15-07-09

Ketika

Posted in bicara by fajaril

Ayah tahu. Seharusnya ayah harus kuatkan diri dan jiwa. Namun tidak dapat ayah menahankan rasa di dada ketika rindu datang bagai memeluk seluruh deria ini.

Amir Yusuf. Ayah rindu.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

23 comments

  1. linda says:

    syahdu…

    fajar.. kirimkan doa mu untuk anakanda Amir Yusuf.. dengan doa itu insya’allah akan terubat kerinduan dijiwamu…

    15-07-09 at 8:56 am

  2. DeLinn says:

    Saya baru je baca kisah Amir Yusuf. Dan dengan tak semena-mena, saya turut terkesan dengan rasa sayu, sebak dan sedih. Sampaikan salam pada isteri. Be strong, itu je yang mampu saya katakan.

    15-07-09 at 9:09 am

  3. Nabilah says:

    Assalamualaikum..

    Sy dh lame mengikuti blog abg fajar ni..br hr ni t’gerak ati tok m’htr comment..
    Sunnguh syahdu ksh arwah adk amir..
    Smoga abg & isteri serta Najla akan terus kuat & tabah dlm m’hadapi hari depan..
    Smoge roh arwah d tmptkn b’sama org2 b’iman..

    15-07-09 at 10:46 am

  4. pinatbate says:

    salam..
    Rindu itu anugerah..
    Redha itu pengubat tabah..

    15-07-09 at 11:29 am

  5. yfatahyah says:

    Saudara Fajar,
    Byk2 selawat, kuatkan hari ok, itu sahaja yg termampu saya katakan..

    15-07-09 at 2:52 pm

  6. addyaholix says:

    itu lumrah. pupuk rindu itu biar terus mekar. kenangan amir yusuf takkan hilang. kerna saya yakin arwah sangat istimewa. saya terkesan walaupun saya cuma kenali amir yusuf di alam maya.

    bila rindu selalu sedekah alfatihah. ingatan itu akan lebih bermakna.

    kuatkan semangat bang fajar. sampaikan salam buat isteri dan adik najlaa.

    15-07-09 at 4:49 pm

  7. vidz says:

    berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul…

    Semoga saudara Fajar sentiasa tabah dan sabar.

    tidak salah merindu,
    selagi nyawa di kandung badan.

    Sedekahkan al-fatihah buat Amir ya.
    Moga itu bisa menenangkan hati yang sentiasa merindu..

    Sampaikan salam buat ibu dan kakak Amir Yusuf.

    16-07-09 at 1:14 am

  8. mama_nayli says:

    Salam Fajar & keluarga,

    Hadirnya cuma seketika tapi sungguh bermakna.
    Relakan pemergiaannya,sy pasti Amir pun tidak mahu melihat Ayah,Ibu n Kakaknya begitu..
    Yang pasti,Amir akan begitu setia menanti keluarganya disana…..

    p/s : teringat kata2 makcik sy yang kehilangan anak perempuannya…”keperitan kehilangan anak kandung sendiri tidak sama dgn keperitan ketika perginya arwah Mak”..
    Saya semakin jelas dengan rindu yang ditanggung saudara sekeluarga…

    harapnya kalian sentiasa dilindungi olehNya.
    Betapa Allah sangat menyayangi saudara sekeluarga…

    16-07-09 at 2:13 am

  9. ibu_faris says:

    salam takziah kepada saudara sekeluarga. saya harap kalian dpt menghadapi pemergian adik Amir dengan sabar. setiap kali sy inginkan berita terkini adik Amir dulu, hati pasti akan berbelah bahagi. gusar sekiranya air mata menitik lagi entah buat keberapa kali. tak dapat dibayangkan andai sy terpaksa berada disituasi kalian. barangkali naluri setiap ibu itu juga sama. kasihnya kalian menyuburkan kasih sy terhadap anak tersayang. yang masih dpt didakap dan dibelai. menyuntik rasa cinta yang tidak bertepi biarpun tahu ianya hanya satu pinjaman…

    16-07-09 at 5:02 am

  10. Maz says:

    Tak salah merindu… Amir Yusuf pasti rindu pada ayahnya juga… Lafazkan dan zahirkan kerinduan itu, semoga tidak terlalu beban di dada… berkongsi bersama yang memahami, isteri atau rakan2 rapat, luahkan dengan suara, andaikan suara yang keluar itu adalah bait2 beban kerinduan yang mendalam pada Amir Yusuf, moga hati saudara akan rasa sedikit ringan dan punya kekuatan utk bernafas kerna lemas dalam kerinduan yang mendalam pada Amir… Saya dari jauh mendoakan semoga Allah meringankan (bukan menghilangkan) rasa rindu di jiwa saudara. Insyallah, janganlah rasa lemah dek kerinduan kerna kerinduan itu datang kerna jiwa empunya diri yang tulus berkekuatan mengasihi seseorang sepenuh jiwa… saya pasti isteri saudara mungkin lebih merindui Amir dari saudara, hampir 9 bulan dalm kandungan, kenangan itu lagi payah nak dilupakan, cuba tanya2kan…

    16-07-09 at 6:19 am

  11. fiza says:

    Fajar,

    Rindu itu ada pasang dan surutnya. Tatkala ia terlalu menikam di jiwa, layanlah rindu itu sewajarnya.

    Saya cuba menempatkan diri di tempat sdr. Cuba untuk merindui anak yang takkan kembali lagi… aduhhh…. perit rasanya… ke mana lagi harus diadukan rasa sedih ini… hanya Allah tempat mengadu perasaan.

    16-07-09 at 6:35 am

  12. kingbinjai says:

    ya. semoga kita tabah

    16-07-09 at 7:08 am

  13. bun says:

    sebuah perkampungan rindu hadir jua

    17-07-09 at 3:22 am

  14. aliff says:

    bila rindu ucapkan zikrullah..semoga abang fajar tenang …

    kami disini pun selalu juga teringatkan arwah anakanda amir.

    17-07-09 at 4:10 am

  15. zai says:

    tidak salah merindu pada yang tiada..namun saudara fajar jgn la terlalu mengikut perasaan lalu membiarkan diri hanyut..
    redhakan la pemergian amir..be strong..diharap anis juga lebih tabah dan redha…dekatkan la diri pada yang Maha Esa..

    17-07-09 at 5:12 am

  16. Umi D & D says:

    Kuatkan dan Tabahkan hati saudara sekeluarga…..insyallah bila tiba masanya pasti akan bertemu jua…Titipkanlah doa buat Amir Yusuf tatkala kerinduan itu menjelma….

    17-07-09 at 9:00 pm

  17. bluesky says:

    salam saudara fajar.sudah lama tak menziarahi laman saudara.seingat sudah hampir 5 tahun..tiba2 teringat pd sebuah catatan yg dah lama tidak dijenguk..ingatkan sudah terkubur tp alhamdulillah masih ada..:)salam takziah..Terdiam kita dalam kesunyian
    Merenung ia tak kunjung datang
    Menangisi kenangan mati dijalan
    Seribu keceriaan tak terlupakan..salam.

    19-07-09 at 12:59 pm

  18. jue says:

    semasa saya mula membaca blog saudara, saya baru mengandung anak kedua.Terasa pilu setiap kali membaca tetapi kini bila membaca lagi blog saudara, saya sudah kehilangan baby yg dibawa.saya faham rindu yg takkan hilang itu. Bersabarlah. Arwah berada dlm jagaan yg lebih baik dan tiada lagi derita untuknya.

    20-07-09 at 3:53 pm

  19. izanazrin says:

    saya telah banyak belajar meringankan beban emosi yang melanda apabila ditimpa masalah atau diasak dugaan.

    satu yang terkesan, yang selalu saya gunakan sekarang ialah berkongsi… kongsilah perasaan yang terpendam dengan orang yang rapat dengan saudara… kekadang berkongsi dengan orang yang turut merasakan bebanan emosi yang sama boleh melaratkan lagi keadaan eg isteri, oleh itu cari orang kedua , teman rapat misalnya untuk meluahkan perasaan… menangis di hadapannya, merasakan diri lemah tak bermaya, melepaskan segala ego emosi yang dikandung selama ini … let go… just let it go… admit that u’r not that strong… u’re just a normal human being… just let go the feeling…
    percaya lah…. legaaa… lapang dada… tenang fikiran, dan bagai hilang separuh beban di bahu…
    bagai mendapat nafas baru untuk mengatur pelan masa hadapan….

    cubalah… cari lah orang yang sesuai itu… yang boleh dipercayai… yang kenal rapat dengan kita…tak payah selalu2, sesekali cukup…

    21-07-09 at 3:21 pm

  20. izzah says:

    salam…
    sungguh..
    saya tersentuh..
    jarang saya baca coretan dari seorang ayah..
    buat saya insaf dgn kelahiran anak saya..

    p/s:saya belum habis membaca kisah amir yusof..tp saya sebagai seorg ibu merasa juga kesedihan itu..sampaikan salam perkenalan buat akak…

    22-07-09 at 1:09 am

  21. XiS says:

    Fajar.. rindu itu tanda kasih sayang masih dan tetap ada.. walaupun Amir sudah lama menemui Penciptanya. Sabarlah…

    22-07-09 at 5:11 pm

  22. izani says:

    faham sangat perasaan sedih itu,tinggalkan anak seketika pun terasa sunyinya apatah lagi selamanya,sabar dan redha yg boleh ku ungkapkan,InsyaAllah we will visit u once back in Glasgow :)

    24-07-09 at 3:12 pm

  23. adinsa says:

    TIDAK SALAH MERINDU..titipkan doa untuknya..saya pasti anak itu sedang berbahagia, malah sangat2 berbahagia di sisi penciptanya..pencipta kita semua…berat mata memandang, berat bahu memikul, tapi tabahkan hati…

    31-07-09 at 8:44 pm

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 436 access attempts in the last 7 days.