Saat Ini
Sudah beberapa kali entri di ruangan ini tertangguh. Hari berganti hari. Minggu bersilih ganti. Akhirnya, masih tidak juga dapat dicoretkan sesuatu pun. Bukan kerana tidak ada cerita. Tetapi, buat masa ini terlalu banyak perkara yang ingin disempurnakan. Kekusutan yang melanda sarat menguasai kepala. Keperitan menjadi pelajar di negara orang bukanlah cerita yang mudah untuk dikongsikan. Kadangkala, tidak semua orang memahami tentang apa yang kita lalui.
Ada beberapa perkara yang ingin disempurnakan. Moga segala kekusutan akan berlalu pergi. Di dalam diri begitu yakin dan percaya, setiap dugaan yang telah Allah berikan, pasti ada hikmahnya. Ingin sekali dikongsikan sesuatu buat teman yang setia hadir ke ruangan ini. Insya Allah, moga esok diberikan ilham yang sebaiknya.
min says:
Insya Allah! Moga dimudahkan segala urusan abg fajar dan kak anis sekeluarga… Mawaddah dah balik rumah, terima kasih atas doa…
01-02-10 at 11:49 pm
asuhara says:
gambatte!
02-02-10 at 12:28 am
yatie chomeyl says:
semoga berjaya dalam perjuangan menuntut ilmu ini. gambatte ne
02-02-10 at 1:08 am
Lin says:
semoga lebih tenang berjihad demi masa depan diri dan keluarga… kami sahabat akan terus berdoa agar fajar serta keluarga sentiasa tabah dan ceria….
02-02-10 at 2:19 am
aliff says:
Salam,
Abang Fajar,
Moga terlerai segala kekusutan dengan amalan-amalan sunat. Kami di Malaysia mendoakan.
Mungkin memperbanyakkan pembacaan surah Al-Insyirah dan Al-Waqiah boleh membantu..
02-02-10 at 3:49 am
ita says:
salam…
moga en fajar sekeluarga tabah menghadapi ujian di negara org..mgkin kita tak prnah kenal tetapi blog en fajar sudah sebati dalam hidup saya sejak sya mmbaca mengenai amir yusuf..rasa rindu n sebak sntiasa ad bila mmbuka blog ini..smoga semuanya berbahagia..amin..
02-02-10 at 4:51 am
vidz says:
hidup ini indah dengan segala suka dan duka. tidak bermakna hidup tanpa semua itu kerana kita tidak akan belajar apa2. maka tempuhi segala cabaran dan kegembiraan dengan sebaiknya bagi keinsafan diri dan kematangan fikiran. (^-^)
02-02-10 at 9:28 am
intanmaria says:
semoga saudara suami isteri dapat mengharungi dugaan di perantauan
saya merupakan silent reader blog anda
04-02-10 at 3:01 am
kingbinjai says:
insyaAllah
04-02-10 at 2:16 pm
rudy says:
gambatte hoshii! aku doain kamu sahabatku.
05-02-10 at 3:52 am
cikgu zam says:
salam, apa2pun buat lah perkara yang utama dan menepati dengan tanggungjawab kita dahulu. InsyaAllah segalanya selamat, Amin
10-02-10 at 1:08 pm