06-03-10

Terlalu Istimewa

Posted in amir yusuf, peristiwa by fajaril

Genap sudah setahun Amir Yusuf pergi meninggalkan kami. Begitu pantas sekali masa berlalu. Namun, segala peristiwa bersama dirinya masih begitu segar di dalam ingatan. Bagai baru saja semalam. Pada setiap kesukaran, kepedihan, kesabaran dan ketabahan yang begitu sukar untuk dizahirkan dengan kata-kata.

Ada orang pernah berkata, pada yang telah pergi biarkanlah saja dia pergi. Usah dikenang-kenang kerana dirinya sudah dijanjikan dengan tempat yang baik. Tempat yang menjadi idaman semua. Iaitu syurga milik-Nya.

Satu perkara yang pasti, tidak mungkin akan dapat dilupakan tentang dirinya. Dia datang dari tanda kasih kami. Satu anugerah yang cukup bermakna. Meskipun keadaannya tidak begitu sempurna kerana pelbagai komplikasi yang ditanggung oleh tubuh kecilnya, namun di sisi Tuhan dia begitu sempurna. Ternyata, dia terlalu istimewa.

Setiap kali berkongsi cerita tentang dirinya, ada yang mungkin beranggapan bahawa kami sebagai ibu dan ayahnya akan bersedih dan meratapi akan sebuah kehilangan. Tidak. Air mata bukan tumpah kerana duka. Kadangkala, ia mengalir kerana kerinduan. Juga kerana kesyukuran. Alangkah terharunya di hati kami, apabila mendengar dan membaca hadis yang menerangkan bagaimana anak kecil yang telah pergi akan memberi syafaat kepada ibu bapanya. Bergenang juga air mata ini, apabila diberitahu sewaktu manusia dihisab di akhirat, syafaat yang datang dari anak kecil ini datang membantu ibu dan ayahnya. Moga di sana nanti, tangannya bisa memimpin kami bersama-sama ke syurga!

Alangkah indah dan nikmatnya impian itu.

Sesungguhnya segala apa yang telah ditentukan oleh Tuhan adalah suatu perkara yang sukar dijangkau oleh pemikiran kita sebagai manusia yang kerdil. Manusia hanyalah merancang, namun hanya Dia yang menentukan segalanya. Kata-kata ini seringkali terungkap. Apabila kita membuka hati dan jiwa serta melihat segala apa yang kita lalui selama kehidupan ini, maka sudah pasti akan tersingkap kebesaran-Nya.

Mengenangkan dirinya adalah satu perkara yang bukan luar biasa buat kami. Tidak pernah namanya lekang dari terungkap dari mulut kami sekeluarga. Bagaikan dia ada selalu bersama kami. Cuma berada pada alam yang berbeza. Antara hidup dan mati. Namun kasih sayang itu telah mengikat kami dengan begitu erat. Mengenangkan dirinya turut mengingatkan diri ini akan kuasa Sang Pencipta. Bahawa manusia itu adalah kerdil dan tiada upaya.

Cukup dengan Amir Yusuf, kami diajar untuk memahami dan mengenali siapa diri kami ini. Sehebat mana pun manusia, kita ini bukan siapa-siapa. Tetapi hanyalah sekadar manusia biasa yang seharusnya mensyukuri akan kebesaran Ilahi. Hanya kepada Dia tempat untuk bermohon. Dan setiap kali kami meminta bantuan dan harapan, maka kami diberikan jawapan pada setiap persoalan dan permintaan. Ianya datang dengan perlahan-lahan, namun cukup sempurna. Setiap peristiwa bersama Amir Yusuf bersilih ganti bagai memberi jawapan buat kami insan yang mengharap keredhaan dari-Nya. Membuka mata hati dan jiwa. Betapa agungnya Dia.

Mengimbau kembali kenangan bersama Amir Yusuf, mengingatkan kami pada satu ruang di mana kekuatan, kesabaran dan ketabahan itu teruji. Hati dilentur-lentur. Perlahan-lahan ia dipeluk dalam selimut takdir. Redha untuk menerima pada setiap pemberian dari Tuhan. Pernah juga sesekali terlintas, adakah itu diri kami? Tiada siapa pun mahu membayangkan berada di dalam keadaan yang sedemikian. Tetapi, jika itu kehendak-Nya, maka siapalah kita untuk menolaknya? Kerana, di dalam dugaan sebegitu kita akan terasa begitu dekat dengan-Nya. Dan sentiasa berharap agar rahmat dan kasih-Nya akan terus berpanjangan hingga ke akhir waktu.

Sehampar rasa terima kasih buat semua teman dan kenalan yang begitu setia membaca ruangan ini khususnya. Baik yang mengenali secara peribadi mahupun hanya di ruang maya ini. Tidak dapat dilupakan, bagaimana pada tahun yang lalu, tiba-tiba saja hits pada blog ini mencecah angka yang amat tinggi iaitu melebihi angka 6000 dalam sehari. Lebih-lebih lagi melalui entri kami yang sungguh peribadi, Untuk Terakhir Kali. Sungguh dapat kami rasakan betapa indahnya ikatan yang pernah terjalin melalui anakanda kami, Amir Yusuf. Tidak akan kami lupakan pada semua yang pernah memberikan kata-kata semangat dan kekuatan. Serta doa yang tulus ikhlas. Tangan ini tidak mampu untuk menzahirkan rasa syukur dan terima kasih itu. Hanya doa dipohonkan agar setiap kebaikan yang dihulurkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Insya Allah, moga satu hari nanti kita akan dipertemukan.

“Amir Yusuf, seakan baru saja semalam kami bersamamu. Mengenangkan dirimu, mengingatkan diriku akan kebesaran, keagungan dan kekuasaan Tuhan. Moga dirimu berbahagia dan bergembira dikelilingi bidadari syurga, sayangku. Dan moga nanti kita disatukan di syurga milik-Nya. Ya Allah, sampaikanlah salam kerinduan kami buat Amir Yusuf.”

Amir Yusuf. 27/06/08-06/03/09.
Al-Fatihah.

Terima kasih buat sahabat kami, saudara Izani Zainal kerana ‘menghadiahkan’ kami klip video ini. Ianya terlalu bermakna buat kami. Menusuk jiwa dan sanubari. Sebagaimana indahnya melodi dan lirik lagu Terlalu Istimewa dari Adibah Noor, demikianlah indahnya kenangan kami bersama Amir Yusuf. Moga terus subur dan mengharum ke dalam jiwa ini.

You can leave a comment, or trackback from your own site. RSS 2.0

46 comments

  1. saidatul says:

    Assalamualaikum buat ssaudara fajar…saya tidak pernah melepaskan peluang untuk membaca setiap entry yang ditulis oleh saudara…segala-galanya tercatat dengan cukup sempurna…semoga Amir Yusuf tenang disana…dan pasti saudara sekeluarga akan bertemunya…Amin…

    06-03-10 at 8:02 pm

  2. pinatbate says:

    Salam..semuga keluarga saudara Fajar sentiasa dalam peliharaan dan kasih-sayang Allah.

    07-03-10 at 5:33 am

  3. yatie chomeyl says:

    salam buat fajar sekeluarga,

    say aantara yg mengikuti cerita arwah amir yusuf dari dulu. sebak pulak tgk video tu. smeog afajar sekeluarga terus tabah

    07-03-10 at 10:17 am

  4. ummi rayyan - chue leen says:

    Salam,
    Genap sethun arwah meninggalkan kiter..tapi mengeratkan kiter semua..al fatihah..semoga kiter dpt berhubung di ym nanti..semoga kak anis dan abang fajar terus tabah..terharu tgk gambar najla..

    07-03-10 at 1:50 pm

  5. mamanaufal says:

    al fatihah utk Amir Yusuf, pasti amir yusof bsama2 naufal sedang menunggu kita dpintu syurga..PASTI..

    07-03-10 at 4:03 pm

  6. nurul says:

    Sungguh cepat masa berlalu kan…Tarikh keramat ini juga genap setahun pemergiah abah yang tersayangg….AlFatihan utk Amir Yusuf dan Abah

    08-03-10 at 12:00 am

  7. lin says:

    alFatihah untuk Arwah Adik Amir Yusuf..

    08-03-10 at 3:00 am

  8. hazie says:

    salam,

    sya pn dh merasai apa yg saudara fajar & keluarga rasai.. selama ini hanya membaca coretan saudara fajar shj.. Muhammad Hariz Riffqi.. Allah pinjamkan kepada kami hanya untuk 104 hari sahaja..Alhamdulillah.. Muhammad Hadif Rayyan masih bersama kami.. pasangan kembar yg hanya bersama di wad NICU shj…
    Abg Rayyan jumpa Rifqi di sana nanti…

    08-03-10 at 4:40 am

  9. mirah says:

    sebagaimana ia sukar utk diluah, namun begitulah rindu yg terus bersama kalian.
    Moga Allah terus memberi kalian ketabahan hati.

    08-03-10 at 6:24 am

  10. min says:

    speechless… al-fatihah

    08-03-10 at 8:37 am

  11. fiza says:

    Fajar,

    Sudah lama tidak menjenguk blog sdr … agak sibuk sejak kebelakangan ini.

    Terharu sangat ketika membaca tulisan sdr… menitis air mata ini bagai sukar ditahan lagi. Sangat pantas masa berlalu… sudah setahun rupa-rupanya Amir ke rahmatullah.

    Amat seksa rasanya bila digamit rindu pada sikecil itu… namun bahagia dan nikmat yang menunggu di akhirat kelak. Tahniah… sdr dan bonda Amir diberi anugerah ini walaupun sgt pahit untuk dilalui.

    08-03-10 at 9:19 am

  12. dee says:

    Al fatihah

    08-03-10 at 1:05 pm

  13. hishamalias says:

    Salam….sungguh sdr fajar sekeluarga amat tabah menghadapi ujian ini….semuanya ketentuan Allah…disebalik ujian yang diberiNya terselindung kasih syg yg tidak terhingga… Sungguh sdr… Kerja Tuhan siapa tahu…

    08-03-10 at 3:15 pm

  14. azlina says:

    Membaca entri tentang arwah Amir Yusuf buat saya dipagut sayu, Saya benar2 bersetuju betapa segala ujian yg diturunkan Dia benar2 mengajar kita erti rasa syukur. Hanya pd Dia tempat kita bermohon.Semoga arwah tenang dan dicucuri rahmat di sana.

    09-03-10 at 8:15 am

  15. ellanie says:

    tak pernah sy lupakan amir yusuf…cepat masa berlalu kan..dah setahun…semoga anakanda amir yusuf tenang & berbahagia disana…alfatihah

    09-03-10 at 8:54 am

  16. syahida says:

    salam..
    kak anis n cik. fajar..

    menistis air mata ini pabila membaca cetusan rasa dan melihat video klip ini. Sesungguhnya Amir ditempatkan di syurga oleh ALLAH s.w.w Sesungguhnya ALLAH lagi lebih menyayangi & mencintainya berbanding kita semua.. semoga k. anis n En. Fajar tabah menghadapinya. AL-Fatihah buat adik AMIR YUSOF

    09-03-10 at 9:00 am

  17. yfatahyah says:

    Salam,
    Salam rindu juga buat Anakanda Amir Yusuf.. Tahniah buat Fajar & Anis kerna terpilih menjadi ibu dan ayah kepada penghuni syurga..:)

    09-03-10 at 4:54 pm

  18. ziera says:

    salam..
    setahun berlalu..apa yang beri olehNya..memberi seribu pengerti buat kt semua..-Al-Fatihah-

    10-03-10 at 7:07 am

  19. risanur says:

    salam en. fajaril,

    tak sedar rasenya dah setahun amir yusoff meninggalkan kita semua…semoga en. fajaril sekeluarga akan tabah menghadapi semua dugaan drNya…

    10-03-10 at 8:54 am

  20. aminbakish says:

    semoga Fajar dan keluarga terus tabah mendepani masa depan setabah Amir Yusuf.

    10-03-10 at 9:18 pm

  21. adinsa says:

    kisah arwah AMIR YUSUF SENTIASA SAYA SEMAT DLM HATI, BUAT PENGAJARAN DAN IKTIBAR, YANG KITA NI MILIK ALLAH, MACAMANAPUN, ARWAH ADALAH AMT ISTIMEWA, INSYAALLAH JADI PEMBELA IBU AYAH NANTI UNTUK KE SYURGA

    11-03-10 at 1:55 am

  22. adinsa says:

    TERFIKIR2 DI MINDA, ALANGKAH BERTUAHNYA ANK ITU MENJADI PENGHUNI SYURGA….ALHAMDULILLAH.

    11-03-10 at 1:56 am

  23. zalina says:

    Assalamualaikum buat saudara fajar…saya tidak pernah melepaskan peluang untuk membaca setiap entry yg dicatat…segala-galanya tercatat dengan cukup sempurna…semoga Amir Yusuf tenang disana…dan pasti saudara sekeluarga akan bertemunya…Amin…menistis air mata ini pabila membaca cetusan rasa dan melihat video klip ini. Sesungguhnya Amir ditempatkan di syurga oleh ALLAH s.w.w Sesungguhnya ALLAH lagi lebih menyayangi & mencintainya berbanding kita semua.. semoga tabah menghadapinya. AL-Fatihah buat adik AMIR YUSOF

    12-03-10 at 1:05 am

  24. Faiz B says:

    Salam Fajar,

    No word can describe my admiration of your strength and courage.

    13-03-10 at 10:54 am

  25. rose says:

    Salam Fajar .

    cepat mase berlalu dan setahun Arwah meninggal… tgk vc td betul2 menyentuh perasaan…

    Al-Fatihah to him…..

    13-03-10 at 5:29 pm

  26. kak yati says:

    Salam
    Untuk saudara fajar dan isteri serta najla.
    Alfatihah untuk amir yusuf. Semoga Allah memberkati kehidupan kalian dengan sebaik-baik kehidupan di dunia dan akhirat.

    16-03-10 at 6:48 am

  27. Ina says:

    saya rasa speechless baca entry ni. coretan entry ni seolah2 menceritakan setiap perasaan yg sama yg saya juga alami. walaupun ujian yg dialami xsama tp kiter sama2 kehilangan anak kecil yg tersayang. semoga kiter sama2 tabah selalu dlm mengahadapi kerinduan yg sangat mendalam. al-fatihah utk amir yusuf.

    16-03-10 at 12:59 pm

  28. Terlalu Istimewa « All about mummy n baby says:

    [...] TERLALU ISTIMEWA [...]

    17-03-10 at 11:32 am

  29. rudy says:

    alfatihah! Di syurga menanti Amir Yusufmu.

    19-03-10 at 4:17 pm

  30. aisyah says:

    salam. saya tak pernah tinggal membaca tentang cerita amir yusuf. saya akan menitis air mata membaca setiap entry di blog ini. he’s so special. insyaallah, you and your family will be one of person yg amir yusuf tunggu di syurga. amin.

    23-03-10 at 3:38 am

  31. Erni Zainal says:

    Assalamualaikum,
    blog ini sudah umpama suatu kemestian buat saya saban hari. berkali-kali saya membaca coretan perasaan dan pengalaman saudara suami isteri.airmata pasti menyusuri pipi tiap kali menatap blog ini.kagum dengan ketabahan saudara berdua.Saya sendiri tidak pasti mampu menempuhinya,melihat anak2 saya yang sebaya dgn kedua-dua anak en.Fajar dan Pn.Anis, hati saya juga jadi luluh membayangkan saya di situasi anda. Sesungguhnya mudah mengungkap kata Sabar & Redha tetapi hati yang menanggung rasa dan jiwa yang memikul hiba meronta-ronta di balik ikatan iman.namun sebagai insan siapalah kita untuk menafikan apa yang sebenarnya milikNya.Dan setiap kali saya memeluk anak-anak saya,saya pasti terkenangkan saudara berdua dan di sudut hati saya bertanya “Andainya saya,adakah saya mampu melaluinya? lantas saya kucup kedua anak saya dan bermohon padanya “Ya Allah,aku tak pasti kekuatanku akan sama dgn ibubapa Amir,Kau terus tabahkan hati mereka….”………saya sentiasa menanti coretan en.Fajar. Ilal Liqa’. Al-fatihah buat Amir.

    25-03-10 at 7:54 am

  32. aliff says:

    Salam,

    Lama membiarkan pembacaan aliff tanpa komen. Sedih masih lagi terasa. Sebak masih didada.

    Sememangnya terlalu istimewa bang Fajar pengalamanmu itu.

    25-03-10 at 7:59 am

  33. Liz says:

    terasa mcm baru je saya menjenguk blog ini. tak sangka sudah setahun masa berlalu.

    saya cukup kagum dgn saudara fajar sekeluarga. biarpun diduga Allah dgn ujian yg hebat ini, tiada satu pun gambar anda menunjukkan anda berputus harap.malah, dlm video itu juga tidak menampakkan kesedihan di hati anda bertiga. sungguh sy kagum.

    arwah anakanda Amir Yusuf telah selamat di Syurga. Inilah anugerah paling besar yg dihadiahkan oleh Allah atas kesabaran anda sekeluarga

    al-Fatihah

    25-03-10 at 8:04 am

  34. bun says:

    amat tersentuh hati ini..
    tapi amat berat lagi bahu yang memikul..semoga ketabahan saudara dan isteri memberi semangat dan ketabahan pada yang kita semua..
    alfatihah

    28-03-10 at 7:56 am

  35. vidz says:

    Saudara Fajar sekeluarga,

    Sesungguhnya pengalaman saudara dan isteri menjaga arwah Amir Yusuf amat berharga.

    Bukan sahaja Amir Yusuf Terlalu Istimewa, malah seluruh keluarga saudara Fajar amat istimewa kerana dipilih oleh Allah untuk melalui semua ini yang mana saya pasti terlalu banyak hikmah disebaliknya.

    Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati saudara Fajar sekeluarga dan kami para pembaca begitu berterima kasih kerana dapat bersama-sama belajar daripada pengalaman yang dilalui oleh saudara Fajar.

    Sebenarnya tarikh pemergian Amir Yusuf sama dengan tarikh ulang tahun kelahiran pertama anak saya. Begitu tersentuh hati saya semasa pemergian Amir.

    Dan kini saya menunggu kelahiran anak kedua. Semoga kita semua diberkati dan dilindungi Allah selalu.

    Kirimkan salam saya pada ibu dan salam sayanag kepada kakak Amir Yusuf.

    Al-Fatihah untukmu Amir Yusuf.

    29-03-10 at 7:08 am

  36. ibu3w says:

    salamm..buat fajar sekeluarga..sekian lama saya mengikuti deretan cerita anda..tapi belum pernah meninggalkan apa-apa nota buat anda..saya terpanggil utk memaklumkan pada anda berkenaan seorang rakan blog yg baru sahaja kehilangan anak tercinta yang baru berusia setahun ++ , mungkin ada kata-kata dorongan dan nasihat dari Fajar untuk beliau…hhtp://supermom0978.blogspot.com

    08-04-10 at 3:52 am

  37. manjalara says:

    Amir nampak seakan tersenyum di dalam gambar walaupun dalam kesakitan. Sesungguhnya dia begitu kuat menghadapi dugaan. Sememangnya istimewa! Walaupun tak pernah bersua, saya pun rasa rindukan dia…

    14-04-10 at 2:51 am

  38. iza rahman says:

    Salam En. Fajar sekeluarga
    i’m a silent reader of your’s…sangat kagum dgn ketabahan anda sekejluarga, dengan segala dugaan di tempat org. Walaupun kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain, namun putera anda yg amat Allah sayangi itu telah membuatkan saya semakin mendekati keluarga anda…Salam dari kami di Malaysia…Al-Fatihah buat the little one, may Amir Yusuf rest in peace…

    14-04-10 at 7:15 am

  39. Ropi says:

    Salam tuan,
    Terharu saya mmebaca kisah tuan yang sangat menyentuh hati, semoga tuan sekeluarga sentiasa tenang dan damai dalam melayari kehidupan ini. Saya percaya kerinduan tuan sekeluarga bukanlah kerinduan biasa, ia adalah satu kerinduan kasih sayang yang sangat dalam. Kita yang masih di sini bersama-samalah kita berdoa untuk arwah. Semoga arwah dapat memimpin keluarganya di sana nanti seperti yang tuan coretkan, InsyaAllah, Amin…

    17-04-10 at 8:55 am

  40. mama aqel says:

    Saya antara silent reader blog fajar,mengikuti segalanya tentang amir yusuf..Tak sanggup menghabiskan klip video amir..sebab air mata gugur tanpa henti..sambil fikiran memanjat syukur masih punya anak dan suami untuk disayangi..kerdilnya kita disisiNya,Semoga Amir Yusuf ditempatkan dikalangan orang beriman dan berbahagialah disana sayangku Amir…Kau hadiahkan syafaatmu kepada kedua orang tuamu yang sungguh tabah.

    19-04-10 at 4:52 am

  41. niefeng says:

    cepatnya masa berlalu, sudah setahun rasa mcm baru semlm.

    20-04-10 at 7:44 am

  42. Mata Hati says:

    setahun bagaikan baru semalam. semoga dia sentiasa segar dlm kenangan

    08-05-10 at 7:16 am

  43. Azura says:

    buat saudara fajar….ketabahan saudara sekeluarga sumber inspirasi saya…
    mmg arwah amit terlalu istimewa….
    akhirnya dpt juga sy melihat wajah arwah dan saudara sekeluarga melalui video clip tu….tima ksih pada pd kwn saudara yg begitu prihatin
    semoga terus tabah mengharungi setiap cabaran yg mendatang…..

    26-05-10 at 3:49 am

  44. wanda says:

    slm,
    bersabarlah, TUHAN lebih menyayanginya…

    al-fatihah

    28-05-10 at 4:25 am

  45. wanda says:

    semoga rohnya dicucuri rahmat

    28-05-10 at 4:26 am

  46. leila says:

    Salam,

    dari dulu saya slalu baca catatan abg Fajar ttg Amir Yusuf. xpernah xbergenang air mata ni.. saya pun rasa rindu pada Amir Yusuf walau xpernah jumpa.

    Moga Abg Fajar sekeluarga tenang dan tabah

    09-06-10 at 8:08 am

Leave a comment

Bad Behavior has blocked 42 access attempts in the last 7 days.