Ramadan Kali Ini

“Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna…”
Seakan ada sesuatu tersekat di kerongkong. Bagai menyekat nafas menghembus buat seketika. Entah kenapa, terasa seakan begitu sebak Ramadan kali ini. Tambah hebat, dengan rasa rindu yang tiba-tiba saja terus berkumpul. Sungguh, apabila Ramadan semakin mengintai dan menjelmakan diri, satu perasaan wujud dengan perlahan-lahan. Ada rindu yang sudah mula bertaburan.
Sememangnya, Ramadan selalu dinantikan. Bahkan, hadirnya bagai menyempurnakan setahun dengan lengkap. Alangkah indahnya Ramadan. Penuh berkat dan rahmat. Bagai melimpah cahaya dari syurga buat mereka yang mengharap keredhaan dan ketakwaan dari-Nya.
Ramadan kali ini membawa bersama kerinduan ke dalam diri ini. Segala bayangan dan kenangan begitu jelas di ruang fikiran. Ramadan yang lalu, masa siang kami banyak dihabiskan di hospital. Menemani Amir Yusuf. Membaca semula coretan lama di bulan Ramadan pada tahun yang sudah, semakin mendekatkan kami buat yang dirindu. Rindu padanya. Dan rindu pada Penciptanya.
Berbulan sudah kami lalui kehidupan ini. Betapa kami mencuba dan berusaha untuk menjadi manusia yang biasa. Ketawa dan tersenyum. Namun di hati, tidak pernah sekali menafikan adanya ruang yang hilang. Segala sedih dan pedih diganti dengan doa dan kalimah suci-Nya.
Ruangan di sini, seakan begitu sepi sekali. Sama seperti sepi di hati kami. Yang tidak mampu kami zahirkan dengan ketawa setiap masa. Ramadan yang datang ini seakan mengetuk pintu hati. Bagai menyedarkan diri. Bahawa kami pernah melalui barisan peristiwa yang penuh dengan air mata. Penuh harapan. Yang mengajar erti ketabahan, kekuatan dan kesabaran.
Moga Ramadan kali ini penuh makna dan menjadi lebih sempurna.
[+]
Buat semua yang mengikuti kisah kami di sini, terima kasih atas segalanya. Selamat menyambut Ramadan yang mulia. Syukur, kita masih berpeluang mengecapinya lagi. Mohon ampun dan maaf andai adanya salah dan silap. Moga Ramadan ini membawa seribu rahmat, keberkatan dan keampunan buat kita semua. Ya, moga Ramadan kali ini akan lebih bermakna. Insya Allah.
aliff says:
Salam,
Abang Fajar dan isteri, Aliff doakan yang terbaik untuk kalian ramadhan kali ini.
Bila sedih, Ingatlah Allah SWT, pasti akan tenang.
21-08-09 at 2:39 pm
tED| says:
salam ramadhan buat kamu sekeluarga!
21-08-09 at 2:42 pm
rusdy says:
Salam Ramadan..Selamat Beramal!
21-08-09 at 2:55 pm
ena says:
selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..
21-08-09 at 3:05 pm
adibah says:
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kpd k.Anis n Abg.Fajar
Jadikan Ramadhan sbg UNIVERSITI yg mengajar kuliah2 IBADAH, tutorial2 IMAN. assignment2 TAQWA dan Amali2 AGAMA..Moga kita peroleh Ijazah keredhaannya..rebutlah peluang utk mendapat rahmah,magfirah dan dijauhkn dr api neraka
21-08-09 at 3:46 pm
XiS says:
Fajar
salam untuk Fajar dan keluarga. Semoga tirai Ramadhan dibuka dengan penuh ketenangan dan keinsafan. Semoga rahmat dan keberkatan Ilahi selalu melimpahi hidup kita semua. Salam Ramadhan al-Mubarak untuk semua pembaca Muslim di ruangan maya ini…
21-08-09 at 4:49 pm
aini ahmad says:
en fajar & pn anis & keluarga selamat berpuasa..
22-08-09 at 12:40 am
vidz says:
Salam Ramadhan buat saudara Fajar sekeluarga. Semoga ramadhan pada kali ini memberi lebih rahmat kepada saudara sekeluarga.
Mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa yang mungkin mengusik jiwa.
22-08-09 at 3:10 am
saari&suria says:
salam ramadhan…
22-08-09 at 3:55 am
elaira says:
salam fajar, anis dan najla,
selamat menjalani ibadat berpuasa. moga tenang, dan bertambah subur kesabaran dan keredhoan terhadap semua ujianNya.
salam sayang dari kuala lumpur.
22-08-09 at 7:33 am
addyaholix says:
isikan ruang yang kosong dan hilang itu dengan kenangan amir yusuf. tak perlu buang yang telah ada kerna yang itu kenangan. kalau dibuang, kenangan, apa lagi yang tinggal?
moga ramadhan kali ini lebih memberi kekuatan untuk kamu sekeluarga abang fajar.
22-08-09 at 5:23 pm
pB says:
Salam
sepupu pB baru kehilangan anak ketiga nya pada hari jumaat lepas ….
23-08-09 at 2:13 am
as says:
salam ramadhan al mubarak
23-08-09 at 3:18 am
zai says:
saudara fajar, anis dan najla..selamat menjalani ibadah berpuasa..moga ramadhan kali ini memberi seribu satu rahmat buat kita semua..
23-08-09 at 11:47 pm
linda says:
salam ramadhan untuk mu sekeluarga… semoga tabah menghadapi segalanya dgn hati yang terbuka dan tenang… kerinduan tidak mungkin hilang walau seribu tahun berlalu…
selamat menyambut ramadhan…
24-08-09 at 12:14 am
fiza says:
Fajar,
Alhamdulillah, kami sekeluarga sudah sihat spt biasa setelah hampir 2 minggu berada didalam keadaan kesihatan yang tidak menggalakkan.
Syukur kepada Allah kerana kami menyambut ramadhan dengan nikmat kesihatan yang tidak ternilai harganya, satu anugerah paling berharga dpd Allah.
Sempena Ramadhan ini, saya sekeluarga mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan tidak lupa juga terima kasih di atas doa kawan-kawan yang pernah mendoakan kami sekeluarga agar cepat sembuh… hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik kawan-kawan itu..
Akhir sekali, buat fajar dan keluarga serta kawan-kawan yang membaca komen ini… semoga Ramadhan kali ini mengundang rahmat dan keberkatan dalam kehidupan keluarga saudara sekalian. Amiiinnn..
Amir… hilang di mata kita tetapi tetap mekar di hati ayah, ibu, Najla dan pembaca setia blog ini.
24-08-09 at 12:52 am
rose says:
salam ramadhan buat abg fajar sekeluarga..moga ketabahan kalian menguatkan lg erti kerinduan….
25-08-09 at 1:31 am
azrinna says:
Salam Ramadhan untuk Fajar sekeluarga…
26-08-09 at 12:42 am
mira says:
salam ramadhan untuk en fajar sekeluarga …
amir tetap ada dalam hati kali … kalian juga tetap ada dalam hati amir …
moga tabah menghadapi segalanya.
26-08-09 at 3:30 am
mama_nayli says:
Salam Ramadhan….
Moga kalian sentiasa dilindungi oleh-Nya…
Najla dah belajar puase tak??
rindu keletah Najla diruangan ini..
26-08-09 at 6:19 am