Dari Jiwa Yang Tulus
Entri ini ditulis selepas dua minggu Amir Yusuf meninggalkan kami. Emosi dan jiwa kami pada ketika itu masih dalam gelora. Walau bagaimanapun, entri ini ‘hilang’ sewaktu dikemaskini. Maka, kini dikongsikan sekali lagi.
[+]
Malam itu, suasana menjadi begitu sunyi dan sepi. Lampu bilik sudah pun dipadamkan. Hanya cahaya lampu jalan di luar tingkap bilik yang menyelusup masuk. Samar-samar. Ayah, ibu dan Najla sudah pun bersiap sedia untuk tidur. Namun, mata sukar sekali untuk terpejam.
Sesekali kesunyian malam dipecahkan dengan bicara ayah dan ibu. Banyak yang diperkatakan. Tentang kepahitan dan kemanisan hidup yang baru berlalu. Juga tentang kenangan bersama dirinya yang sudah hilang dari pandangan dunia.
Dalam bicara kami yang seakan berbisik, Najla begitu sibuk berceloteh sama. Ingin mengambil perhatian. Seperti malam-malam yang lain, selagi ayah dan ibu masih belum terlena, selagi itulah mata Najla enggan terpejam sama. Lalu, selalu saja ayah dan ibu akan memujuk dan mengambil hati agar Najla tidur awal.
Malam itu, entah bagaimana patung yang dipegang Najla terjatuh dan terkena di bahagian dada ibu. Segera ibu mengadu kesakitan. Patung kuda laut biru itu ada sisi yang keras kerana mengandungi bateri. Tentu saja terasa kesannya.
Segera Najla berkata, “I’m sorry Ibu. I’m sorry.”
“Aduh Najla, sakitnya”, Ibu memejamkan mata untuk membiarkan rasa sakit itu beransur pergi. Dan seterusnya mendiamkan diri.
Sengaja pula, ayah ingin mencipta drama di malam begini. Agar Najla segera tidur dan tidak perlu bermain-main lagi.
“Kenapa dengan ibu, Najla? Najla buat apa pada ibu?”
“I’m sorry ibu. I’m sorry. Patung ni jatuh atas ibu”, Najla menunjukkan patung kuda laut kepada ayah. Dari sinar cahaya malam, dapat dilihat bagaimana reaksi wajah Najla. Ternyata, cukup cemas.
“Ibu, bangun ibu. Ibu?”. Dan ibu pula sengaja memejamkan mata. Samada masih menahan sakit atau berpura-pura sahaja.
“Najla, kenapa dengan ibu? Kita kena ibu pergi hospital macam ni.”
Sebaik mendengar kata ayah, Najla terus meraung.
“No! No! No! Ibu, I’m sorry ibu. I’m sorry! Please ibu.”
Tangannya segera memeluk ibu. Erat dan kuat. Seakan tidak mahu melepaskan. Diusapnya wajah ibu, dicium dan dibelai. Dia mahu sekali melihat mata ibu segera terbuka. Dengan air mata yang laju berguguran, tangan kecilnya menggoncang bahu ibu. Mulutnya tidak berhenti memanggil, ibu, ibu, ibu – sorry ibu, sorry ibu.
Najla menangis dengan bersungguh-sungguh. Tersedu-sedu jadinya. Ternyata, melihatkan ibu di dalam keadaan sebegitu membuatkan dirinya menjadi begitu berdebar. Ditambah pula dengan rasa bersalah. Tiba-tiba saja, Najla mengaitkan hospital itu dengan Amir Yusuf. Dan bagaimana kali terakhir dia melihat keadaan Amir Yusuf di dalam hospital. Dalam diam-diam, Najla membuat kesimpulan yang tersendiri tentang kehidupan dan kematian. Bayangan itu cukup menakutkannya. Akan erti sebuah kehilangan.
Dan ayah terus jadi terharu. Kali ini, Najla menangis atas suatu sebab yang sukar untuk dijelaskan oleh dirinya yang sekecil itu. Itulah tanda kasih sayang darinya yang begitu tulus. Suci dan murni.
Najla membenamkan wajahnya ke dada ibu. Dalam pelukan dan tangisan yang begitu mengharukan.
“I’m sorry ibu. Don’t go!”
Tidak sanggup pula hati ini meneruskan usikan ini. Terasa begitu bersalah kerana ianya sudah seakan melepasi batasan yang sepatutnya. Aduhai, ada rasa basah di hujung mata ini.
Ayah terus memegang bahu ibu dan berkata,
“Sudahlah yang. Bangunlah. Kasihan dia.”
Ibu terus membukakan mata. Dan dalam masa yang sama, ibu turut sama terharu akan segala tingkahlaku dan kata-kata Najla sebentar tadi. Seakan menarik segala rasa berkumpul di dada.
“Ibu ok, Najla. Ibu ok. I’m sorry too Najla.”
Najla terus memeluk ibu sekuat hati. Di bibirnya masih lagi mengucapkan kata maaf. Bagaikan begitu kesal dengan tindakan spontan yang tidak disengajakan.
“I’m sorry ibu. I’m sorry. I love you ibu.”
“It’s ok, sayang. I love you too.”
Bagaikan satu isyarat kepada kami. Kata-kata yang begitu bermakna. Tanpa sebarang maksud tersirat. Segalanya jelas. Pesanan yang begitu menambat jiwa.
Terusik sekali hati kami dengan ketulusan Najla. Jujur. Naif.
Ibu dan ayah memujuk Najla. Barulah dirinya kembali tenang. Namun, esakannya masih lagi tersisa. Dan tangannya tidak mahu melepaskan pelukan ibu. Sambil jarinya memegang jemari ayah.
Lalu, ibu berkata,
“Tulus sekali hati dan jiwa dia. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana keadaannya kalau saya betul-”
Segera ayah memintas kata ibu.
“- cukup! Don’t say that. Ever.”
Sungguh, ayah masih lagi rasa kehilangan. Mana mungkin ayah punya kekuatan untuk mengharungi buat kali yang kedua. Membayangkannya saja sudah buat hati ini rasa takut. Namun, siapalah kita sebagai manusia untuk menahan jika masanya akan tiba buat kita untuk melangkah pergi. Cuma, diri bermohon agar diberikan lagi masa untuk kami bersama sekeluarga mencari bekalan dan keberkatan dari-Nya di dunia yang fana ini.
Lalu, pada malam itu kami bertiga sama-sama menangis.
tata says:
alahai najla… so cute… terbayang2 muka najla yg comel itu menangis…
15-06-09 at 9:23 pm
mama_nayli says:
Salam.
Anak kecil umpama kain putih yg bersih,suci…
So,ape yang terjadi lahir dari hati Najla yang tulus..Ikhlas dari hati kecilnya…..
Betapa Najla semakin mengenali dan memahami dunia kita….
Semoga Ayah dan Ibu berjaya mencorakkan kain putih itu manjadi kain yang begitu indah suatu hari nanti…
Doakan saya sama…
Salam buat Ayah,Ibu & Najla..
16-06-09 at 12:44 am
leany says:
Touched with Najla’s expression… she has learned a lot in this journey of life.
16-06-09 at 12:55 am
chentahati says:
kesian Najla..
16-06-09 at 1:01 am
Puteri Nuur At-Terawis says:
Kesian Najla. Masih trauma kehilangan. Moga kalian tabah mengharungi.
16-06-09 at 1:23 am
azmamusa says:
sedihnya…
16-06-09 at 1:55 am
fiza says:
Itulah anak kecil… sgt terkesan di hatinya dengan pengalaman lalu. Ada hikmah di sebaliknya… kasih sayangnya kepada ayah dan ibu sangat menebal… terlalu takut utk menghadapi ‘kehilangan’ lagi.
16-06-09 at 8:34 am
addyaholix says:
najla bertuah punya ayah dan ibu sehebat kamu berdua.
16-06-09 at 9:56 am
bun says:
syahdu terase tapi cukup mengesankan..semoga kite semua diberkatiNYA
16-06-09 at 11:01 am
zai says:
Najla,si kecil yang punya jiwa dan hati yang tulus mulus. dia penawar lara kalian.. begitu dia terasa kehilangan dan tak sanggup untuk menghadapinya semula..kalian begitu bertuah mendapat najla yang begitu pintar dan suci jiwanya ..ya, umpama kain putih bersih..moga kalian dapat mencorak keindahan padanya..
17-06-09 at 12:21 am
linda says:
tak terkataaaaa… huhuuuu…..
17-06-09 at 1:27 am
sha says:
huuhh…najla2
17-06-09 at 1:48 am
lia says:
saudara fajar..
setiap bait2 ayat anda mampu mengusik nuluri keibuan saya..
17-06-09 at 2:24 am
Syikin says:
Salam buat Saudara Fajar dan Keluarga,
Saya selalu juga berlakon sebegini dengan puteri-puteri saya. Dan selalu nya mereka akan cuba mengejutkan saya dengan tangisan yang sungguh hiba sekali dan akhirnya membuatkan saya turut serta menangis.
Anak-anak kecil selalu nya akan berjaya menukar emosi seseorang dengan sekelip mata kan??
Hugs and kissess to Najla…
17-06-09 at 3:56 am
Farid Rashidi says:
Salam ziarah,
Pertama kali baca membuatkan hati saya seolah-olah merasainya.
Sabarlah kalian ya, yang hidup itu pasti akan mati. Ya, pasti akan mati. Kita? kita jua.
17-06-09 at 4:32 am
@tune says:
sabarla…sesungguhnya, ALlah sentiasa bersama kita semua…teruskan perjuangan hidup dengan tabah…
17-06-09 at 5:54 am
mazni_azis says:
touching betul…huhuhu
17-06-09 at 7:59 am
hidaya says:
Oh..u make me crying.Ooo
17-06-09 at 9:19 am
suriasaari says:
selalu jugak main-main macam ni kat ayuni sampai nangis tersedu sedan. sian najla.mudah-mudahan trauma itu akan hilang secara perlahan-lahan . semoga keluarga najla akan sentiasa dilimpahi rahmat.
17-06-09 at 4:15 pm
rudy says:
touched~ moga kalian dipanjangkan umur dan mengecap bahagia, biar smtra~
18-06-09 at 12:41 am
diyana hafizah says:
Assalamualaikum.pertama kali saya baca semua cerita2 yang dari awal hingga yang terbaru…sangat pilu dan menyentuh hati..atas semua rentetan terutama berkenaan arwah Amir Yusuf.
Moga tabah harungi liku-liku kehidupan di perantauan.
Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Wassalam.
18-06-09 at 9:12 am
apple says:
Lalu, pada malam itu kami bertiga sama-sama menangis. *yang membaca pun hampir-hampir menangis*
25-06-09 at 4:46 am
artakus says:
aduuuh….syahdunya!
(
26-06-09 at 12:40 am