Mawaddah
Namanya, Mawaddah. Comel dan cantik orangnya. Manis. Bahkan, jika dipandang wajahnya, seakan melimpah ruahnya rasa kasih dan sayang kepada dirinya. Segenap rasa keharuan menyelubungi jiwa kali pertama melihat wajahnya. Ternyata, dia adalah anak yang cukup istimewa.
Kali pertama mengenali nama Mawaddah adalah sewaktu berkunjung ke blog ibu dan ayahnya. Rupa-rupanya, Mawaddah dilahirkan di bumi UK, iaitu Leicester. Lebih kurang 5 jam perjalanan dari Glasgow. Sebaik mengenali dan mengetahui kisahnya, diri kami yang mempunyai pengalaman yang hampir serupa, sudah tentu dapat merasai apa yang dirasai oleh ibu bapa Mawaddah. Melihat Mawaddah di hospital dan membaca pengalaman ibu dan ayahnya, bagaikan mengulangi semula peristiwa yang pernah kami lalui. Bezanya, Amir Yusuf tidak pernah berpeluang keluar dari hospital. Dan pernah juga air mata bergenang sewaktu melihat gambar-gambar Mawaddah di hospital. Suasananya seakan sama seperti apa yang kami lalui bersama Amir Yusuf. Rindunya saat itu!
Apa yang berlaku pada Mawaddah? Barangkali adalah lebih baik untuk kalian membaca sendiri pengalaman ibu dan ayah Mawaddah yang kuat dan tabah ini. Bukan mudah untuk melalui semua itu. Setiap hari adalah penuh dengan pelbagai kemungkinan. Namun, hanya kepada-Nya harapan dan doa dipohonkan. Setiap sesuatu pasti ada hikmah yang tersendiri. Tarbiah yang menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.
Sebaik mengetahui bahawa Mawaddah turut berada di bumi UK, kami berhajat untuk bertemu dengannya. Meskipun kami berada di benua yang sama, tapi jarak yang memisahkan serta masa yang terkekang agak menyukarkan kami bertemu dengan Mawaddah. Apatah lagi, kami berada di tahap kritikal tahun pengajian yang meminta tumpuan yang lebih banyak daripada biasa. Tuntutan yang pelbagai. Berjalan keluar dari Glasgow memerlukan perancangan yang begitu teliti. Kecuali jika keperluan yang begitu mendesak, seperti menyempurnakan perlanjutan visa UK. Maka, keinginan untuk bertemu Mawaddah tertangguh lagi.
Syukur, entah bagaimana, tiba-tiba saja Mawaddah yang datang kepada kami. Di pertengahan bulan Mei, kami sekeluarga menerima kunjungan dari Mawaddah sekeluarga yang kebetulan datang bercuti dan singgah ke Glasgow. Setelah sekian lama, akhirnya tercapai juga hajat di hati.
Benar, melihatkan dia untuk kali pertama bagai menyimpul segala rasa yang ada. Ingin sekali dirinya dibelai, dipeluk dan dimanja. Namun sayang, waktu itu Mawaddah begitu letih dan tertidur. Tidak sampai rasa hati untuk mengejutnya dan meminta untuk dia senyum dan ketawa. Biarpun, ayah dan ibunya beria-ria mahukan Mawaddah terjaga!
Dan orang yang paling gembira melihatkan Mawaddah adalah Najla. Wajahnya saja sudah cukup menampakkan rasa bahagia dengan senyuman yang tidak terperi. Kami tahu, apa yang Najla rasakan apabila melihat Mawaddah. Najla cium Mawaddah. Najla belai Mawaddah. Najla memberi rasa kasih dan sayangnya kepada Mawaddah tanpa sebarang batas. Dan alangkah sukanya Najla apabila diberikan peluang untuk memangku adik Mawaddah.
Terima kasih kerana datang ke rumah kami, Mawaddah sayang. Selautan sayang kami hulurkan buat dirimu. Moga Allah memberikan kesihatan yang berpanjangan buat dirimu. Ternyata, hadirmu menyimpul ikatan silaturrahim yang tidak pernah dijangka. Betapa istimewanya dirimu. Dan betapa bertuahnya dirimu memiliki ayah dan ibu serta abang-abang yang begitu cekal dan kuat jiwanya. Moga Allah merahmati dan memberkati dirimu sekeluarga. Kebahagiaan dunia dan akhirat.
Kadangkala, kita merasakan diri kita ini berada di dalam kepayahan dan kesukaran. Namun, apalah kepayahan ini jika dibandingkan dengan orang lain yang lebih besar dugaannya. Moga Tuhan sentiasa memberi kekuatan kepada kami.

din says:
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, Mawaddah makin beransur sihat. cerita terkini di entri terbaru.
insyaAllah, moga Allah mengangkat doa2 kita semua. kami juga mendoakan moga Allah terus mengurniakan ketabahan dan kekuatan pada kau Fajar dan anis serta najla dalam meneruskan kehidupan kalian, serta moga kalian berdua berjaya dalam perjalanan pengajian kalian, insyaAllah.
moga ukhuwah kita terus berpanjangan. Bila2 lalu leiecster singgah rumah ok.
20-06-10 at 7:06 pm
xiao hong says:
salam,
terserlah keayuan anak dara awak, Fajar. memang terpancar ceria pada wajahnya.
memang benar apabila kita merasakan diri dalam kepayahan dan kesusahan, sebenarnya ada yang merasai lebih daripada itu. sebagai ibu pengalaman mengiringi anak di dalam ambulan, menemaninya, melihat dan mendengar tangisnya ketika jururawat berusaha mencari urat mana lagi yang boleh ditusuk supaya darah boleh diambil, air mata sama mengalir, malah tak dapat menahan debar ketika proses EEG dan MRI berlangsung, belum lagi debar menunggu hasil laporannya daripada doktor namun difikir-fikirkan kembali ada orang melalui pengalaman lebih daripada itu.
semoga Allah limpahkan rahmatNya dan berikan kesembuhan buat anakanda
21-06-10 at 8:54 am
hanie says:
salam,,
alhmdulillah & tahniah buat saudara fajar n istri krn tabah m’harungi dugaan ini,, mmg sukar utk m’hadapinye, hanya kesabaran & doa yg mmpu d lakukn,,
sjak lhir, smpai arini (2bln15hari),bby sy msh kt spital,,tp lahmdulillah, berkat kesabarn serta doa,bby dh semkin chat,,lhir 700gram & sekarang,1.39kg.. alhmdulillah..tp dlm tempoh ini, mcm2 komplikasi yg d hadapi,,sjak 2, sy mula cri blog ibu ayah yg lalui keadaan yg sama..bkn ape, utk m’cari semangt & berkongsi rasa..rupanye ada lg insan yg lbh berat ujiannye..ble jmpe blog saudara, menitis air mata tatkala p’1 kali m’bc..mmg setiap ujian 2, ada hkmahnye,, mg kte same2 tabah m’harungi ujian ini & d p’mdhkn sgala urusan kite,,amin..
29-06-10 at 4:20 am
kakyong says:
tersentuh & terkesan baca n3 ni..
30-06-10 at 3:32 pm