11-06-09

Hingga Ke Syurga

Posted in peristiwa by fajaril

Hari ini merupakan hari yang cukup istimewa buat Che Su kami. Kalau boleh, mahu saja kami bertiga terbang pulang ke Kota Bharu untuk sama-sama meraikan detik yang bersejarah ini. Selepas ini, jika kami pulang ke kampung, Che Su kami bukan lagi seperti yang dulu. Che Su sudah bertukar status.

Terbayang-bayang di mata kami akan kemeriahan suasana perkahwinan yang berlangsung di rumah Abah dan Mami. Kehadiran adik beradik dan sanak saudara serta jiran tetangga pasti menambah rasa gembira. Tentu cantik pelamin yang dihias khas oleh Abang Edi, khusus untuk Che Su kami.

Andainya kami di sana, sudah tentu kami turut sama sibuk. Najla pasti teruja dan tertawan jika melihat Che Su berubah bagaikan puteri raja. Jika tidak, Najla pasti akan mengiringi Che Su sebagai salah seorang dayang kecil. Dan ayah sibuk merakamkan setiap peristiwa.

Namun apakan daya, tanggungjawab kami di sini begitu besar. Jika tidak kerana kejauhan, kami pasti turut bersama meraikan.

Dari bumi Glasgow, kami mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan diredhai Allah. Doa kami juga, semoga cinta Che Su dan ‘Papa’ akan dirahmati Allah sentiasa. Moga kebahagiaan yang dikecapi berkekalan hingga ke syurga. Ya Allah, berkatilah mereka. Amin.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

11 comments

  1. leany says:

    Congratulations buat Che Su & suami. Semoga akan sentiasa diberkati dengan kehidupan baru.

    11-06-09 at 6:18 am

  2. linda says:

    semoga che su n suami berbahagia ke akhir hayat…begitu jua anda sekeluarga, semoga panjang umur n dpt Najla lak naik pelamin… Aminnn….

    11-06-09 at 6:23 am

  3. ena says:

    tahniah utk chesu..semoga bahagia ke syurga..amin

    11-06-09 at 6:34 am

  4. fiza says:

    Selamat Pengantin Baru utk Che Su dan suaminya. Semoga perkahwinan ini diberkatiNya hingga ke akhir hayat.

    11-06-09 at 7:27 am

  5. mama_nayli says:

    tahniah Che Su..
    Semoga berpanjangan hendaknya..
    kiss 4 Najla…..

    11-06-09 at 9:47 am

  6. TeDI says:

    Selamat Pengantin baru untuk Che Su..
    di mana majlisnya tu??

    11-06-09 at 2:50 pm

  7. hishar says:

    alhamdulillah..

    selamat semuanya…

    12-06-09 at 2:56 am

  8. rudy says:

    tahniah che su~

    13-06-09 at 11:36 am

  9. aliff says:

    Selamat Pengantin Baru buat Che Su & Papa.

    Dikampung sekarang memang penuh dengan majlis kenduri kendara!

    15-06-09 at 4:04 am

  10. zai says:

    selamat pengantin baru buat che su & papa..:)

    16-06-09 at 12:13 am

  11. Che su says:

    Slm.Thanks ya ayah,ibu dn najla…memg kmi smua mghrapkn kpulgn kalian pd wktu itu,tp kmi tetp agp kalian ada bsma…doa dn restu kalian jua amt chesu hrpkn.alhamdulillah smua slmt…tme ksh skli lg krn byk bri smgt,drngan srta doa…i love u ibu ayh njla

    24-06-09 at 5:40 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 342 access attempts in the last 7 days.