14-09-09

Kita Bersama

Posted in bicara by fajaril

drawing najla

“Ayah, I want to show you something. Look.”

Najla menunjukkan gambar yang baru dilukisnya. Sejak kebelakangan ini, minatnya untuk melukis begitu membuak.

“Ini ibu, Najla, ayah dan Amir Yusuf.”

“Wah, cantik. Very good, sayang!”, puji ayah. Najla tersenyum manis.

Hati ayah begitu tersentuh dengan lukisan Najla. Kasih untuk adiknya masih begitu setia.

“Ayah rindu Amir Yusuf”.

Najla pandang ayah. Wajahnya berubah. Lantas tangan kecilnya terus memeluk leher ayah. Kami berdakapan erat. Untuk seketika, kami tidak bersuara.

* Kredit: Gambar diambil oleh ibu.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

17 comments

  1. tED| says:

    Semoga kasih sayang itu akan berkekalan.. Salam Aidilfitri dari kejauhan buat Najla, ibu dan ayah!!

    AL-Fatihah untuk Amir Yusuf!

    14-09-09 at 9:22 am

  2. adinsa says:

    ya, semoga kasih sayang membawa ke syurga ya..amir yusuf sangat beruntung, sudahla sekarang dia di’jaga’ oleh Penciptanya dan malaikat2 Nya, malah sentiasa menjadi kerinduan dan kesayangan ayah bonda serta kanda najla, dan juga ramai yang sentiasa mendoakan untuk nya.

    14-09-09 at 12:30 pm

  3. linda says:

    sayuuu… tiada kata dpt diluahkan…

    semoga kasih sayang akan tetap tersemai selamanya…

    salam lebaran buat fajar, isteri n putri najla…

    al fatihah buat putra Amir Yusuf…

    15-09-09 at 12:05 am

  4. fiza says:

    Fajar,

    Imaginasi Najla tu sangat bernilai untuk ayah dan ibu. Ingatannya terhadap Amir masih terbawa-bawa dalam lukisan tu.

    Good girl!!!!

    15-09-09 at 12:32 am

  5. rose says:

    kerinduan dan kasih sayang masih jelas di sudut hati najla…terharu ngan kasih sayang kerinduan terhadap amir ..semoga kerinduan ini akan berkekalan…

    salam aidlfitri dr saya peminat corentan abg fajar.. :-)

    15-09-09 at 1:17 am

  6. mamalisa says:

    sepanjang ramadhan ini hati asyik tersentuh,terbayang-bayang arwah aiman.semasa solat terasa hangat seolah-olah ada yg menemani..Kdg kala tido juga termimpi-mimpi kanak-kanak lelaki berlari-lari ditaman. Mungkin kah rohnya datang menjengah..

    org kata ramadhan roh boleh pulang ke rumah, betul ke?

    15-09-09 at 5:15 am

  7. mama arwah nurul iman says:

    salam,

    dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin. 5 ramadhan lalu genap setahun arwah anak saya menemui Illahi.

    16-09-09 at 1:08 am

  8. nieda says:

    selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    maaf,say atidak pernah perkenalkan diri walaupun selalu mengikuti blog ini.

    alfatihah untuk Amir Yusuf.

    16-09-09 at 2:10 am

  9. vidz says:

    Salam Fajar sekeluarga,

    Semoga kasih sayang itu kekal hingga ke pintu syurga.

    Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran saya menitip kata-kata di blog sdr Fajar.

    Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan semoga segala keberkatan dan kebahagiaan mengiringi sdr Fajar sekeluarga.

    Sampaikan salam saya pada Ibu dan Najla juga Fatihah saya kepada Adinda Amir Yusuf.

    16-09-09 at 3:06 am

  10. addyaholix says:

    biar rasa itu terus hidup. jangan langsung hilangkan bang fajar… =)

    16-09-09 at 3:24 am

  11. bun says:

    ..indahnya Ramadhan di musim cinta mekar mewangi..

    Al-Fatihah

    16-09-09 at 2:36 pm

  12. intanmaria says:

    salam eid ramadhan.

    from us
    maria+ariff+ecah

    alfatihah untuk amir yusuf

    17-09-09 at 1:27 am

  13. aliff says:

    Salam,

    Abang Fajar dan keluarga,

    Salam Syawal dari Malaysia. Najla kakak yang penyayang. Peluk cium untuknya.

    17-09-09 at 7:35 pm

  14. zai says:

    salam aidilfitri istimewa untuk najla, ayah dan ibu..moga aidilfitri kali ini memberi sinar baru utk najla seisi keluarga…maaf zahir dan batin.

    17-09-09 at 11:38 pm

  15. Jiey Mien says:

    Selamat hari raya buat Abg Fajar, Kak Anis & Najla..

    Ampun dan maaf dipinta andai ada salah dan silap dalam berbicara..

    Al-Fatihah buat Arwah Amir Yusuf

    Salam Syawal,
    Jiey, Alimin, Rayyan

    18-09-09 at 3:49 pm

  16. rudy says:

    fajar, epi eid. maaf zahir batin. aku senyum sendiri muka kau yg najla lukis. Bilalah agaknya nak jadi tembam like that…i wish near future hehehehe.

    22-09-09 at 11:51 am

  17. @tune says:

    najla sgt sweet..smoga die akan mengerti ape yg berlaku

    25-09-09 at 4:54 pm

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 42 access attempts in the last 7 days.