Dari Lagu
Hari itu merupakan hari terakhir kami berada di Malaysia. Kami berkesempatan untuk membeli sedikit barang-barang yang tertinggal untuk dibawa pulang ke UK. Awal pagi lagi kami sudah berkunjung ke Jaya Jusco di Melaka sebaik saja dibuka.
Bagi memudahkan urusan dan menjimatkan masa, ayah dan ibu berpisah untuk mencari barang yang diperlukan. Sebaik mendapatkan apa yang dihajati, kami bertemu semula. Sempat juga menikmati makanan seperti ABC pada hari yang terakhir ini.
Sebaik selesai semuanya, kami bersegera menuju ke rumah bonda. Najla pasti menanti. Barangkali sibuk bermain dengan sepupunya atau menemani datuk dan neneknya di dapur. Sekali sekala, dia dilayan bagaikan puteri.
Di dalam perjalanan pulang, radio memasangkan lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor. Kami berdua seakan diam menghayati pada alunan melodi dan bait-bait lirik yang cukup bermakna. Fikiran terus menerawang dan terkenangkan kepada dirinya. Kisah hidupnya dan perjuangannya. Jika bukan kerana peristiwa itu, barangkali kami belum tentu pulang bercuti ke tanahair.
Layanan perasaan ini terhenti seketika apabila ibu bersuara.
“Tadi waktu singgah di kedai yang jual tudung, ada..”
Nada suara ibu berubah tiba-tiba.
Ada apa?
“Ada lagu yang Izani letak dalam laman web gambar Amir.”
Masakan ayah boleh melupakan lagu itu. Lagu yang rakan ayah perkenalkan dan disisipkan di dalam galeri gambar majlis pengebumian Amir Yusuf. Lagu Andai Ku Tahu. Lagu yang membuatkan hati kami menangis bersama.
“Dan, di dalam kedai itu juga, air mata ini keluar.”
Ucap ibu sambil tangannya menyeka air mata yang berguguran. Hati kami begitu mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi pada setiap inci kenangan yang tertinggal dan melekat bersama dirinya.
Ayah sendiri kehilangan kata. Diri mahu memujuk. Tapi hakikatnya ayah sendiri cuba menahan rasa agar air mata tidak tumpah bersama.
Panas sekali di luar sana. Namun, tiba-tiba saja hati kami seakan mendung dengan emosi. Mungkin juga dalam masa yang sama mengenangkan perpisahan yang bakal terjadi pada pertemuan yang sebegitu singkat ini.
Dan pada detik itu juga, rindu sudah mula menanti.
hishar says:
‘Mungkin juga dalam masa yang sama mengenangkan perpisahan yang bakal terjadi pada pertemuan yang sebegitu singkat ini’ –>
kenapa? pengajian PhD akan tamat pada hujung tahun ni ke?
apa-apa pun, moga mendapat semangat yang baru. Moga dipermudahkan segala urusan kalian di sana!
01-06-09 at 7:56 am
siti818 says:
sabarla…kenangan itu takkan hilang sampai ke akhir hayat.
01-06-09 at 8:06 am
aliff says:
Salam,
Jangan biar lagu -lagu itu membuai perasaan. Bila terasa sayu dan sedih, segera ucapkan kalimah zkrullah. Semoga kekanda berdua akan lebih merasa senang dan tenang.
01-06-09 at 8:31 am
leany says:
Amir Yusuf owns a special place in all our hearts…and he will always be there…
Lagu Cinta dari Nikki sering kali mengingatkan saya pada Amir dan tiap kali jua air mata tidak mudah berhenti bercucuran.
Al-Fatihah.
01-06-09 at 8:52 am
chentahati says:
Anis dan Fajar..
Dont cry…
01-06-09 at 8:52 am
azlinhasim says:
salam ukhwah buat kalian suami isteri…..
walaupun hanya singgah blog anda sekali sekala dan tidak mengenal antara satu sama lain namun tatkala anda menceritakan ttg amir, pasti airmata ini akan berguguran. Mungkin naluri seorang ibu yang memahami dan mengerti betapa sukarnya ketentuan ini…. namun saya doakan semoga kalian sentiasa tenang dan gembira kerana kalian masih mempunyai Najla yang cute. Semoga berjaya!
01-06-09 at 9:07 am
sya says:
saya juga seakan tersentuh tiap kali terdengar lagu ‘andai ku tahu’.. pasti fikiran akan terus melayang kepada amir…
berbahagialah dia di sana..
01-06-09 at 9:09 am
mama_nayli says:
Salam buat saudara sekeluarga….
Terlalu Istimewa…. pertama kali mendengar lagu ini selepas membaca kisah
Amir Yusuf,hati ini terus terusik dan sememangnya terkenangkan arwah Amir Yusof.
Selepas itu juga terdetik hati ingin mengucapkan salam Takziah buat keluarganya (melalui personal email),dilampirkan sekali bait2 lagu itu untuk saudara sekeluarga.
Bukan untuk menambah duka,cuba berkongsi perasaan seperti teman2 blog yang lain.
Buat Ibu,tabahkanlah hati secekal perjuangan arwah.
Buat Ayah,kuatkanlah semangat sebagai pendorong buat keluarga menghadapi dugaan ini.
Buat Najla,bantulah Ayah & Ibu.Isilah kekosongan hidup mereka dengan telatah yang menceriakan.
Semoga ALLAH melindungi saudara sekeluarga di Bumi Glasgow
01-06-09 at 9:24 am
bun says:
pada pertemuan yang sesingkat ini perpisahan bakal terjadi..bergelora rasa, jiwa teronta2..aduhai jiwa yang tenang..mengertilah erti kerinduan membuak2 di dada ini.
Salam Sayang buat aMiR YuSuf
01-06-09 at 12:48 pm
syadiah says:
Salam perkenalan..
Terharu apabila membaca blog ini… Berat mata memandang.. berat lagi bahu yg memikul.. Semoga tabah dalam mengharungi perjuangan hidup ini yg sesungguhnya amat singkat..
Abadikan segala kenangan bersama Amir Yusoff dengan Zikrullah.. Pastinya beliau tenang d sana…
Singgahlah d blog kami..
Salam,
Syadiah..
01-06-09 at 12:56 pm
suelastry says:
hai. again i think you guys are more than just strong. the song terlalu istimewa mmg sedeh. but fr now, i hope u’ll b strong and bnyk2 besrafal. i’ll doa for amir. n anw, when will ur study overseas end? how do u cope being so far away frm ur loved ones. ?
01-06-09 at 3:45 pm
tipahlawa78 says:
Hai Fajar, Anis and cute Najla..
Andai ku tahu…
Kapan segalanya berlaku…
Pasti… Segala persiapan di atur rapi.. segala senjata disediakan..
Namum…
Aku jua tahu..
HANYA DIA yang lebih mengetahui..
Apa yg terbaik di sebalik segala ujian yang diberikan..
Sesungguhnya MAHA BESAR ALLAH.. yang mengetahui segala yang TERSEMBUNYI…
Sabarlah sahabat.. sabarlah teman..
Moga kalian terus tabah!
01-06-09 at 4:43 pm
TeDI says:
“Awal pagi lagi kami sudah berkunjung ke Jaya Jusco di Melaka sebaik saja dibuka”
Pernah sekali ke Jusco Melaka waktu pagi sejurus saja di buka. Rasa maca Jusco itu kita yang punya sebab tak de orang lain lagi yang datang.:D
Senyum-senyum selalu untuk anda sekeluarga. Senyum itu penawar duka!
01-06-09 at 5:23 pm
mommy leel says:
salam,
that song sepertimana tajuknya has more or less memberi kesan to all parents…especially to special parents like you and few others di luar sana. Semoga terus kuat dan tabah.
Lagu ini sememangnya for all little fighters yg pernah berjuang and yg masih berjuang x kira dimana anda berada. Semoga diberkatiNya sentiasa.
02-06-09 at 2:38 am
linda says:
tanpa perpisahan tiada kenangan dan kerinduan…
biarlah kenangan dan kerinduan terus mekar bersemadi di hati kalian…
buat anakanda Amir Yusuf… al fatihah buat mu.. moga kau sentiasa tenang n bahagia di sana…aminn…
02-06-09 at 2:41 am
cikgu_math says:
sabarlah… kerana itu ujian Allah.
Kami juga diuji dengan ‘kerinduan’ itu, malah lebih pahit bila segala yang ditinggalnya juga menjadi ujian untuk kami!
02-06-09 at 3:51 am
fiza says:
Fajar & Anis,
Sayu, hiba seketika… sabarlah…
02-06-09 at 5:11 am
kak yati says:
Salam
Allah swt amat menyanyangi saudara, isteri dan najla sehingga dikurniakan Amir Yusoff yang akan menunggu dan memimpin kalian semasa bertemuNya nanti. Al Fatihah buat Amir Yusoff, semoga saudara sekeluarga terus tabah dan sabar menghadapi segala ujian. Wassalam
02-06-09 at 8:38 am
ena says:
air mata teman yg setia
03-06-09 at 2:45 am
aruza says:
bersabarlah wahai sahabat…
sesungguhnya Dia lebih mengetahui yang TERBAIK buatmu sekeluarga…
03-06-09 at 6:10 am
Normah Auyob says:
salam kpd En Fajar & Pn Anis,
sy bekas pelajar BENC2006.
actually dah lama saya dgr kisah cik berdua tp baru kini dapat sy titipkan kata2. Salam Takziah utk anda sekeluarga. sy sentiasa mendoakan agar cik berdua tabah menghadapi segala dugaan yg diberi. yg pergi biarkan berlalu yg ada hendaklah meneruskan perjalanan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. namun, seberat mn mata memandang berat lg bahu yang memikulnya. sy berharap cik berdua jangan hanyut dibuai perasaan seperti kata2 Pn Anis suatu ketika dulu “SEBERAT MANA KESUSAHAN YANG AWAK ALAMI JADIKAN IA KEKUATAN UNTUK BANGKIT KEMBALI”. itulah kata2 yang saya pegang disaat ayananda dijemput Illahi. ceria sentiasa hendaknya senyum selalu ok. kalo balik melaka contactla kalau perlu (0126483148)
Rindu dr kejauhan anak didikmu (“,)
03-06-09 at 7:52 am
vidz says:
sesekali rindu itu membangkit kenangan.
mengingatkan.
cekal tekad.
liku kehidupan
tak tercapai akal.
hanya Dia
yang mengetahui
segala ketentuan.
sesungguhnya Amir Yusuf adalah insan
yang terpilih.
jika cemburu itu
dibenarkan untukku,
betapa aku ingin menjadi seperti Amir Yusuf.
insan TERPILIH!
Al-Fatihah buatmu
Amir Yusuf..
p/s: Selamat memulakan hidup baru buat Saudara Fajar Sekeluarga.
03-06-09 at 7:56 am
zai says:
jgn biar diri dibuat perasan sayu..amir yusof sememangnya antara insan terpilih..ingatan padanya tak mungkin pudar..kehidupan ini harus diteruskan..
anis & fajar,
cekalkan hati dan kuatkan semangat..sesungguhnya kami semua sahabat2 kalian menyayangi anda sekeluarga…
04-06-09 at 12:19 am
Rumai says:
salam utk anda sekeluarga,
ini kali ke 3 saya membaca blog anda,sedih dan saya sebagai ibu sememangnye mengalirkan airmata membaca blog anda.walaubagaimana pun saya harap anda sekeluarga tabah, dan sekiranya belum ada yang memberitahu, cubalah baca buku ‘La tahzan(jgn bersedih) oleh Dr Aidh Bin Abdullah AlQarni.Mungkin serba sedikit dpt membantu.salam dr kami sekeluarga.alfatihah utk Amir Yusuf.
09-06-09 at 11:04 pm