Mimpi
Pagi itu Najla bangkit dari tidur dengan wajah yang berseri. Selalunya wajahnya suram dan penat. Bagaikan tidak puas tidur. Namun pada pagi itu, senyuman yang terukir di bibirnya menjadikan dia begitu manis sekali. Dan dengan senyuman itulah dia datang memeluk ayah yang sedang berehat di ruang tamu.
“Ayah, malam tadi Najla mimpi Amir Yusuf. Najla jumpa dengan dia!”, ujarnya begitu teruja.
“Ya ke?”, ada sedikit rasa terkejut.
“Ya. Najla dengan Amir Yusuf main sama-sama. Happy!”
“Amir Yusuf buat apa lagi? Dia cakap apa?”
Ayah teringin untuk tahu. Soalan yang ayah ajukan mungkin sekadar penyambung cerita antara ayah dan Najla. Bagai tiada satu perbezaan di antara realiti dan mimpi. Tapi barangkali mimpi pertemuan Najla dan Amir Yusuf adalah satu hadiah dari-Nya. Dan mungkin juga Najla insan terpilih untuk bermimpi tentangnya.
“Amir Yusuf cute. Handsome. Dia cakap, ‘I love you’ pada Najla. We play together.”
Dengan penuh perasaan Najla bercerita. Seolah-olah dia baru bertemu dengan watak puteri-puteri yang sering dilihatnya di buku dan tv. Melihat wajahnya penuh ceria membuatkan hati ayah cukup bahagia.
Kehilangan dia di dunia tidak pernah menjauhkan kenangan dan ingatan kami kepadanya. Bahkan selalu saja namanya disebut. Kami percaya, satu masa nanti kami akan dipertemukan. Dan moga pada waktu itu, dia akan sama-sama memimpin kami. Menghulur bantuan pada kami yang serba kekurangan. Moga syafaat darinya akan dapat kami perolehi.
Hati dipujuk. Lalu tersenyum. Sama seperti senyuman Najla yang manis. Senyuman dari mimpi bertemu dengan adiknya, Amir Yusuf.
joegrimjow says:
amir yusof da xde ek?
pernah mimpi ayah
mmg best dan sampai skrg kenang
walhal mimpi susah nak ingat…
12-11-09 at 7:59 am
Lin says:
satu anugerah terindah buat Najla yg mmg sentiasa rindukan adindanya… pasti mimpi itu adalah yg terindah buat Najla….
12-11-09 at 8:09 am
erni says:
setiap kali nama amir yusuf disebut kat sini..teringat entry2 lama tentang amir yusuf..alfatihah utk baby AMIR YUSUF..
12-11-09 at 8:45 am
rudy says:
manis najla…menceriakan.sejuk hati…
12-11-09 at 9:47 am
yatie chomeyl says:
najla must be very happy to ‘met’ arwah amir yusoff in her dream
12-11-09 at 10:36 am
pu3qute says:
saya juga seperti puteri saya sentiasa rindukan dan mimpikan adiknya Ammar Afif. Kanak-kanak memang suci dan tulus.
12-11-09 at 11:58 am
cikgu_math says:
akak juga pernah bertemua arwah suami di dalam mimpi..tapi just see each other..tanpa kata..tanpa suara
mungkin kerana kita telalu merinduinya…..
12-11-09 at 12:30 pm
bear says:
Salam..
Cik Fajar & Puan Anis,
Saya akan bernikah pada 12 March 2010. Kenduri di Klang akan diadakan pada 21 March 2010. Dijemput hadir jika ada kesempatan terluang.
12-11-09 at 6:34 pm
fiza says:
Fajar,
Boleh jadi juga apa yg dimimpikan oleh Najla itu adalah benar.
Walau apapun, kita tumpang gembira.
13-11-09 at 3:20 am
addyaholix says:
moga najla terus jadi penyambung cinta abang dan amir yusuf.
14-11-09 at 4:46 am
zali azali says:
mudah mudahan segala keindahan akan menjadi realiti..pada tuhan yg esa kita meminta….
14-11-09 at 12:24 pm
cikgu zam says:
sungguh tersentuh hati dengan mimpi najla. Semoga najla cemerlang dalam hidupnya
17-11-09 at 2:48 am
vidz says:
Ada org berkata mimpi itu mainan tidur. Tapi ada juga yang berkata mimpi itu indah.Tentunya mimpi Najla amat indah. (^-^)b
18-11-09 at 6:29 am
kikin says:
hepinya najlah! alhamdulillah tersenyum gembira dia dpt main2 dgn adik walau dlm mimpi.
19-11-09 at 8:23 am
zai says:
anak2 kecil memang tulus…gembira najla bertemu adik walau hanya dlm mimpi..terubat rindu najla pada amir yusuf
19-11-09 at 8:49 am
cikgu zam says:
salam eiduladha buat fajar dan keluarga. Sama2lah kita memburu nikmat hidup yang diberkati…
25-11-09 at 5:23 am