Jujur
Ketika itu, kami masih mencari kekuatan atas sebuah kehilangan. Ternyata bukan mudah untuk mewarnai semula kehidupan yang bagaikan hilang serinya. Kepulangan kami ke Malaysia beberapa bulan yang lalu, biarpun sekejap adalah untuk mencari semangat yang hilang. Dan tanpa diduga, tiba-tiba saja ada ruang buat kami untuk dipertemukan dengan seorang insan yang cukup berilmu. Semua itu tiada dirancang. Bahkan hanya Dia yang mengaturkan pertemuan kami.
Dia itu mungkin bukan siapa-siapa di mata manusia. Namun, kelebihan yang ada padanya menjadikan dia agak istimewa dari orang lain.
Terasa diri ini begitu kerdil dan tiada apa dibandingkan dengan insan yang hanya mendambakan dirinya kepada Tuhan. Rumah kecil dan tampak usang. Jauh terpencil. Bagai tidak peduli langsung akan dunia yang begitu sibuk dengan kemewahan, teknologi dan juga kuasa. Apabila berbicara tentang ilmu tasawuf, semakin terasa betapa kurangnya ilmu di dada ini.
Apabila soalan demi soalan diajukan kepada diri ini, seakan begitu sukar sekali memberi jawapan yang begitu sempurna. Setiap bicara sarat dengan pesanan dan ilmu.
Semua manusia itu sama. Datang dari tempat yang sama. Pulang pada tempat yang sama. Apa yang membezakan kita? Ketaqwaan dan amalan kita kepada-Nya.
Salah satu pesanan yang diberikan kepada kami cukup bermakna. Menusuk di kalbu.
“Kita kena jujur dengan Allah”.
Jujur. Jujur.
Dan pertemuan yang singkat itu meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Terima kasih Abang Ki!
ena says:
sggh mendlm maksud jujur kp yg maha Esa..
yup mmg masih kerdil di sisi Allah
26-08-09 at 10:26 pm
fiza says:
Fajar,
Ingatan utk saya sendiri dan kawan-kawan yang membaca…..
Sungguh berat makna jujur dalam menjalin hubungan kita dengan Allah sbb sepanjang masa kita berhadapan dengan kuasa yang maha mengetahui segala-galanya…
Serikan kejujuran itu dengan keikhlasan dan rasa ‘hamba’ kepadaNya.
Semoga dosa-dosa kita yang telah lalu, kini dan akan datang diampunkanNya.
Amiiinnn..
27-08-09 at 12:22 am
mama_nayli says:
Jujur kpd Allah…
Mmmm….
satu perkara yg sering dianggap mudah….
Allah melihat,memerhati kita sebagai Hamba-Nya.
Tapi seringkali juga kita lalai…
ya..terlalu mendalam maksud ‘Jujur’ itu….
27-08-09 at 6:46 am
aliff says:
Salam,
Abang Fajar,
Ah…inilah persoalan yang paling sukar untuk kita semua kerana apakah sukatan yang hendak kita pakai..
Yang terbaik untukmu dan kakak, doa adik dari kejauhan.
27-08-09 at 10:57 am
kaki clubbing says:
jujur kepada jesus juga perlu………
18-10-09 at 5:58 am
kaki clubbing says:
salam 1 malaysia kepada semua…….
18-10-09 at 6:00 am