Untuk Dia
Kebiasaannya, hujung minggu adalah waktu untuk kami sekeluarga bersama dan berehat. Setelah sepanjang minggu sibuk di makmal, inilah masa untuk kami bermesra bersama Najla. Melayan karenah manja dan rajuknya.
Hujung minggu yang lalu, kami keluar bersama dan singgah di sebuah kedai kelengkapan bayi. Ibu mahu membeli hadiah untuk rakannya yang baru saja menimang cahaya mata. Maka, ibu sibuk memilih pakaian yang tergantung.
Dalam masa yang sama, Najla turut sama memilih pakaian yang ada di situ. Akhirnya dia mengambil satu baju comel berwarna pastel dan biru. Lalu ditunjukkan kepada ayah yang sedang sibuk meninjau barang-barang yang ada di dalam kedai.
“Ayah, is it cute?”
“Yes.”
“I want this. This one for Amir Yusuf.”
“Ha? Buat apa? Tak payahlah sayang.”
“Why? Please ayah.”
“Hmm. Macamana Najla nak bagi Amir? Macamana Amir nak pakai?”
Muka Najla terus berubah. Tiba-tiba saja dia menangis.
“Najla nak bagi Amir Yusuf.”
“Najla sayang, Amir Yusuf tak perlu baju ni lagi. Amir Yusuf kan dengan Allah. Allah dah beri baju yang lagi cantik pada Amir Yusuf.”
Tangis Najla masih tidak mahu reda. Ayah peluk erat tubuh Najla. Kadangkala, sebagai ayah, agak sukar meneka apa yang tersirat di hati kecilnya. Dan menjadi satu cabaran untuk menjawab dan menjelaskan segala persoalan yang diutarakan dari mulut kecilnya. Adakah dia memahami segala apa yang telah dilaluinya? Atau barangkali ini adalah salah satu rindu yang dizahirkan olehnya?
Ayah tahu. Najla sayang Amir Yusuf. Sebagaimana sayang ayah dan ibu kepada dirimu dan dirinya.
bun says:
..kirimkan aku kekuatan serta pedoman jika aku dalam kesesatan, terlalu lama aku mencuba, terlalu banyak cinta yang kudamba tiada yang sempurna..Tuhan, akulah hambaMU..
23-02-10 at 6:19 pm
aliff says:
Salam,
Bang Fajar,
Kasihan Najla, rindu sungguh dia pada arwah adiknya.
Bang Fajar,
Bersabarlah dan bertawakallah, moga-moga Allah memberi jalan keluar atas situasi ini.
24-02-10 at 5:49 am
xiao hong says:
salam…
rindunya dia pada adiknya… eratnya ikatan rindu itu… Ya Allah teguhkan hati anak ini
24-02-10 at 5:51 am
Lin says:
Fajar..
kerinduan pada adinda nya itu tak terzahir… semoga dia tabah…
02-03-10 at 9:04 am