soalan itu. Terselit rasa simpati dan kasihan. Cuma pada ketika ini kami tidak mampu untuk membongkar segala lapisan kisah tentang dirinya. Apa yang pasti, dia dikenang dan dirindu sebagai insan yang penuh semangat kental.
Amir Yusuf masih bersama kami. Pada setiap saat dan ketika.
umieniza says:
Amir Yusuf akan sentiasa segar di ingatan…setiap masa & ketika.
Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat..Amin
30-04-09 at 3:50 pm
pinatbate says:
Salam..
saya masih ikut menyimpan erat semangat juang Amir Yusuf dalam lubuk hati..
30-04-09 at 4:25 pm
yfatahyah says:
Rindu pada Amir Yusuf.. tentunya dia juga sedang memerhati dari sana..
30-04-09 at 4:35 pm
yfatahyah says:
nanti bawa balik bunga kantan & daun kesum byk2 boleh buat laksa dgn semangat baru…
teringin nak singgah rmh Fajar & ziarah kubur Amir Yusuf jika ada kelapangan nanti..
30-04-09 at 4:38 pm
adinsa says:
Alangkah manisnya kenangan itu, bersama dia yang telah pergi, namun apa yang pasti, dia sedang bahagia di sisi Ilahi.Kita yang tinggal, sama sama menginsafi dan muhasabah diri. Semoga kita juga tergolong dikalangan yang diberkatiNya.
30-04-09 at 5:54 pm
faqirbadai aka bun says:
reaksi dan emosi bersatu dalam jubah pertautan membentuk rasa seribu perjuangan dan kasih sayang.
Moga rohnya dicucuri Rahmat sentiasa.
30-04-09 at 6:11 pm
linda says:
Amir Yusuf akan terus mekar di hati kalian yg teramat mengasihinya…
Dan memang sesungguhnya Arwah Amir Yusuf seorang yg berhati kental dan penuh dengan semangat juang untuk insan seusianya….
01-05-09 at 1:59 am
vidz says:
Segala titip kasih, sayang, rindu dan cinta sentiasa bersama, membentuk ikatan yg erat tersimpul mati. Amir Yusuf sentiasa di sisi.
01-05-09 at 2:36 am
Mata Hati says:
carilah ketenangan dan kekuatan diri dibumi bertuah ini..
01-05-09 at 5:01 am
ena says:
amir yusof sentiasa di hati..takkan di lupa setiap masa n minit..selamat kembali ke tanah air
02-05-09 at 3:24 am
cikgu_math says:
selamat kembali ke tanah air..
dapatkan kekuatan drp ayahbonda di sebalik kehilangan itu..
02-05-09 at 11:57 am
leany says:
tidak akan lupa perjuangan setiap nadi Amir Yusuf yang meredah segala kesakitan, keperitan dan ketabahan untuk hidup di muka bumi ini, namun Allah mempunyai perancangan abadi buat Amir…yang pasti berbahagia di sana tika ini. Al-Fatihah.
saudara fajar & keluarga,
kumpulkan kembali kekuatan dan semangat juang di tanah air bagi pedoman dan bekalan buat kalian di bumi asing kelak.
04-05-09 at 2:35 am
@tune says:
seperti yg lain, saye juge rindukan kisah amir yusuf dan perjalanan pulang ke tanah air adalah entry yg saya tgu kerana sgt menyentuh jiwa
04-05-09 at 2:46 am
zai says:
kuatkan semangat dan tabahkan hati..moga masa bisa merawat lara hati kalian…perjuangan amir yusuf akan terus kekal tersimpul erat dalam kamus memori….
04-05-09 at 5:34 am
lin says:
seUMPAMA LAGU p.RAMLEE
dIMANA KAN ku CARI gANTI… sERUPA DENGAN MU…TAK SANGGUP ku berpisah dan BErhati PATAH…hidup geliSAH..Alangkah pedih rasa hati
Selama kau pergi
Tinggalku sendirian
Tiada berteman
Dalam kesepian
Dimana kan ku cari ganti..mungkinkah di syurga…pasti disana Amir yusuf menanti dengan aman…
AMIR YUSUF..HANYA SATU dihati AYAH DAN ibu dan kami semua
04-05-09 at 5:37 am
shafinaz says:
Salam fajar & k. anis,
Saya tak pasti samada fajar masih ingat saya lagi ke tak.. Saya dulu satu ofis dgn u all… masa tu fajar KJ saya. Salam takziah untuk fajar & family. Redhakanlah pemergian arwah. InsyaAllah arwah sentiasa disisiNya. Amin… Shafinaz
04-05-09 at 5:45 am
eiza says:
selamat pulang en. fajar sekeluarga..lucu sekali teletah najla ngan tokminya..nak sgt membaca kisah kejutan di melaka pula..apepun kenangan indah amir yusuf segar dlm minda sy..moga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya..amin.
04-05-09 at 6:13 am
izani says:
salam fajar,ko tak terkene kejutan cuaca ke, aku dah seminggu demam,sakit kepala, tension tul harap2 abis cepat bleh stat wat kije, btw need ur contact no here, will be in M’ka soon saja nak lepas rindu jumpa korang nanti,salam dr KL
04-05-09 at 3:53 pm
fiza says:
Fajar sekeluarga,
Nampaknye mcm bercuti lama di M’sia. Diharap fajar dan keluarga menikmati setiap saat manis bersama keluarga masing2.
Amir is always in our heart.
05-05-09 at 12:32 am
xiao hong says:
salam
selamat pulang ke tanah bonda… seronok tak dapat melihat matahari terbit di tanah tumpah darah… walaupun jasad anakanda tiada, walau di mana anakanda berada… masih terasa dekat disamping… kerana duduknya istimewa di ruang hati dan kotak ingatan… semoga dapat meresap semangat baru mengumpul kekuatan daripada kedua emak ayah..
05-05-09 at 12:42 am
masni says:
rindu pada arwah amir yusuf. alfatihah.
05-05-09 at 6:00 am
rose says:
hr ni pertama kali singgah ke blog ini yg sungguh menyentuh perasaan cin..cin hayati setiap kisah yg dilalui amir ngan penuh rintihan..semoga amir tenang di sana..layari blog cin : cinderellatulin.blogspot.com
05-05-09 at 7:25 am
wtl says:
lama sudah tidak berkunjung ke sini. setiap kali memandang link blog ini, pasti teringatkan Amir Yusuf.
terasa rindu.
05-05-09 at 3:43 pm
kingbinjai says:
ya
05-05-09 at 5:58 pm
Pnut says:
Fajar…kalau nak ke putrajaya bgtau le.. teringin nak jumpa..lama dah tak jumpa, masa fajar berangkat dulu akak tak sempat menghantar kat airport bersama kawan-kawan lain, sbb ada tetamu dtg rumah masa tu,
calling2 ye kalau ke putrajaya
08-05-09 at 12:20 am
zahila says:
semoga terubat rindu keluarga di Malaysia….
08-05-09 at 5:59 am
leany says:
Salam,
Dear Anis,
Happy Mother’s Day. semoga berbahagia bersama Fajar dan Najla di hari istimewa ini.
take care.
10-05-09 at 12:28 am
suelastry says:
Hai im a sporean reader. I was just being random at google and came across ur blog. I am seriously touched with your posts, it left a great impact to me. You’ve been thru hardship and my salute goes to you. I hope one day I can further my studies overseas as well. Be strong and send my regard to ur daughter. Take care
31-05-09 at 3:05 pm