13-05-09

Yang Istimewa

Posted in bicara by fajaril

Hampir setiap pagi Mami akan menyediakan juadah istimewa. Jika tidak, dia akan membeli hidangan yang sudah sedia siap dari orang yang datang menjual. Nasi kerabu, nasi lemak, laksam, nasi berlauk, kuih-muih dan bermacam lagi juadah. Berada di Pantai Timur, pelbagai juadah mudah didapati dengan harga begitu murah.

Kenikmatan sebegini adalah sukar untuk didapati jika berada jauh di rantauan. Oleh yang demikian, setiap hari yang dilalui begitu dihargai. Percutian ini dimanfaatkan untuk meleraikan segala kepenatan, keresahan dan kekusutan yang pernah bertandang ke dalam jiwa.

Saat Mami bangun awal, dia pasti akan menyempurnakan nasi berlauk yang dibungkus dengan daun pisang. Sebungkus saja sudah cukup mengenyangkan hingga ke tengahari. Masakan tidak, kandungan nasi yang diisikan begitu banyak. Hari pertama kepulangan kami, Mami sudah sibuk menyediakan laksa Kelantan yang menjadi hidangan yang dirindui oleh ibu Najla.

Mami selalu berpesan kepada ayah, jika ada apa-apa makanan yang diinginkan, ayah hanya perlu memaklumkan sahaja. Maka, Mami akan dengan mudah mendapatkannya di pasar. Mami kata, di Kota Bharu, adalah senang dan murah. Memang itu tidak dapat ayah nafikan. Lalu, untuk beberapa hari, kami memang berada di dalam kemewahan menikmati kemeriahan hidangan Pantai Timur yang pelbagai.

Tanpa disangka, seorang teman baik yang mengenali ayah melalui laman maya turut memberikan sesuatu buat kami sekeluarga. Murtabak raja yang cukup enak. Ianya tebal dan penuh dengan inti daging yang lazat. Wajarlah ianya dipanggil nama sedemikian.

Abah turut sama membeli makanan jika berkesempatan. Selalunya, setiap kali pulang dari solat Isyak di Masjid Besar Kota Bharu, abah bawa bersama bungkusan plastik yang berisi somtam, makanan popular dari Thailand. Abah memahami kegemaran ayah setiapkali pulang ke sini. Kadang-kadang, abah belikan laksam buat Najla. Atau air kelapa dan tebu selepas pulang dari solat Zohor.

Cik Su pula memperkenalkan ayah dan ibu dengan kedai makanan baru di sekitar Kota Bharu. Banyak juga yang kami jelajahi hingga pada akhirnya, dua buah restoren selalu menjadi singgahan kerana menepati citarasa. Sudah berkotak donut yang popular itu dibawa pulang. Begitu juga dengan kedai yang penuh dengan menu mi di KB Mall.

Kak Zah pula datang ke rumah dengan membawa dua bungkus yong tau fu yang dibeli di pasar Wakaf Che Yeh. Rasanya memang begitu memikat. Abang Kamal pula berkongsi rasa dengan ayah dengan membeli jeruk yang bermacam warna.

Di kepanasan begini, waktu tengahari banyak dihabiskan dengan menikmati air sejuk. Cukup menyegarkan. Kadangkala, kami buat air cincau, bandung, jus oren dan sebagainya. Semuanya menyimpul kemanisan di hujung bibir.

Semua ini sudah lama dinantikan. Ada ketikanya terpaksa juga makan dengan berpada-pada kerana secara tiba-tiba perut seakan membesar dari biasa. Namun, makan di sini sekadar untuk melepas rindu untuk merasa dan mengecapi makanan yang sukar didapati di Glasgow.

Apa yang lebih berharga bukanlah terletak pada makanan yang dikecapi. Tetapi pada setiap sulaman kasih sayang dan ingatan setiap kali hidangan disediakan atau pun dibeli. Dan itu adalah amat bernilai. Kasih sayang sebegini tidak mudah untuk dicari. Menikmatinya saja sudah menyelubungi bahagia di sanubari.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

28 comments

  1. pinatbate says:

    Mudah-mudahan Najla dan keluarga sentiasa diselimuti kebahagiaan berpanjangan..

    13-05-09 at 7:15 am

  2. rose says:

    semoga percutian kalian terpancar sinar kebahgiaan hendaknya…

    13-05-09 at 7:35 am

  3. yatie chomeyl says:

    qelate mmg penuh dgn makanan2 lazat yg murah2 dan senang di dapati. tiba2 rasa rindu membuak2 juga nak balik qelate :)

    13-05-09 at 7:50 am

  4. dora says:

    this post made me smile :)

    13-05-09 at 7:53 am

  5. leany says:

    rasa dah lama sgt tak ke Kelantan…the last time saya ke sana dlm 4-5 tahun lepas. insyaallah, akan ke sana satu hari nanti…

    happy holidays!

    13-05-09 at 8:32 am

  6. NooR says:

    behnya yong tau fu di pasar wakaf che yeh…. dah lama tak merasa… last skali raya tahun lepas… nyam.. nyam..

    13-05-09 at 9:19 am

  7. tunfrida says:

    betul,
    Apa yang lebih berharga bukanlah terletak pada makanan yang dikecapi. Tetapi pada setiap sulaman kasih sayang dan ingatan setiap kali hidangan disediakan atau pun dibeli.

    13-05-09 at 9:44 am

  8. amali says:

    yap… makanan yang sedap n lazat ialah makanan yang penuh dengan kasih sayang.. semuga terubat segala kerinduan…

    13-05-09 at 9:58 am

  9. azmamusa says:

    seronoknye bila berada di kmpung halaman sendiri… nanti upload la mknn istimewa kelate..

    13-05-09 at 11:09 am

  10. Mata Hati says:

    indahkan susana di kampung.. s

    setinggi mana pun terbang, sarang atas pokok tetap tempat terbaik utk beristirehat

    13-05-09 at 4:03 pm

  11. chentahati says:

    Fajar & Anis,
    selalunya post di sini buat saya bersedih, but this time, saya tersenyum panjang…

    Welcome home…

    14-05-09 at 12:42 am

  12. asuhara says:

    jangan lupa bagi najla try air nyio+aiskrim! cuma kat klate je ada tu.

    14-05-09 at 1:20 am

  13. hishar says:

    abg fajar,

    terkejut perut tu nanti, bila balik ke Glasgow! haha..

    selamat bercuti!

    14-05-09 at 2:07 am

  14. aliff says:

    abang fajar,

    makanan kelantan manis-manis, jaga kalori ya!

    14-05-09 at 2:18 am

  15. linda says:

    semoga kalian sekeluarga akan sentiasa n lebih bahagia sentiasa doaku…

    14-05-09 at 3:45 am

  16. izani says:

    salam fajar, bila fly balik, kami masih belum jejak kaki di KB,kat KL ni pun duk membedal benda-benda yg tak jumpa kat glasgow,kontena baru sampai 2 hari lepas, so nih kiranya baru nak settle down, kami akan ke M’ka tapi rasanya u all dah fly balik UK,jumpa lepas raya la jawabnya.

    14-05-09 at 9:06 am

  17. ena says:

    seronoknya bila dpt kembali ke tanah air dan dpt menikmati mknan kesukaan kita kan

    14-05-09 at 3:38 pm

  18. fiza says:

    fajar & keluarga,

    wahhhh!!! ini baru le dikatakan cuti-cuti Malaysia… Sy pun dah lama teringin nak pergi ke Kelantan… tengoklah nanti… kumpul duit dulu, baru boleh stay lama skit kat sana & shopping :) )) Takkan takde gambar kot…. tangkap gambar najla tgh makan laksam…. boleh buat kenangan kat Glasgow nanti…

    15-05-09 at 12:06 am

  19. azma says:

    Mendengar coleteh kali ini.. terukir senyuman secara tiba2.. Kepulangan yg dinanti.. diberi kebahagiaan kasih sayang yg tiada batasan…

    15-05-09 at 2:51 am

  20. serimawar says:

    salam buat En. Fajar sekeluarga…

    seronoknya pulang ke kg halaman & menimakti juadah tradisi…
    terliur pulak saya bila bc ttg laksam, ns kerabu, somtam…
    mujur kat psr mlm di sini byk juadah dr kelantan…boleh la beli nanti..

    selamat bercuti…

    15-05-09 at 3:21 am

  21. kakyong says:

    ALhamdulillah,

    bahagia bila membaca entri yang ini… sedap nyer makan2… lama dah tak g kelantan.. Somtam tu apa yer?

    BUat Fajar & keluarga semoga bahagia selalu bertemu org2 yg dirindui.

    15-05-09 at 10:44 pm

  22. tirza says:

    Salam

    sedapnye…rasa sekarang nak balik jugak !

    fajar n anis mesti gemuk balik Glasgow nanti !

    16-05-09 at 2:13 pm

  23. Che su says:

    Salam…ayah dn ibu,mama dn papa hahaha aple donut tgh tgu ni,kat mlaka ada x?chesu kalu pg tesco n kb mall msti duk tringat ayh dn ibu je,yela aple dnt n ndle statn da jd mcm 1 kngan yg indah sgt2! Its so meaningfull on me…n thanks 4 everythg…

    16-05-09 at 3:38 pm

  24. Che su says:

    Mmg xsgka sgt2 ayh,ibu dn najla blik tept pd mse…chsu tokmi tokbh pn rndu sgt2 ng najla trngiang2 lg suara si comel ni..yg xlupa sgt33 ialah,nivea spray dibuatnya mic untk nyanyi lg2 kgemarnnya diatas katil chsu tdo…i love her so mch…

    16-05-09 at 3:43 pm

  25. Che su says:

    Ayah..ibu…najla thanks 4 ur support…slma 2 mgu ayh ibu najla ada di drumah,chesu xkan lupakn…doakn smga majlis chesu smua slamat dn bjaln lancr…evn ayh,ibu najla xdapt bsma pn,chesu ttp agp majlis 2 diraikn bsma2 ayh,ibu dn najla…

    16-05-09 at 3:53 pm

  26. zai says:

    kepulangan kali ni membawa seribu satu kebahagian buat fajar sekeluarga…moga ianya terus kekal subur :) ..

    16-05-09 at 11:22 pm

  27. XiS says:

    Salam Fajar.. Reading this entry, somehow it reminds me of myself, after I got home from the States… That’s what I did.. Eat and eat and eat.. Anyway.. I could hear this raya song ‘Indahnya Beraya Di Desa’ at the back of my mind when reading this post.. Enjoy your vacation and the remaining days of it before you fly back to Glasgow…

    17-05-09 at 4:44 pm

  28. Syikin says:

    Salam buat saudara Fajar dan keluarga.

    Glad to know that you are having good times with your beloved ones here in Malaysia. Tak sabar rasanya hendak membaca tentang cerita-cerita dan kejutan-kejutan di Melaka.

    Hugs and kissess to Najla.

    Salam

    18-05-09 at 3:17 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 60 access attempts in the last 7 days.