18-06-09

Siang Yang Panjang

Posted in bicara by fajaril

Musim panas di Glasgow sukar dijangka. Dua minggu sudah, panasnya begitu ketara. Namun pada minggu ini, hujan dan mendung sahaja. Sesekali terasa juga sejuknya. Lebih-lebih lagi apabila angin berhembus bagaikan mahu menerbangkan segalanya.

Hanya pada musim beginilah ramai yang dapat meluangkan masa di hujung minggu untuk berehat di bawah terik mentari jika cuaca agak baik. Seronok untuk berpiknik atau berbbq. Jika mahu berjalan-jalan, inilah masanya.

Namun begitu, tiada bezanya pada mereka yang begitu sibuk mengejar masa bagi menyiapkan tugasan yang terkumpul seperti kami. Hanya hujung minggu saja waktu untuk bersantai.

Seperti lazimnya, waktu siang di musim panas adalah agak panjang. Jam 8 petang masih lagi cerah. Pagi juga lebih awal. Satu perkara yang agak mencabar bagi umat Islam di negara bermusim ini adalah menanti masa untuk menunaikan kewajipan solat. Waktu Maghrib saja pada jam 10 malam. Diikuti dengan Isyak pada jam 11 malam. Seterusnya Subuh pada jam 1.30 pagi. Sungguh mencabar. Apatah lagi badan letih dan mata begitu kelayuan memujuk untuk tidur.

Terbayang juga bagaimana keadaan untuk menunaikan puasa di musim begini pada tahun yang akan datang. Moga Tuhan memberi kekuatan dan keberkatan.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

11 comments

  1. linda says:

    fajar… segala yang terjadi adalah satu ujian n dugaan Allah untuk umatnya lebih bertaqwa.. sesungguhnya anda sekeluarga amat bertuah kerana sering diuji n diduga… sesungguhnya jua, setiap umat yg diuji n diduga amat disayangiNya dan sentiasa diingatiNya…

    18-06-09 at 6:06 am

  2. ena says:

    segala ujian dr Nya tanda Allah menyayangi umatnya..

    18-06-09 at 6:17 am

  3. NoRuLLiSzA says:

    kat sini panas..xlarat nak kuar jalan :(

    18-06-09 at 7:19 am

  4. ellanie says:

    sini jerebu…jln2 pun sure tak brapa seronok..dapat batuk & sakit tekak adalah..:)

    18-06-09 at 7:24 am

  5. suealeen says:

    kat sini panas sebab fenomena el-nino (characterized by unusually warm ocean temperatures in the Equatorial Pacific) yang last sekali berlaku pada tahun 1998. dijangka hingga ke bulan 9 untuk tahun ini.

    tahun ni ramadhan di Malaysia akan jadi benar² “ramadhan”. so, nanti waktu berpuasa di sana panjang la ye?

    18-06-09 at 8:37 am

  6. mama_nayli says:

    salam,

    Hujan emas di negara orang,
    Hujan batu di negara sendiri,
    lebih baik di negara sendirikan….

    mcm kempen beli barangan Malaysia sekarang…
    “Benarkah Bulan di luar negara lebih terang…”

    mmm..takpela..berkorban untuk masa depan yang cemerlang…
    kiss 4 najla…

    p/s:kalo tak silap 29hb ni birthday Najla kan…
    saya tunggu entri birthday girl k….
    kalo ade address boleh pos hadiah utk Najla kan
    :)

    18-06-09 at 8:39 am

  7. mama_nayli says:

    eh silap la..birthday Najla 22hb ni..
    next Monday?????
    lagi 4 hari jer tu….

    18-06-09 at 8:52 am

  8. ummu maryam says:

    kat mesir lagi panas..subuh pukul 4,magrib pukul 8..fuh..

    18-06-09 at 10:39 am

  9. kingbinjai says:

    ayah saya pernah ke sana selama setahun

    18-06-09 at 12:27 pm

  10. fiza says:

    Maha agung kuasa Allah…. lain tempat… lain pulak ragamnya.

    19-06-09 at 12:37 am

  11. vidz says:

    tidak semua insan berpeluang merasai pengalaman seperti saudara.

    alangkah seronok dapat berkongsinya bersama.

    walau di mana kita berada
    syukur kita ke hadratNya.
    Selamat meneruskan perjuangan di Glasgow dengan jayanya!

    19-06-09 at 2:59 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 42 access attempts in the last 7 days.