28-07-09

Kehilangan

Posted in bicara by fajaril

Sesiapa yang pernah merasa kehilangan sudah pasti akan melalui saat getir. Apa yang bernama sedih, redha, takdir dan kenangan akan bersatu. Setiap kita pasti akan pulang kepada-Nya. Ke alam yang kekal. Dan sudah pasti kita menginginkan pulang di keadaan yang baik dan penuh dalam kasih sayang dari-Nya.

Dan yang pedih apabila kita kehilangan anak yang begitu disayangi. Samada dia masih kecil atau besar. Dia sudah pasti sempurna di mata kita. Apabila dia dibawa pergi, barangkali masa saja yang menentukan bilakah perasaan duka itu akan menjadi reda. Mungkin akan terus melekat dan berkekalan.

Semalam, satu berita cetakan oleh akhbar Kosmo bagai membuka kisah mengaibkan orang yang telah pergi. Setiap orang mempunyai sisi gelap dan kekurangan. Siapalah kita sebagai manusia yang benar-benar sempurna? Melainkan para kekasih-Nya.

Andainya kita berada di tempat keluarga, terutamanya sebagai ayah dan ibu, sudah pasti akan terasa kepedihannya. Mengapa setelah perginya seseorang itu, lalu dibongkar segala kisah gelapnya? Bukankah kita diingatkan untuk tidak memalukan orang yang telah pergi? Atau dalam masa yang sama melukakan perasaan ayah dan ibunya. Tidak cukupkah duka lara atas sebuah kehilangan tiada ganti?

Kita ini manusia. Tiada sebarang hak atau kuasa untuk menghukum seseorang. Biar siapa pun dia. Orang biasa mahupun orang yang terkenal. Kita pula nanti entah di mana letaknya di sisi Tuhan. Moga berada di landasan yang mampu menempah tempat di syurga-Nya kelak. Insya-Allah.

Sejujurnya, iklan-iklan dan filem yang pernah dihasil olehnya begitu mencuit hati. Kadangkala menjentik perasaan ini. Mengingatkan semula akan erti kasih sayang dan pengorbanan.

Selamat pulang ke pangkuan-Nya, Yasmin Ahmad. Al-Fatihah.

Dan moga ketabahan, keredhaan dan kesabaran akan terus bersama di dalam jiwa ayah dan ibunya.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

6 comments

  1. tED| says:

    Al-Fatihah ….

    28-07-09 at 7:07 am

  2. adibah says:

    Fajar,

    Saya pun rasa simpati pada family arwah.. tak patut cerita macam tu keluar setelah dia pergi.. untuk melariskan akhar? Berkatkah rezeki itu? Wallahualam..

    Alfatihah untuk mereka yang telah pergi..

    28-07-09 at 7:22 am

  3. yatie chomeyl says:

    banned akhbar kosmo..saya pon tak beli, baca kat internet je ulasan banyak pihak tentang artikel yang di keluarkan

    28-07-09 at 7:50 am

  4. leany says:

    Al-fatihah untuk mereka yang telah dijemput Ilahi, agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

    “Dan moga ketabahan, keredhaan dan kesabaran akan terus bersama di dalam jiwa ayah dan ibunya.” Hati seakan terusik dengan pernyataan ini. Hanya mereka yang terpilih dengan ujian Allah akan memahami perasaan ini.

    Amin

    28-07-09 at 7:56 am

  5. azrinna says:

    Setiap orang ada sisi gelapnya. biarkan dia pergi dgn tenang.

    29-07-09 at 6:12 am

  6. rusdy says:

    kubur arwah masih merah, wartawan yg perasan dirinya ‘TUHAN’ sudah mula memancing rakyat Malaysia untuk membuat pelbagai spekulasi tentang arwah. Kasihan betul pada Mak Inom sekeluarga..:(

    29-07-09 at 10:03 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 42 access attempts in the last 7 days.