12-01-10

Kucupan Ini

Posted in bicara by fajaril

Najla pegang erat wajah ibu. Bibirnya menguntum senyum. Sejurus kemudian, Najla mendekatkan wajahnya kepada ibu. Lantas satu kucupan diberikan di dahi ibu.

Sambil Najla berkata,

“Satu untuk ibu”.

Kemudian, satu kucupan di pipi kanan ibu.

“Satu untuk ayah”.

Seterusnya satu kucupan di pipi kiri.

“Satu untuk Najla”.

Satu kucupan di hidung tirus ibu.

“Satu untuk Amir Yusuf”.

Dan akhir sekali di dagu ibu.

“Dan satu untuk semua!”

Ibu peluk erat Najla. Dengan rasa sayang yang tidak bertepi. Ibu balas semua kucupan yang sama buat Najla. Sesudah itu, Najla membuat perkara yang sama untuk ayah. Dan semua itu sudah cukup membuatkan Najla rasa bahagia.

Ternyata, hati ayah cukup tersentuh. Dalam gelora kehidupan yang tiada terduga, hanya kasih sayang sebegini yang bisa membuatkan kami rasa kuat dan tabah. Menghargai pada setiap cebisan ruang waktu ketika bersama.

Malam tadi, ketika kami semua sedang bersiap sedia untuk tidur, ibu mengumumkan satu berita. Berita dari mimpinya. Mata ibu bersinar tanda rasa bahagia.

“Malam tadi, ibu mimpi Amir Yusuf. Amir Yusuf cium ibu.”

Najla menjerit. Dia cemburu. Dia mahu ciuman dari Amir Yusuf juga. Terus saja dia merajuk dengan ibu. Walaupun kami tahu, ia sekadar usikan manja darinya.

Aduh, rindunya Amir Yusuf. Dan dalam diam-diam, hati ayah juga cemburu. Ayah juga mahu ciuman dari Amir Yusuf. Biarpun sekadar di dalam mimpi!

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

18 comments

  1. megat says:

    masih tergambar rentetan peristiwa semasa hidup Amir Yusof.

    saya juga terharu.

    12-01-10 at 8:29 am

  2. hajar says:

    so cute….najla

    12-01-10 at 9:04 am

  3. addyaholix says:

    ayah tak perlu cemburu, kerna hidup ayah ada ibu dan najla. dan kenangan amir yusuf akan kekal sampai bila-bila bersama ayah.

    12-01-10 at 9:32 am

  4. Indera says:

    Dalam merindu, gelombang perasaan sememangnya tidak bertepi. Jauh di mata tetapi sangat dekat di hati. Ingin menyentuh, namun tidak tergapai dek tangan. Ingin bertemu, jika tidak di alam nyata, memadai sahaja di dalam mimpi.

    Pertemuan pasti akan menjadi kenyataan. Cuma masa yang menentukan. Berdoalah ke hadrat Ilahi, agar Amir Yusuf tidak akan jemu-jemu bertamu di mimpi Fajar. Dengan itu akan terubatlah kerinduan Fajar terhadapnya. Akan terlaksana bukti kerinduan antara Fajar dengan puteramu itu.

    Salam rindu dari abang di tanahair….

    12-01-10 at 9:43 am

  5. yfatahyah says:

    Sedihnya KFa baca entry ni Fajar..

    12-01-10 at 10:32 am

  6. lin says:

    kasih sayang serta rindu pasti tetap mekar untuknya… kehadiran di alam mimpi ibu sbg wakil utk membalas segala kasih sayang serta rindu, mungkin
    Amir Yusuf tau bahawa hati ayahnya tabah..beda dgn hati sorg ibu yg masih lagi merasa saat kehilangan anak yg dikandung dan dilahirkan… Insya’allah, satu hari Amir Yusuf akan dtg jua menjenguk ayahanda dan kanda tercinta walau sekadar di alam mimpi… Insya’allah….

    12-01-10 at 2:07 pm

  7. aliff says:

    Masih teringat-ingat bait-bait ayat abang Fajar ketika Amir Yusuf dalam perjuangannya.

    Kerinduan tidak pernah padam.

    Teringat wajah comel Najla di lapangan terbang dahulu.

    Najla, cium peluk dari kejauhan untukmu.

    13-01-10 at 6:09 am

  8. saidatul says:

    rindu itu adalah anugerah…

    13-01-10 at 2:16 pm

  9. cikgu zam says:

    salam ,
    kasih sayang membawa ke syurga

    14-01-10 at 3:44 am

  10. ryna says:

    kakak najla anak yg baik..

    en.fajar,kita punyai impian yg serupa..hingga kini saya pun tertunggu2 kucupan dari putera sulung saya,jika tidak kucupan,sekadar mimpi pun sudah memadai..

    14-01-10 at 3:37 pm

  11. bun says:

    kucupan rindu membuat hati bertambah sayu dan sendu..hanya Allah tempat doa bertamu..memanjat doa dlm penuh syahdu..smoga Amir Yusuf hadir menjenguk jua dlm mimpi-mimpimu..Al-Fatihah

    16-01-10 at 8:03 am

  12. Pokok_Kelapa says:

    Salam saudara,

    Membaca kisah Amir Yusuf pada entry2 yang lepas, walau 10 kali ulangan takkan jemu, masih lagi terkesan.Memulas mulas hati seorang lelaki. Memang, ketabahan saudara dalam menghadapi dugaan sebegitu amat wajar dihormati.Salute to you bro!

    21-01-10 at 5:59 am

  13. Afie Jefri says:

    Salam ,
    saya baru mengikuti kisah amir yusuf .. takziah .. encik fajaril serta isteri mmg seorng yg tabah…

    Kerana ingin tahu tentang si kecil amir yusuf , saya print kesemua kisah dia untuk saya baca masa waktu terluang,harap encik fajaril tidak kisah..

    Setiap kali saya mula membaca entry terbaru berkenaan amir yusuf , hati saya tersentuh,saya mengalirkan air mata..

    saya berdoa semoga encik fajaril & keluarga akan terus taah..saya berdoa semoga si kecil amir yusuf ditptkan bersama mereka yg beriman-amin…

    21-01-10 at 8:29 pm

  14. zai says:

    kehadiran amir yusuff walau pun sementara telah mengeratkan kasih sayang fajar sekeluarga.. ya, sememangnya rindu itu juga adalah satu anugerah..

    22-01-10 at 12:23 am

  15. adinsa says:

    doa dari kami skeluarga buat saudara fajar dan family, insyaalah ganjaran syurga dijanjikan atas segala redha dan sabar…kita doadoakan…

    22-01-10 at 12:38 pm

  16. min says:

    salam en fajar,

    seorang sahabat saya telah menyarankan saya membaca catatan saudara tentang amir yusuf. 2 mlm saya mengkhatam luahan hati seorg ayah mengenai amir yusuf. moga menjadi semangat kepada saya dan suami yang kini anak kami juga dimasukkan ke CICU, Leicester Royal Infirmary atas jangkitan kuman di paru2 & mungkin juga di otak. doakan kami kuat & tabah. Insya Allah!

    23-01-10 at 12:39 am

  17. kingbinjai says:

    tersentuh

    24-01-10 at 4:04 am

  18. Faiz B says:

    Can Najla spare some kiss for my boy Neil? I bet it’ll be a super cute sight =)

    28-01-10 at 9:59 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 42 access attempts in the last 7 days.