24-06-09

Berlari

Posted in bicara by fajaril

Terlalu banyak yang harus disempurnakan dalam masa yang begitu singkat ini. Terkejar-kejar rasanya. Kepenatan seakan bersatu bersama diri. Ini hanyalah sebahagian kecil perjuangan. Di dalamnya berbaur dengan pahit dan manis.

Tadi, baru saja usai pembentangan di hadapan panel penilai. Banyak juga persoalan yang diutarakan. Dan sebolehnya, segala kisah yang dilalui selama beberapa bulan sudah tidak mahu diperincikan. Mujur saja mereka tidak bertanya tentang lanjut dan hanya berkisar dunia akademik semata.

Saat begini, memang terlalu banyak kurangnya. Jauh sekali untuk menjadi sempurna. Oleh yang demikian, ruangan di sini agak kaku seketika bagi memberi tumpuan yang sepatutnya. Dalam putaran yang sukar diduga.

Nanti-nanti, akan dikongsikan semula kisah yang penuh warna dari sini. Mungkin esok lusa.

Sesekali, larian ini harus berhenti seketika. Menikmati kehidupan yang seinci cuma.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

9 comments

  1. asuhara says:

    gambatte fajar!

    25-06-09 at 12:11 am

  2. linda says:

    terus berusaha….. insya’allah…..

    25-06-09 at 12:50 am

  3. mama_nayli says:

    :)

    Salam buat Ayah,Ibu & Najla…
    Semoga dirahmati oleh-Nya.
    Amin.

    25-06-09 at 1:18 am

  4. fiza says:

    Semoga semuanya berjalan lancar. Good luck!

    25-06-09 at 3:43 am

  5. ena says:

    teruskan tabah harungi hidup ini..

    25-06-09 at 4:27 am

  6. @tune says:

    warna warni kehidupan..

    26-06-09 at 1:05 am

  7. vidz says:

    Selamat Maju Jaya buat saudara Fajar dan seisi keluarga di Glasgow! Cheers! (^v^)b

    26-06-09 at 2:26 am

  8. aliff says:

    Salam,
    Abang Fajar,

    Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya!

    26-06-09 at 4:14 am

  9. kingbinjai says:

    betul

    03-07-09 at 7:01 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 478 access attempts in the last 7 days.